Monday, July 13, 2009

Peranan Iman Dalam Kehidupan

By Ustaz Dr Shahibuddin (ustaz yg sangat detail...remember topic on zakat?'haa ustaz ni laa)

This note dated 30 june 2009. Masa ni Ustaz Shahibuddin was replacing Ustaz Kamal Asyaari.

1. Ustaz menegaskan di antara peranan iman dalam kehidupan manusia adalah dapat mewujudkan rasa takut dalam hidup semata-mata kerana Allah.

2. Bagaimana seseorang itu takut kepada Allah?

a) dengan mendekatkan diri kepada Allah
b) dengan memiliki taqwa kepada Allah
c) dengan menunjukkan taat kepada Allah
d) dengan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadat

Ustaz mengulas:
Allah berpesan if takut kepadaNya maka bertahajjudlah.


Sabda Rasulullah:

orang yang baik - hari ini lebih baik daripada hari semalam
orang yang rugi - hari ini sama sahaja daripada hari semalam
orang yang celaka - hari ini lebih buruk daripada hari semalam


e) dengan meninggalkan maksiat dan lagha (perkara sia sia)
f) dengan berdisiplin dalam menjalani kehidupan
g) dengan mendapat pengharapan yang diinginkan daripada Allah

Ustaz mengulas mengenai mereka yg mendapat pengharapan dr Allah

Orang2 yang akan mendapat pengharapan yang diinginkan drp Allah:
  • orang yang beriman
  • orang yang berhijrah - bertukar cara hidup
  • orang yang sanggup berjuang ke jalan Allah
Ustaz mengulas pula perihal orang yang beriman.
  • tersemat keimanannya di dalam hati
  • diucapkan dengan mulut (ustaz pesan bila bercakap tu jaga mulut)
  • dipraktikan atau diamalkan apa yang diimani
3. Ustaz menerangkan antara perkara yang melemahkan iman adalah penyakit lisan yang ada dikalangan manusia.

Apa itu penyakit lisan? Penyakit lisan ada 19:
  • mengata orang/mengumpat
  • berburuk sangka (dalam hati)
  • fitnah
  • melaga-lagakan orang
  • dusta/berbohong - iaitu menambahkan,mengurangkan, memalsukan information
  • sombong
Ustaz mengulas perihal mereka yg diclassifykan sebagai sombong.

Penyebab sombong ada 6:

a) kerana kekayaan
b) kerana kedudukan
c)kerana keturunan
d) kerana kepandaian otaknya
e) kerana kelebihan tubuh badannya/ kecantikan
f) kerana usia - di sini ustaz menegaskan orang yang sudah tua selalunya sombong and tidak mahu dengar nasihat hanya kerana nasihat itu datangnya dari orang yang lebih muda darinya.

Kelas berakhir di sini.

No comments: