Tuesday, July 7, 2009

Perihal Rahsia Kematian,Alam Akhirat dan Kiamat

By Ustaz Kamal Asyaari, Tuesday 7 july 2009 at 10.45am

Kelas dimulakan dengan menyambung dari kuliah yang lepas dengan membaca perenggan ini...

"...maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kematian adalah bencana yang sangat mengerikan, peristiwa yang sangat dashyat, gelas yang rasanya sangat tidak segar dan petaka yang menghentikan segala kenikmatan serta kesenangan duniawi. Kematian akan memisahkan anggota2 badanmu dan menghancurkan seluruh kekuatanmu. Kematian adalah sebuah peristiwa besar dan huru hara yang mencekam. Dan hari kematian adalah awal yang akan menentukan nasibmu (ie permulaan balasan kita di akhirat)" - dari kitab Perihal Rahsia Kematian, Alam Akhirat dan Kiamat,page 28

Ulasan Ustaz Kamal lanjutan dari perenggan di atas

1) 3 golongan yang akan diseru oleh malaikat maut:

a) Mereka yang berumur 40 tahun (merangkumi 41-49 thn)
[alamak..termiss ustaz ckp ape malaikat tanye kat group ni...]. Ustaz mengatakan bahawa umur 40tahun ini adalah kemuncak kesihatan dan akal seseorang. Nabi Muhammad s.a.w start terima wahyu dari Allah swt pada usia baginda 40 tahun. Nabi Adam a.s juga start ditiupkan roh kepadanya after 40 tahun baginda dicipta oleh Allah swt.

Ok...i have asked my fren about what the malaikat maut question the 40s..." sudah sampai waktu kamu...bayarlah zakat"

b) Mereka yang berumur 50 tahun (merangkumi 51-59 thn)
Malaikat maut akan bertanya "sudah cukupkah amal kamu untuk dituai?". Ustaz mengatakan bahawa di umur 50tahun ini sepatutnya time kita sedang maintain kan amal2 soleh kita. Bukan time untuk menuntut ilmu or terkial2 tercari2 ilmu lagi.

c) Mereka yang berumur 60 tahun (merangkumi 61 keatas).
Malaikat maut akan bertanya " sudah lupakah kamu dengan seksa bila nanti kamu bangkit di akhirat kelak?". Menurut ustaz, umur 60 tahun dan ke atas ini merupakan kemuncak umur manusia. Maknanya, kalau dah capai umur ini pun masih tidak bertaubat dan beramal soleh, maka Allah swt akan 'lepas tangan' aje kat golongan ini.
Dalam satu hadith kudsi: Allah swt akan memandang orang-orang yang group 60tahun ke atas ini sebanyak 50x sehari semalam sambil Ia berkata "kamu sebenarnya sudah tua, hampir sudah hilang kebesaranmu dan sudah dekat ajalmu, sepatutnya kamu berasa malu kepadaKu seperti Aku malu untuk menyeksa orang-orang yang beriman kepadaKu".

2) Dalam surah Fatiir ayat 37 ...ustaz menyatakan para ulamak mentafsirkan perkataan 'lanjut' dlm ayat ini merujuk kepada umur 60 tahun ke atas.

3) Ustaz juga mengatakan bahawa ada 3 perkara yang akan memperingatkan kita kepada usia tua :
a) Alquran
b) Sunnah
c) Uban (maknanya bila start dah ada uban itu maknanya time nak mati mcm tak jauh dah..)


Mengulas lebih lanjut tentang usia 60tahun ke atas ini, ustaz menegur the fact that most of us sangat suka apabila dikatakan nampak muda di usia lanjut dan sangat berusaha untuk tidak nampak tua sedangkan dalam hadis, Nabi Muhamad saw bersabda bahawa UBAN itu merupakan 'cahaya' bagi orang yang beriman ( and ustaz kata so tak payah la pi color2 rambut tuuu....). Ulamak mentafsirkan perkataan 'cahaya' dalam hadis ini merujuk kepada 2 pendapat
a) surut nafasnya (maknanya dah tak active sgt la..cam sb dah makin lanjut usia)
b) hampir kepada mati


4) Ustaz menyentuh juga perihal orang yang mewasiatkan harta benda atau apa2 lah sebelom mati. Tetapi berapa ramai antara kita yang mewasiatkan orang yang akan memandikan jenazahnya pabila dia mati. Sedangkan Nabi Muhamad saw telah mewasiatkan agar saidana Ali utk memandi kan jenazah baginda pabila baginda wafat kelak dan mewasiatkan Abd Rahman Auf sbagai pembantu kepada saidina Ali.

Memandikan jenazah ini sangat penting tetapi tidak dipandang penting oleh masyarakat kita yang slalunya menyerahkan saja pada sesapa yang selalu bekerja sbagai pemandi jenazah. Ustaz mengatakan jika jenazah itu dimandikan oleh orang2 yang fasiq maka roh si mati itu akan merasa air yang dicucurkan keatasnya itu panas (ya allah, bayangkan jika si ayah meninggal dan smua orang menyuruh anak2 lelaki si mati memandikan jenazah ayahnya tetapi anak2 lelaki si mati merupakan orang yang tidak mengingati allah..bayangkan lah ape yang dirasakan oleh roh si ayah ini ketika anak2 lelakinya memandikan jenazahnya...menggelupur kena cucur dengan air panas...nauzubillah..)

5) Ustaz menegur segolongan masyarakat yang pergi menziarahi jenazah orang yang meninggal dunia tetapi hanya berborak2 di luar rumah..ketawa2..atau duduk saje2..dan tidak join menyolatkan jenazah. Ustaz stresskan di sini bahawa sesiapa yang menyolatkan jenazah seseorang itu dengan ikhlas maka pabila die mati kelak orang2 akan menyolatkan jenazah nye dgn hati ikhlas.

6) Ustaz menegaskan bahawa smua manusia akan merasakan kesakitan sakaratul maut (Nabi Muhammad saw pun merasa kesakitan mati). Tetapi kita boleh berusaha agar kesakitan yang akan kita rasakan ketika berhadapan sakaratul maut kelak merupakan kesakitan yang akan menggugurkan dosa2 kita dan bukannya kesakitan yang menyeksa dan menghina kita. Bagaimana untuk mencapai ini? Ustaz mengata ada 3 perkara yang mesti ditinggalkan:

a) tinggalkan bercakap perihal orang lain
Apabila kita bercakap perihal orang lain maka kita akan berdosa. Dosa mulut especially dan ini akan menyukarkan dan merumitkan lagi keadaan apabila kita berdepan dgn sakaratul maut kelak. Maka Ustaz menyarankan untuk mengelak dari bercakap perihal orang, amalkan solat sunat wuduk 2 rakaat selepas ambil air wuduk. Ketika kita wuduk, setiap dosa2 anggota badan kita terutama anggota wuduk akan gugur dan kemuncak gugurnya dosa2 ini ada solat sunat wuduk.

Ustaz menyentuh kisah Bilal yang ditanya oleh baginda apakah amalannya kerana ketika isra' mikraj Rasulullah terdengar bunyi selipar Bilal di syurga. Bilal akhirnya me'reveal'kan kpd Nabi bahawa beliau tidak pernah meninggalkan solat sunat wuduk selepas mengambil wuduk.

b) tinggalkan melayan orang2 (terutama yang bukan muhrim kita) yang tidak membawa manafaat atau yang tiada keperluan kepada kita dalam urusan agama.
Kerana kegiatan ini adalah dorongan syaitan. Jika kita mengikut kehendak hati yang terdorong dengan kata2 syaitan maka tatkala diambang sakaratul maut kelak, syaitan akan datang kepada kita dan ini akan menambah kesengsaraan ketika hendak mati.

c)tinggalkan membeli barang2 yang kita tidak perlukan.
Kerana barang2 yang kita simpan dan tidak digunakan dan tidak juga disedekah kan kepada mereka yang memerlukan akan mendakwa kita ketika kita berhadapan sakaratul maut kelak. Dan ini akan menyukarkan lagi roh untuk keluar dari jasad kita.


Note: For those yang tak kenal Ustaz Kamal Asyaari ni, i mengalu alukan pi la sekali pon tak pe kelas die..memang interesting betol. Actually banyak lagi nota2 dari kelas yang lepas2..insyaallah i will compile it and write them here..hai..patut dari awal kelas dah jot down kan..tak pe la..janji nak buat, ye tak...(hahahha menyejukkan hati sendiri ni..)



No comments: