[CEBISAN NOTA DARI KULIAH YANG LEPAS2...]
By Ustaz Dr Shihabuddin
1) Dalam bahasa melayu zakat membawa erti bertambah, berkembang, berkah, bercabang...
2) Menurut ulamak, zakat maknanya mengeluarkan harta yang dimiliki oleh seseorang yang telah mencukupi syarat dan rukunnya dan diberikan kepada orang yang berhak menerimanya.
3) Dalam Alquran perkataan zakat yang diganding dengan solat disebut sebanyak 82x and 30x yang disebut sendirian. So total perkataan zakat yang terdapat dalam Al quran adalah 112x.
4) Istilah zakat dalam Islam ada 5 nama:
a) zakat
b) sedekah - dalam surah taubah ayat 104
c)hak/haq - surah AnAm ayat 144
d) nafaqah/nafkah - surah Taubah ayat 35
e) 'afwuun - surah Al-A'raf ayat 199
5) Sifat rukun Islam terbahagi kpd 3 :
a) Qalbiyah - rukun Islam yang bersifat hati eg. puasa, solat, haji
b) Maaliyah - bersifat harta eg. zakat, haji
c) Jasadiah/Fikliah- bersifat lebih kepada tuntutan fizikal eg. haji, solat
6) Zakat terbahagi kepada 2:
a) zakat jiwa - zakat fitrah
b) zakat harta - benda yang dimiliki
7) Orang yang WAJIB mengeluarkan zakat:
a) Islam
b) orang yang mempunyai simpanan yang cukup Nisab (capai batas minimum)
c) orang yang memiliki harta tersebut setelah cukup Haul - genap setahun
d) orang yang memiliki harta tersebut dengan sempurna (ditangan kita)
e) Selepas membayar segala tanggungan hutang
Ustaz mengulas lebih detail on 'hutang' yang dimaksudkan di sini. Hutang terbahagi kepada dua:
a) hutang mu'ajal - hutang yang disegerakan untuk dibayar. Hutang ini lebih berbentuk personal iaitu hutang kita dengan orang lain or one to one
b) hutang muaajal - hutang yang boleh ditangguhkan bayarannya eg. hutang rumah dengan bank like 30thn or hutang kereta yang tempoh bayaran like 5 tahun
Dan hutang yang dimaksudkan di sini adalah yang (a) iaitu hutang mu'ajal.
8) Keutamaan (signifance) zakat:
a) kelebihan kepada orang yang memberikan harta
b) kelebihan kepada orang yang menerima
c) kelebihan dalam pandangan Allah swt
9) Kelebihan orang yang mengeluarkan zakat ada 13:
a) dapat membersihkan diri dari sifat kedekut - ustaz mengulas bahawa 'kedekut' ini ada 2 jenis:
i) bakhil - kedekut pada orang lain tetapi mewah pada diri sendiri
ii) shukhun (yg ni ssh la nak tulis rumi sb jawi tak de dlm font laaa) - kedekut pada orang lain dan juga pada diri sendiri
b) tanda rasa syukur pada nikmat harta yang dimiliki
c) sihat tubuh badan (and all the ustaz yang i belajar kata if kita selalu sakit2 atau banyak gangguan kesihatan badan, kita disarankan untuk memberi orang fakir miskin makan)
d) dapat membantu fakir miskin daripada kesusahan
e) mendapat keberkatan hidup
Ustaz menyoal bagaimana hendak mengetahui samaada kita tergolong dari orang2 yang mendapat keberkatan hidup?
Tanda2 orang yang berkat hartanya ada 7 :
a) kekuatan iman
b)rajin ibadahnya
c)cantik akhlak dan perangainya
d)memperolehi ketenangan jiwa dengan harta yang dimiliki
e) dapat manafaat dlm penggunaannya
f) mempunyai keluarga aman damai
g) berupaya membantu orang lain
Sad to say that ustaz sempat bagitahu until kelebihan ke 5 aje. Ustaz sohibuddin ni mmg sangat detail. And dia slalu diundang if the regular ustaz tak dapat hadir. So, this topic sampai sini aje....
Hello Again!
6 years ago
No comments:
Post a Comment