Saturday, July 10, 2010

Jangan sesekali terfikir Allah swt tidak akan mengampuni kita...

Surah Az-Zumar 39: 53 - 55

39:53
Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya (kecuali dosa syirik - refer to surah An-Nisa' 4:48). Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.

39:54
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

39:55
Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya,

Friday, June 11, 2010

HIJRAH - Its easy said than done...but rest assured, Allah swt is with us all the way

Penghijrahan di kaca mata saya..
Allah swt menjadikan setiap makhlukNya berbeza-beza. Manusia yang juga makhlukNya tidak terkecuali. Setiap manusia mempunyai kemahuan (nafsu) dan kecenderungan yang berbeza-beza juga. Kadangkala apa yang dipandang remeh oleh sesetengah golongan merupakan sesuatu yang berat dikaca mata sesetengah golongan yang lain. Sesuatu yang digilai sesetengah golongan dibenci oleh sesetengah golongan yang lain. Saya selalu membaca mengenai penghijrahan sesetengah orang. Penghijrahan yang saya maksudkan disini merupakan satu penghijrahan ke arah mendekatkan diri kepada Yang Maha Agong. Penghijrahan ini bukanlah satu perjalanan memindahkan kita dari segi fizikalnya dari satu lokasi ke satu lokasi yang berbeza hanya dengan menaiki kenderaan yang canggih. Itu sememangnya mudah. Penghijrahan ini merupakan satu perjalanan kerohanian yang menuntut empunya diri bertarung melawan kecenderungan diri melakukan sesuatu yang sememangnya sudah sebati dengan diri. Penghijrahan yang merupakan satu pengistiharan peperangan dengan nafsu sendiri. Perjalanannya sukar maka sebab itulah wajar dianugerahkan syafaat dari Rasulullah saw di akhirat kelak bagi golongan ini.
Contohnya; bagi wanita yang sudah biasa bercerita mengenai orang lain (mengumpat), bukan mudah untuk tidak melakukannya terutama apabila bertemu dengan rakan2 yang sealiran dengannya. Saya akui, saya sendiri sampai ke saat ini merasakan 'mengumpat' merupakan satu aktiviti yang sangat susah hendak dibuangkan walau sekuat mana saya cuba mengelakkannya. Ada satu ketika, saya keluar minum petang bersama seorang kenalan rapat. Dalam hati saya sepanjang jalan menuju ke tempat pertemuan, saya menanam tekad untuk mengelak dari bercerita tentang manusia lain dengan menyebut nama sebenar. Hasilnya, pertemuan itu menjadi hambar sebab tak tahu nak cerita apa. Saya sempat terfikir ketika itu, masyaallah, selama ini saya dan dia bertemu dengan meriahnya selama ini hanyalah berdasarkan keseronokan kami bertukar-tukar pendapat mengenai orang lain (well, this is a sort of professional way of saying 'gossipping').
Saya amat tertarik membaca satu article mengenai seseorang yang terkenal yang dahulunya sangat bergaya, very successful in her career. Satu ketika, kuasa Allah swt, terbuka hatinya untuk menutup aurat. Untuk dia yang sudah biasa bergelomang dengan masyarakat yang sangat suka bersosial and tidak mengendahkan solat, bukan satu perkara yang mudah untuk menukar pakaian dari yang terbuka kepada yang tertutup apatah lagi untuk mengenakan tudung di kepala. Wanita ini melakukan secara berperingkat-peringkat. Dimulakan dengan hanya memakai topi, kemudian dengan memakai selendang yang masih menampakkan sedikit rambut dan akhirnya mengenakan tudung litup dan berjubah pula sekarang. Ini merupakan satu penghijrahan yang amat sukar kerana beliau berjuang melawan kecenderungan diri yang sudah terbiasa dengan kehidupan yang bebas.
Bertudung kepala tidak semestinya menutup aurat. Saya sudah lama memakai tudung di kepala. But now, bila saya imbas kembali keadaan saya yang bertudung sekian lama, saya sebenarnya tidak termasuk dari golongan yang menutup aurat. Kerana walaupun dahulu memakai tudung, saya masih suka mengenakan pakaian yang mengikut potongan badan, mengenakan kasut yang bermacam2 gaya (well, this is not wrong by the way..) tetapi tidak menutup aurat kaki (mengikut mazhab syafie). Apabila menyidai pakaian di luar rumah, saya tidak mengenakan tudung di kepala. Atau mengambil surat di gate rumah. Memakai tudung semacam pakaian seragam tatkala keluar rumah sahaja. Fahaman tentang aurat yang dituntut oleh Islam adalah sangat basic bagi saya. Tutup aurat = pakai tudung. Itu sahaja. Bukan tidak tahu tuntutan sebenar tetapi hakikatnya memang saya tidak peduli untuk mengkaji the concept of menutup aurat di sisi Islam. Kenapa? Because i was born a muslim. Jadi, banyak perkara i took for granted. Dan memang saya lalai dalam banyak perkara dalam Islam, menutup aurat seperti yang dituntut oleh islam merupakan hanya satu dari banyak perkara2 yang saya lalaikan. Period.
Memang bercantik-cantik itu tidak dilarang oleh Islam. Malah Islam mengakui naluri wanita yang cenderung kepada kecantikan dan apa-apa yang akan menyerlahkan kecantikannya. Dan Islam merupakan agama yang sangat menitik beratkan kebersihan. Rasulullah saw sendiri was a smart man. Baginda seorang yang pembersih. Pakaian Rasulullah saw memang kemas dan terletak cantik dan kemas dibadannya. Tidak berserabut.
Malangnya bagi saya, saya terlampau sangat cenderung kepada benda-benda yang cantik...paling utama adalah pakaian. My passion for buying clothes sangat menakjubkan. I love buying clothes...fine clothes...good quality ones...with matching shoes if possible..and matching handbags if i must...Jangan silap faham, kerana Islam tidak melarang untuk kita menikmati nikmat2 yang disediakan Allah swt di dunia ini. Memang tidak salah mengenakan pakaian yang cantik2 dan berkualiti atau berjenama selagi ia menutup aurat. Tapi khusus bagi saya, kecenderungan ini mengundang riak dalam diri dan paling buruk sekali apabila tujuan memakainya memang itu dipertontonkan kepada khalayak. Some people wear nice dresses but never bother if people notice them wearing it or not, but i do! Dahulu saya membeli pakaian tanpa mengambil kira samada do i really need it? Saya lihat, emmm nice...owh, this is gorgeous...ada size tak..ha ada, let's try it on..ok nice...and went straight to the cashier. Padahal tak ada la desperate sangat sebenarnya kalau tak beli pun tak pe..
Antara doa saya pada Allah swt "...Ya Allah, jangan lah dunia menjadi cita-cita ku...". Maka, perlahan-lahan...gradually, saya tidak lah menggilai shopping for clothes ni. Alhamdulillah, tidak bekerja sepenuh masa ini menjadikan usaha ini semakin mudah. Iya lah, nak beli baju sangat pun nak ke mana? But it is not that easy. Bila berjalan-jalan sekali sekala, mata memandang juga kearah baju yang cantik2 terpampang di malls..tengok harga, well..not bad, affordable..tapi kepala terus fikir..perlukah? If jawaban dalam kepala..no, i dont actually need one more dress, maka i brave myself letakkan balik that dress ke tempatnya..and berkata kembali " yeah...that's really nice, but i don't need to have it..". Saya masih memilih item yang berkualiti dan berjenama tetapi sekarang matlamatnya berbeza - hanya membeli jika keperluannya menuntut untuk bertahan lama. Seperti memilih untuk membeli kasut yang berjenama tetapi lasak kerana saya akan memakainya hampir setiap hari. I now have one pair yang dipakai setiap hari and one pair for formal occassion. I used to have six to seven pairs! Begitu juga handbag. Sekarang ini saya mempunyai 4 handbags yang kesemuanya dihadiahkan kepada saya...a Liz Clarborne (given by NJ), a Nine West (given by Irma)...a Coach (hubby bought as a gift from his most recent US trip)...a black DKNY hubby belikan tapi tak ingat untuk occasion ape..but this is my favourite and i pakai setiap hari i pergi ke kelas agama. I don't think i akan beli handbag lagi selagi all these four masih elok, insyaallah.
Saya masih ingat lagi, my dear Irma, sangat suka mengenakan pakaian black in color. She used to tell me..it makes us look slimmer tau. Ketika itu saya tidak faham kenapa dalam banyak2 color yang cantik2, hitam menjadi pilihan utama beliau. Sekarang saya tersenyum apabila teringat peristiwa ini kerana sekarang saya lebih selesa mengenakan warna hitam. Lebih tepat lagi, jubah dan tudung hitam. Satu warna yang, pada pendapat saya,tidak akan mengundang tarikan mata manusia...well, its black! There's nothing to it except plain black. Owh, jangan silap faham. Saya masih mengenakan pakaian warna2 lain tetapi kekerapannya kurang lah. Sekarang, on daily basis, i prefer black. I have nothing against others who wear dresses in other colors, saya sendiri menyukainya dan mempunyai a number of blouses and pants in other colors. Cuma pilihan utama sekarang would be black. Untuk diri saya, ia merupakan satu therapy peribadi bagi menundukkan kecenderungan diri dari mempertontonkan pakaian cantik to be noticed by others. Bagi saya, ini merupakan penghijrahan yang bukan mudah - menarik elemen yang menjadi sumber riak dalam diri selama ini.
Walaupun masih mengekalkan perangai sangat prihatin tentang berpakaian (well, it's just me that i cannot go out of the house without making sure i look presentable..but i guess, as muslim, itu kewajipan sebab kita tidak mahu dipandang lekeh oleh agama lain), sedaya upaya saya cuba mengekalkan agar apa yang saya pakai will look humble dan tidak menonjol. Maka 80% of the time, jubah hitam lah pilihan saya. Satu penghijrahan yang bukan mudah bagi saya.
Satu hari, selepas kuliah agama selesai, dan saya pun mula bergerak keluar dari dewan, seorang wanita menarik tangan saya, " Ya allah, i dari hari ke sehari nak tanya you, mana u beli jubah2 u? Cantik2...nice cutting. You tempah ke?" ...Masyaallah dalam hati saya, ada juga orang notice walau warna hitam? Lalu secara spontan saya menjawab sambil tertawa "..but it's black..." dan kemudian memberitahu wanita itu dimana saya beli baju tersebut.
Di waktu yang lain, seorang sister yang sangat baik hati dan kami selalu duduk berdekatan menyapa saya " u look nice today..." . I said "alhamdulillah.." memulangkan pujian kepada yang berhak menerimanya. Keesokkan harinya, she complimented again " you look nice again today...nice dress"...dan kali ini saya menjawab sambil ketawa "alhamdulillah, thank you tapi i rasa quota you puji baju i dah cukup kot for this week..." Dia pun ketawa sama dan saya rasa dia faham bahawa saya tidak selesa dengan pujian begitu kerana saya sangat takut tertimbul riak dalam diri.
Saya faham, adalah diluar kawalan kita if orang masih mahu melemparkan pujian apa2 tentang kita especially on perkara2 yang ada potensi menimbulkan riak di dalam diri. Tapi yang pentingnya penerimaan saya terhadap pujian itu berbeza dari dulu- sekarang insyaallah saya sedaya upaya memulangkan pujian itu kepada Yang Hak.
Petang tadi, saya, Aisyah dan Najwa keluar minum petang. Sebelum itu, kami berjalan-jalan ke kedai/butik2 yang menjual baju2 cantik2...Tertarik dengan satu baju labuh, saya mencubanya. Memang cantik. Aisyah prefers blue but Najwa said the black n red is better. Selepas mencuba, saya fikir, memang cantik. Tetapi jika saya pakai ia akan mengundang pandangan mata maka saya bertekad meletakkan ia kembali. Dalam hati saya berkata "No". Bukan mudah untuk mendidik diri,penghijrahan dalam apa bentuk pun (baik dari segi pemikiran, kehidupan peribadi....) bukan suatu yang mudah dan untuk mengekalkannya (istiqomah) merupakan satu cabaran yang besar. Hijrah - its easy said than done...trust me.

Thursday, April 22, 2010

Melawa??...Melaram??...Berhias?? BOLEH KE TAK BOLEH NI??

Nak katakan hanya wanita sahaja yang suka berhias diri, zaman sekarang ini kita lihat, para2 lelaki juga serupa. Adakala, mereka ini (lelaki) berhias melebihi wanita dan sering juga kita lihat si lelaki dah serupa dengan wanita. Kekeliruan ini menyusahkan juga sebab tak tahu nak address mereka mcamane especially apabila golongan ini bekerja and berurusan direct dengan kita..aik...ni nak panggil mcmane ni ya...encik, saya nak beli ni brape harga? atau...cik, saya nak tanya harga barang ni how much ya...atau..encik/cik* boleh tolong saya? (*sila potong yang mana awak rasa sesuai dengan naluri awak sekarang...nak jadi pompuan atau lelaki....).
Maka pada saya, untuk mengatakan isu 'melawa'...atau...'berhias'...patut ditujukan hanya pada wanita mungkin tidak sesuai pada zaman yang kononnya modern ini. Nevertheless, di sini i am not interested to discuss the issue of men who like to 'berdandan' but i want to share with you my curiousity on the concepts of hijab (as of menutup aurat) and Tabarujj (berhias) in Islam for muslim women. Since saya yakin saya wanita sejati and sangat berminat untuk mengekalkan nikmat menjadi wanita, maka saya hanya berminat untuk membincangkan isu aurat dan tabarujj yang kena mengena dengan wanita sahaja.
Mungkin bagi wanita2 yang memang tidak berapa minat untuk berhias diri (bersolek...), isu ini boleh lah diketepikan. Tetapi saya adalah antara kebanyakan wanita2 yang sangat suka berhias. Sebelum ini, saya mempunyai koleksi lipsticks mengikut warna baju yang nak dipakai, eyeliner brown and black (tgk mood nak mata coklat ke nak mata hitam...) and i had this one great passion for shoes...heels...flats...strapped...you name it.. sehinggakan shoe cabinet kat rumah ni dimanipulasi oleh my shoes sahaja (hubby ada 2 pasang je dlm cabinet..sepasang kasut kerja..sepasang sport shoe...and capal yang martabatnya bukan di dlm shoe cabinet...). And dresses...masyaallah...pendek cite, sampai kena tumpang letak baju i kat hubby's wardrobe. Astaghfirullah...
Perlu saya tekankan disini, semua yang tertulis di sini tercetus dari keinginan dan curiosity diri sendiri dalam persoalan 'berhias' yang dibenarkan oleh islam...di manakah batasnya?
Pakai bedak supaya tak nampak pucat boleh ke tak? pakai foundation so as pipi kita nampak gebu or at least cam presentable and tak comot boleh ke tak?...pakai celak dikatakan sunnah Nabi, pakai celak brand Christian Dior (my favourite....) dapat pahala tak?? Mungkinlah pakai lipstick yang merah menyala tu obviously dilarang...tapi if pakai lipstick yang colornya very light...cam light pink...light orange yang tak la menyerlah sangat, boleh tak?
Yang merumitkan lagi apabila pergi ke majlis2 ilmu agama yang guru2nya hebat2 belaka. Dan adakalanya saya memerhati pasangan guru2 (the spouse) ini. Sebagai manusia biasa yang telah membiasakan diri melihat, memerhati and as a results, bertanya2 dalam hati...."eh, nape wife die tak pakai socks when in public ya? (mungkin die mazhab hanafi? kaki tak aurat...), "lawa wife die, very presentable..nice dress and tutup aurat and she has lipstick on...(emmm. )". Tetapi tidak pernah clarify perkara ini dengan sesiapa sekuliah agama, hanya bercakap dalam hati sahaja.
Until pagi ini, saya terbicara tentang hal2 hijab...niqab...aurat wanita pada teman sekuliah agama yang duduk disebelah.
Kata kawan saya " susah juga sebab kadang2 kita tgk isteri ustaz kita pun relax juga, ada juga yang datang tak pakai socks and we always think that kaki is part of aurat wanita..."
"eh, u pun terfikir yang sama ya? Tu la, kita tahu la ustaz2 juga manusia biasa tetapi i guess we can't avoid not noticing how the wives dress smua sb we look up to them and look at them as role model kan..."
Perasaan ingin tahu and nak penjelasan tentang isu hijab and tabarujj dengan lebih lanjut brought me to confront two of my regular ustazs (three actually tapi yang sorang ni tak bagi jawaban yang solid so i opt him out la as my reference).
Saya pernah bertanyakan kepada seorang American friend who is also a devoted muslim. Dia memakai purdah (niqab) dan saya bertanyakan kepadanya adakah dia memakai purdah kerana suaminya seorang arab? Katanya tidak. Rakan saya ini berkata, dia tidak mempunyai ahli keluarga wanita yang beragama islam sebagai role model, maka die akhirnya membuat keputusan untuk mengikut jejak isteri-isteri Rasulullah berpakaian. Maka saya tertanya-tanya dan akhirnya bertanya kepada ustaz A:
" ustaz, bagaimana sebenarnya isteri-isteri Rasulullah berpakaian? Adakah pakaian mereka lain dari kami wanita awam?"
Ustaz A jawab " sebenarnya ayat2 dalam al-quran mengenai aurat wanita yang patut dan tak patut ditutup itu di tujukan kepada isteri rasulullah yang juga merangkumi smua wanita2".
Saya tanya lagi "then ustaz, if isteri-isteri rasulullah pun macam kita, smua tutup kecuali muka dan tangan, kenapa ada yang pakai purdah? atau niqab atau ada setengah2 yang tutup muka terus (veiling)? Apa argument mereka?"
Ustaz jawab "Banyak sebab, satu mungkin untuk menutupi kecantikan yang mendorong kepada fitnah. Macam wanita2 kat negara2 arab tu, mereka pakai niqab sebab untuk keselamatan sebab kat sana if perempuan jalan tak tutup betul jadi bahaya.
Tapi baik lah terlebih tutup dari terkurang tutup kan? (better cover more than cover less...). Jadi macam kita kat Malaysia ni, tutup aurat seperti biasa ni (tidak memakai jilbab dan purdah) dikira aman dan memadai mengikut Mazhab Syafi'e."
Mengenai Tabarujj (berhias).
Pertanyaan mengenai hal ini saya ajukan kepada ustaz lain dalam kuliah yang lain.
"Tabarujj tu berhias kan ustaz. Orang perempuan ni kalau pakai bedak ok kan ustaz? If pakai foundation?"
Ustaz B " pakai bedak ok..pakai foundation ok"
Saya tanya lagi "abis tu if pakai lipstick yang light color boleh?"
Ustaz B " tak. "
Saya tanya " Aik, asal foundation ok pulak ustaz? if lipstick tu tak la merah menyala tu..yang light2 color tu..."
Ustaz B very firm with his answer " foundation tu tak pe sebab akak pakai pun tak ubah apa, cuma nampak lagi kemas tapi kalau lipstick tu dah color lain, terserlah dan akan menarik perhatian maka tak boleh (haram). "
Saya tanya pula tentang pakaian yang disebut dalam Al-Ahzab 33:59 yang menyarankan wanita memakai jilbab dan saya comparekan dengan protocol pakaian yang disebut dalam An-Nur 24:33. Dan saya menyatakan tafsiran yang saya tahu jilbab adalah baju labuh yang longgar yang menutupi smua anggota dari atas sampai bawah.
Ustaz B menjelaskan " sama aje, dua dua suruh wanita menutup aurat dan jilbab tu pakaian yang macam akak pakai ni lah ( i was wearing a black jubah). Ni yang akak pakai ni, akak boleh bersolat tak dengan pakaian ini?"
Saya jawab dengan yakinnya "ya, saya rasa boleh"
Then ustaz B dengan pantas nya kata "so, pakaian ini ok lah"
Jadi, dari apa yang saya conclude from what Ustaz B kata, the rule of thumb is, if you want to know what you wear comply the Muslim Woman Dress Code (apabila berdepan dengan bukan mahram)...look at yourself and ask "boleh tak aku terus bersolat dengan pakaian yang aku pakai ini? If the answer is yes,maka what you wear is acceptable.
Surah An-Nur 24: 30
"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Surah An-Nur 24:31
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka [a list of relatives]........Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung."
"kecuali yang (biasa) terlihat" atau in english it would be phrased as "what must ordinarily appear threreof" mempunyai pelbagai tafsiran.
Mazhab Syafi'e (macam kita kat malaysia yang berpegang kepada mazhab syafie) - "kecuali yang (biasa) terlihat" membawa tafsiran menampakkan bahagian badan yang necessary for day to day tasks seperti muka dan tangan (hingga pergelangan tangan). Mazhab lain ada yang mentafsirkan sebagai muka, tangan dan kaki ( sebab itu ada mazhab does not include kaki as aurat). Others may include all body parts except the eyes.
Ada juga berpendapat, if Allah swt mahukan wanita menutup atau menyelubungi semua bahagian badan maka apa perlu mengarahkan orang lelaki yang beriman agar menjaga pandangan mereka ( lower their gaze) if semua bahagian badan wanita sudahpun ditutupi. Refer Surah An-Nur 24:30.
Ada juga berpendapat "kecuali yang (biasa) terlihat" merujuk kepada bahagian badan yang terlihat apabila memakai pakaian biasa yang sopan (normal modest dress) dan apa yang dimaksudkan sebagai normal modest dress diintepretasikan pakaian yang sopan dan menutup aurat mengikut adat budaya setempat pada ketika itu.
Asasnya di sini, pakaian wanita muslim itu (tidak kira di negara mana dia tinggal) mestilah mematuhi general garispanduan yang ditetapkan dalam Surah An-Nur 24:31 - yang menutupi aurat (including menutup bahagian dada dengan melabuhkan kain...tudung..selendang)...menampakkan hanya muka dan tangan (untuk mazhab syafie) ...
Surah Al-Ahzab 33: 59
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"
Mengikut setengah pendapat, pada zaman ayat ini diturunkan, sangat perlu untuk membezakan wanita muslim dan wanita bukan muslim dari segi berpakaian untuk menjamin keselamatan supaya tidak diganggu. Again, ini juga argument yang dipakai oleh ustaz tadi yang mengatakan ada setengah2 negara yang mewajibkan wanita2nya mengenakan niqab dan menutupi keseluruhan badan kecuali mata iaitu untuk tujuan keselamatan.
Pendapat peribadi
Dari pembacaan yang limited dan interaksi bersama guru-guru agama saya, saya berpegang kepada asas yang mudah " pakailah apa sahaja yang suka di mata berkenan di hati mengikut kemampuan peribadi tetapi apa jua yang di pakai (baju kurung ke, blouse bercorak ke, jubah ke...anything fashionable) perlu tanya diri sendiri...dah tutup belum aurat ni? Aurat termasuk, does it show body curves? Is it tightfitting?
But secara peribadi, saya bersetuju dengan saranan Ustaz B;dalam memantau adakah baju yang dipakai sudah menutupi aurat dan memenuhi syarak, tanya diri sendiri " bolehkah aku bersolat dengan pakaian ini?"
Hanya Allah swt Maha Mengetahui...Mohon petunjuk dan hidayah dari Yang Maha Esa...Amin

Wednesday, April 21, 2010

Sombong itu Was Me (or do i still have it??? i wonder...)

Was i seorang yang sombong?
Many would think i was not disebabkan perkataan 'sombong' itu lazimnya disandarkan kepada sikap yang suka bercakap besar...menunjuk-nunjuk dan sikap-sikap yang sealiran dengannya. Sombong juga adalah sikap yang sekelompok dengan riya' and angkuh. Maka jika itu tafsirannya, boleh lah saya katakan i am 90% confident that in many ways saya tidak begitu (berdasarkan dari pendapat seorang sahabat apabila saya ajukan pertanyaan ini kepadanya tempohari).
Pendapat Peribadi
Sombong sebenarnya adalah lebih dalam lagi maksudnya...bukan sekadar bercakap besar atau menunjuk-nunjuk kelebihan kita pada khalayak. Sombong juga tidak semestinya dipamerkan dan ia boleh juga menjadi satu perasaan yang tersembunyi yang hanya dirasai tuan badan itu sendiri.
My daughter Aisyah was in Year 6. She came home with her English trial exams paper. She obtained 6 marks for her picture essay section. I saw minimal grammatical errors and she had constructed her essay very well according to the picture given. I went to see her English teacher and kindly asked her to explain to me how exactly the UPSR english grading was. The teacher said the full mark was 15 and said the grading was divided into 5 - 3marks for grammar..3 marks for following the pictures..etc etc..Being a Math lecturer, my brain made a quick calculation...and told the teacher...ok cikgu, full mark is 15 and half of 15 is 7.5 and Aisyah got 6 which implies Aisyah is below average and failed this section? Is she below the UPSR standard?
Then the teacher actually tukar balik cerita full mark tadi...I diam sahaja memerhatikan cikgu ini tercari cari alasan lain to support her argument but sebenarnya, in silence, both the teacher and me knew she didn't have a concrete answer to my question and we both knew i was right...
I eventually told the teacher 'tak pe lah, saya saje nak tahu, takut2 Aisyah ni nak ambik upsr tak lama lagi and if she is below upsr standard, i need to help her with that...thank you so much ajar Aisyah and i hope she will be ok la in the next trial.."
In silence, i could feel 'victory' dapat menemplak cikgu itu yang die sebnarnya menanda paper bdk2 tu main suka2 ati saja nak letak brapa markah...
Adakah ini sombong? Yes it was.
We were at Pizza Hut one evening for tea. Sekarang ni di Pizza Hut (at least kat SACC mall shah alam) ada diletakkan buzzer untuk panggil waiters to our table (kononnya tak yah la mengangkat2 tangan...dek dek nak order ye...). So i buzz....buzz....but no one came. But ada sekumpulan waiter-waiter bergurau senda di belakang and i buzz...and buzz again...(dalam hati kata ada juga aku ambik horn lori kang ....). Eventually i resort to the conventional way of 'angkat tangan and panggil..dekkkkk nak order'. Baru datang...and the first thing i cakap " dek, ni loceng buzzer ni nak buat apa sebenarnya?" Bdk tu cakap " ooo sori sebab rasanya terlupa nak on yang kat tangan so tak pasan ada buzzer..." and i pun ckp " kalau tak on kan, nape letak buzzer kat atas meja? Saya dah panggil and tekan benda ni naik nak tercabut jari awak tak respon2.."..then baru i placed my order....
Adakah ini sombong? Yes, it was...
Selama ini, if saya melakukan sesuatu ..membeli sesuatu keperluan diri atau keluarga...Saya hanya memikirkan bahawa sesuatu itu dibeli sebab secara lumrahnya atau fitrahnya saya memerlukannya. Macam beli kereta...mesti la sebab senang nak berjalan ke sana ke mari..beli handbag...sb saje nak ada lagi satu untuk tukar2 walaupun dah ada yang lain...beli beras sb ye la jadik orang melayu kan fitrahnya tiap hari makan nasik...
Tidak pernah terlintas di kepala untuk fikir "how is this thing yang aku nak beli ni bermanafaat to me and brings me close to Allah swt?" Semua yang dilakukan seperti satu lumrah kehidupan manusia biasa,semacam tiada hubungan langsung dengan Allah swt yang Maha Pemberi. Solat sunat istikharah tidak pernah menjadi satu keperluan sebelum ini. Tiada langsung dalam benak fikiran walau sebesar zarah yang sebenarnya dengan rahmatNya lah apa yang dilakukan akan menjadi kenyataan. Mengambil sesuatu dan dalam masa yang sama mengenepikan ingatan kepada Yang Maha Pemberi....
Adakah ini sombong? Yes, it was....
Banyak lagi incidents yang melambangkan kesombongan in me yang jika ditulis di sini akan hanya membuka aib sendiri. Yang paling ditakuti adalah sifat sombong pada Allah swt yang semacam sebati dengan kehidupan seharian. Cukuplah katakan di sini, bahawa saya dan sifat sombong bagai sebati selama ini...Subhanaallah...smoga Allah swt Maha Mengampuni...
Surah Az-Zumar 39: 72
"Dikatakan (kepada mereka), "Masukilah pintu-pintu neraka jahanam itu, (kamu) kekal di dalamnya. Maka (neraka jahanam) itu lah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang yang menyombong diri"
Surah Az- Zumar 39: 59
"Sungguh, sebenarnya keterangan-keterangan-Ku telah datang kepada mu, tetapi kamu mendustakannya, malah kamu menyombong diri dan termasuk orang kafir"
Surah Az - Zumar 39: 60
"Bukankah neraka jahanam itu tempat tinggal bagi orang yang menyombong diri?"
Surah Al-Furqan 25:66
"Sungguh, Jahanam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman"
Dari kelas ustaz Muhammad (bab Asma ul Husna)
Sifat Allah swt - Al-Mutakabbir - Allah Yang Maha Agung
Sifat Mutakabbir (agung, sombong) tidak boleh dipakai oleh manusia. Orang yang ada kesombongan di hati akan mewarisi 5 perkara:
a) hatinya akan mati (tidak dapat melihat, mendengar dan menghayati kebenaran dari Allah)
b) terhalang hidayah pada hatinya
c) hilang rahmat daripada Allah
d) hilangnya keberkatan di dalam hidupnya
e) hilang ketenangan di dalam hatinya.
Semoga Allah swt mengampuni segala dosa...

Monday, April 19, 2010

APA ITU ISLAM?

by Ustaz Muhammad

1) Islam adalah agama fitrah - fitrah maknanya selaras dengan kehendak manusia
e.g. fitrah manusia cenderung kepada ilmu - islam mewajibkan wanita n lelaki menuntut ilmu
fitrah manusia, wanita cenderung kepada lelaki dan lelaki cenderung kepada wanita - islam menggariskan panduan perhubungan ini melalui perkahwinan
fitrah manusia suka kepada makanan yang sedap2 - islam ajar untuk makan makanan yang halal

2) Islam adalah agama yang symul - complete

3) Islam adalah agama tamaddun
a) fardhu 'ain - perkara2 yang melepaskan rukun2 islam dan iman
b) fardhu kifayah - ilmu2 selain dari fardu ain - ilmu yang cukup diwakili oleh seorang muslim dan tidak menjadi kewajiban keatas orang lain - e.g. kedoktoran, kejuruteraan, dll
c) fardu kifayah 'aini - apabila seseorang menceburi satu satu ilmu fardhu kifayah, maka ilmu itu menjadi fardhu kifayah 'aini baginya dan wajib ke atasnya agar bersungguh2 menguasai ilmu ini sebaik mungkin (that's why when one takes up a course at the university, for example, maka wajib bagi nya belajar bersungguh2 sehingga berjaya kerana sudah jadi fardhu kifayah 'aini baginya)

4) Islam adalah agama ilmu - ilmu sains yang terdapat dalam al quran seperti kejadian langit dan bumi, kejadian bintang2, bulan dan matahari semuanya tidak bercanggah dengan ilmu sains moden

5) Islam adalah agama keselamatan - banyak garis panduan di dalam al quran untuk diikuti manusia sebagai petunjuk kepada kebahagian dan kesejahteraan di dunia dan akhirat

6) Islam adalah agama akhlak

7) Islam adalah agama Rabbaniyah - iaitu agama yang memperkenalkan manusia kepada Allah swt.

Monday, March 15, 2010

My Autistic son, Ahmad Danial - after 2 months di Tahun Satu

Surah Al-Furqan 25:58 "Dan bertawakallah kamu kepada Allah Yang Maha Hidup (Kekal) Yang tidak mati..."

Mencari sekolah yang sesuai untuk Danial bukan satu proses yang mudah. It involved a lot of thinking....worrying....research...Untuk meletakkan Danial di kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang sangat ramai, my maternal instinct tells me belum lagi sesuai untuk Danial. Tambahan lagi, Danial is unable to speak Bahasa Melayu well and if i put him in public school with BM medium of instruction, it will be a huge problem for him.
Nevertheless, i still visited the primary school at section 6 and met the teacher in the kelas pendidikan khas. I even brought Danial to be observed by the teacher. When she observed Danial, she was reluctant to put Danial in her class kerana Danial sudah seperti kanak-kanak normal yang lain. But i pointed the fact that Danial is speech delayed and his autism though mild, is still ketara in some of his behaviour. Danial masih lagi finds it difficult to make friends or start a conversation, let alone maintain a long conversation with a friend. Children his age will at first approach him but after awhile when they realize that Danial is different, they will gradually menjauhkan diri from him and Danial will be left on his own.
So i went to a number of integrated private schools around shah alam. Some would like to consider tapi i pulak tak berkenan (alamak...dalam kelas ada 25 orang tapi bila cikgu tak de, budak2 belari sana sini dekat corridor and tak pakai kasut....this is a private school we are talking about and an islamic one...). One particular school mmg terang2 reject Danial and the reason was they don't have teachers who are trained to handle kids with special needs, mild or not, they stated clearly that they refused to consider even for a trial. Well, we respect the school. At least they are honest.
Buntu. Tidak tahu apa yang perlu atau patut dilakukan. Jadi, dalam keadaan begini, apalah lagi daya kita selain bersujud berdoa pada Allah swt memberi petunjuk dan jalan bagi menyelesaikan permasalahan ini. Dalam sujud, i prayed to Allah swt,
"Ya allah, tolonglah anak kami Danial. Tempatkan lah dia di sekolah yang paling sesuai baginya. Hanya engkau sahaja Ya Allah yang Maha Mengetahui segala yang baik dan buruk bagi kami"
Dalam berdoa, kami tidak putus asa berusaha. Proses pencarian sekolah rendah brought us to Islamic Integrated School Shah Alam, di section 4.
After i had explained Danial's condition, the first question the principal of the school asked me "what do you expect from the school, puan?"
My answer " owh, i want Danial to develop his social skills. I am aware that the school might not have teachers who are trained for children with special needs like Danial, but right now,academic excellence is not the top in my list for Danial. I want him to mix around with typical children and hope Danial will adapt but along the way, if he excels academically, all i can say is alhamdulillah"
"ok, if that is your expectation, i would like to accept your son to join our primary one" the principal replied.


Surah At-Taubah 9:40 "...janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kita..."

First week Danial di sekolah baru.
Alhamdulillah, Danial tidak lah memberontak untuk pergi ke sekolah. Maybe ketika itu, he wasn't aware that he was going to a new school. And he did not know what to expect. However, untuk permulaan, Danial tidak menangis2 untuk pergi ke sekolah pun i dah bersyukur dah.
Minggu pertama berlalu dengan jayanya.

Malam Jumaat of minggu ketiga Danial di sekolah
Sebelum tidur, i asked Danial to recite al-fatihah and said "Ok Danial, sleep ok, tomorrow school ok..." Dengan tak semena-mena, muka Danial berubah. He said "i don't want school ibu..."
Danial terus ambil bantal and tutup muka. Slowly i removed the pillow from his face and asked..."why?"
Again Danial said "no ibu...i don't want school...". And by now, i could see tears in his eyes.
I just pujuk Danial tidur. Dalam hati i, insyaallah tomorrow he'd forget about it.
Sungguh silap sangkaanku.
Seperti hari2 lain sebelum ini, Danial dikejutkan lebih kurang jam 6:30am. Tapi, tidak seperti sebelumnya, pagi itu Danial tidak mahu mandi and dengan nada separa merengek...he said "ibu...i don't want school ibu...".
And of course when i asked him why or what happened at school, him being speech delayed, couldn't give me any answer or any clue that indicates any possible reason for him not wanting to go to school.
Danial pun naik kereta untuk pergi ke sekolah. He was quiet. When our car stopped in front of the school. Muka Danial dalam kereta dah merah menahan sedih. He looked really sad. As i walked him to the school compound, he held my hand so tight it almost felt as if he didn't want to let my hand go. Eventually i told Danial, "ok Danial, ibu pergi ok..Danial go line up for assembly ok?". By then he had tears already. I just walked away from him but hati sangat berat. So, i menoleh ke belakang to have one glance of him before i finally left. He looked at me from far and tears was running down his cheek. I couldn't help it, i walked to him and tried to calm him.
In the car, on my way back home, my mind kept fix on the thought of seeing Danial cried at school. I felt hopeless because i didn't know why he was sad or what went wrong at school...or anything....i felt hopeless...i cried. I cried hard. Terbayang-bayang airmuka Danial dengan air mata bercucuran di pipi yang kecil itu, sesekali mengelap air mata yang penuh bertakung di bawah cermin matanya. It was so heartbreaking to see my son like that. Especially, when i felt i couldn't help him.

Dalam kesedihan yang amat berdoalah saya " Ya Allah, ampunkan lah aku Ya Allah.....tolong lah anakku Danial Ya Allah..."

I sms his class teacher and kindly asked her if she knew what could lead Danial to be in that state when he was doing fine for the past 2 weeks. The teacher didn't replied but on the next Monday, I went to meet his class teacher and she appologised for not replying my sms. According to the teacher, the day before that friday, she rewarded some pupils in the class for doing well in one of the classroom activities and Danial was one of them. However, she gave Danial a slightly bigger chocolate candy as compared to the rest. So one of the boys thought teacher was being unfair he grabbed Danial's candy from Danial's hand. And Danial did not fight back and being speech delayed (and autistic,let us remind ourselves of this fact) he couldn't complain to the teacher. Danial was depressed because he knew he deserved that chocolate candy and that candy was his but somehow couldn't get that idea across to anyone....including me, his mother.
Thank you to his class teacher, who is a very kind woman, she gave Danial another candy as a replacement the next day. And after that, Danial was happier....Alhamdulillah.

School Sports Day
Danial participated in the march pass. He was okay. Boleh la dia ikut the group. And he also participated in one performance for his house (blue house) ~ Battle Cry and boleh la dia ikut the steps. Though mungkin tak lah seperfect kawan-kawan yang lain tapi boleh la dia ikut-ikut whatever the group was doing.
Then came to part when Danial had to participate in one of the games for his house- dribble bola pakai kayu hockey. Danial kekok. He didn't know how to handle the hockey stick. But perlahan-lahan he manage. Of course the group kalah because of this. Bila Danial hampir sampai ke finishing line, i cheered "common Danial.....!". Suddenly seorang mother dengan lantangnya bercakap " tengok ni! pegang kayu pun tak tahu???". The mother stood right next to me and i dengan spontan dan selamba and direct nya terus cakap " owh, he is autistic and HE IS MY SON". The mother sambung " iya la takkan ustaz tak ajar camane nak pegang kot..." tapi kali ini nada suaranya lembut sikit, mungkin menyedari beliau terlepas cakap. And i terus reply dengan selamba nya " budak autistic mmg la macam tu if you tahu what is autism la, orang ajar pun belum tentu die paham" and i just walked away. I could see the mother macam tak tahu macam mana nak tengok muka i. Tapi i rasa dia patut memberanikan diri and just come to me and appologise. I would definitely say "i understand...".
Tidak dinafikan perasaan ibu mana tidak sedih apabila melihat kanak-kanak sebaya anak kita berlari-lari ke sana ke sini...cergas...participate in all games dengan bersemangatnya...Walaupun Danial's autism dikira mild, still perbezaan dr segi behaviournya masih juga ketara. Apatah lagi, bila mendengar ibu lain (yang memikirkan anaknya sangat sempurna) mengherdik kekurangan anak kita. Selamilah perasaan kesedihan ini...

Surah Ali Imran 3: 173 "....Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."

Danial might not be able to speak fluently yet tetapi dengan Rahmat Allah swt, Danial sudah boleh membaca Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas dengan sempurna. Boleh melakukan perbuatan solat, mengangkat wudu'.
Dalam sujud saya berdoa " Ya Allah, kasihanilah anakku Danial. Dengan rahmatMu Ya Allah, aku memohon, petahkan lah lidah anakku Danial. Smoga dengan rahmatMu Ya Allah, Danial boleh menghafaz Al-Quran"

For quite sometime juga i merata-rata mencari guru ngaji yang sesuai for Danial. Kelas-kelas qiraati yang available tidak sesuai utk Danial kerana satu kelas terlalu ramai. And Danial needs a person who can teach him one to one. Kalau ada pun the fees terlalu mahal for us.
Allah swt mengerakkan hati saya untuk bertanya pada pihak sekolah. Alhamdulillah, seorang ustaz (yang juga guru di sekolah Danial) yang sangat baik hati, sudi mengajar Danial (one to one) mengaji most days after school. Sesungguhnya, Allah swt sangat Pengasih dan Allah swt telah menolong Danial.

Most maghrib, saya dan anak-anak akan bersolat jemaah. Semenjak masuk ke sekolah, Danial insists nak iqamat sebelum solat bermula. Lebih kurang seminggu yang lepas, pada satu sessi solat jemaah maghrib, Danial suddenly requested " ibu, i want azan ibu....".
Tanpa menunggu jawapan saya, my son Danial melaungkan azan. Terkejut tidak terkata. Perasaan terharu mendengar my autistic son Danial melaungkan azan buat pertama kalinya, hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui. Gembiranya di hati tidak boleh digambarkan. Semua perasaan sedih yang berselang seli menyelinap di hati sebelum ini lenyap serta merta. Sungguh Allah swt Maha Pengasih dan Penyayang.

Dengarkanlah....


video


For mothers out there who has children with special needs....

Cekalkanlah hati, janganlah bersedih. Percayalah seperti dalam sebuah hadith yang sahih, diriwayatkan dari Rasullullah saw:
" Allah tidak menetapkan qadha' bagi seorang hamba kecuali qadha' itu baik bagi dirinya"

Dan berpeganglah pada firman Allah swt, Surah Al-Insyirah :5-6
" Maka sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan"

Thursday, March 11, 2010

YANG TERKAYA....

by Ustaz Jazlan
Wednesday 3rd March 2010

1. Nabi Muhammad saw adalah insan yang paling kaya daripada orang yang paling kaya.

2. Nabi Muhammad saw menjalani kehidupan susah sebagai pengajaran kepada manusia supaya jangan mengeluh tatkala dalam kesusahan. Rasulullah saw bersabda " Yang dikatakan kaya bukan kaya harta benda tetapi kaya jiwa"

3. Ciri2 orang yang kaya jiwa adalah orang yang sentiasa BERSYUKUR pada Allah swt, iaitu:

a) syukur - mengingati dan mengakui kebaikan Allah swt dan menyebut2 kebaikan itu
b) syukur - syukur dengan anugerah kesihatan - kesihatan itu merupakan satu nikmat yang mesti disyukuri
c)syukur - pabila Allah swt kurniakan apa2 nikmat

Dan untuk melahirkan kesyukuran ini, sebutlah ALHAMDULILLAH

4. Syukur terjadi dalam 2 keadaan:
i) syukur apabila dapat nikmat
ii) syukur apabila dapat musibah

Orang yang beriman akan menganggap musibah sebagai ujian dan orang yang tidak beriman akan menganggap musibah sebagai bala.

5. Orang yang kaya jiwa adalah orang yang tawaduk (sorry if salah eja...lama tak buat ejaan test) - tawaduk adalah sifat rendah diri/rendah hati

6. Lawan kepada tawadoq adalah sifat sombong.

7. Sesiapa yang tawaduk, Allah swt akan naikkan darjatnya.

8. Nabi Muhammad saw mempunyai sifat redha. Apa itu redha?
Redha - menerima ketentuan Allah swt yang lalu, sekarang dan yang akan datang

Orang yang redha adalah orang yang akan bersyukur pada Allah swt.

9. Nabi Muhammad saw mempunyai sifat sabar. Dari Imam Al-Ghazali, sabar itu ada 3:
i- sabar untuk melakukan kebaikan dalam ibadat
ii-sabar untuk meninggalkan maksiat
iii-sabar dalam mengharungi kehidupan dan kesusahan dalam kehidupan.

Tuesday, March 9, 2010

CIRI-CIRI ORANG YANG HIDUP DI SISI ALLAH

1. Orang yang sentiasa meningkatkan iman pada Allah swt
- meningkatkan keimanan sehingga ke hati.
- Orang ini dapat menjaga dirinya ke arah yang lebih baik.

2. Orang yang sentiasa meningkatkan amalannya. Amalan ada 3 jenis:
i- amalan wajib
ii- banyakkan membuat perkara2 sunat - Allah swt menyayangi orang2 yang membanyakkan perkara2 sunat
iii- Jauhi/ Hindari perkara2 makruh

3. Meningkatkan ilmu pengetahuan
- Jika Allah menyayangi kita, Dia akan fahamkan ilmu untuk kita

4. Orang yang sentiasa meningkatkan akhlaknya. Akhlak ada 5 bentuk:
i-akhlak pada Allah swt - sentiasa syukur pada Allah swt

"orang yang bersyukur pada nikmat Allah swt sama seperti orang susah tetapi sabar. Kerana kedua-dua orang ini hatinya dekat pada Allah swt"

ii- akhlak pada diri sendiri
-elak diri dari jahil

iii-akhlak dengan orang lain

iv- akhlak dengan makhluk lain
-eg binatang, pokok etc

5- orang yang membesarkan akhirat

6-orang yang bertaubat pada Allah swt

7-orang yang sentiasa "amal makruf nahi mungkar"

Penutup : "Tidak sama orang yang hidup di sisi Allah swt dan orang yang tidak hidup di sisi Allah swt"

Wednesday, January 27, 2010

KESIMPULAN Tafsir Surah AlFatihah

Apabila kita membaca surah alFatihah didalam solat, kita berdoa agar Allah swt tunjukkan kita jalan yang lurus. Dan telah dibincangkan dan ditegaskan (sebelum ini) ayat2 dalam alQuran yg menyatakan bagaimana hendak mendapat petunjuk ini dan apakah itu jalan yang lurus. Dan telah juga ditegaskan bahawa jalan yang diredhai adalah dengan taat pada Allah dan RasulNya seperti yang dilakukan oleh para2 nabi, para pecinta kebenaran, mereka yang mati syahid dan orang yang soleh (disebut dalam surah An-Nisa' 4:69-70)

Kenapa para2 Nabi sebelum Nabi Muhammad dikira juga sebagai mereka yang taat pada Rasulullah saw sedangkan mereka hidup dahulu dari Nabi Muhammad?? Kerana hakikatnya, semua para Nabi2 sebelum Nabi Muhammad saw ( seramai 124000 jumlah nabi2) telah membuat perjanjian dengan Allah swt tentang kenabian Rasulullah saw - Iaitu, akan tiba masanya akan muncul seorang Nabi dan Rasul yang bernama Muhammad dan apabila saat ini tiba maka semua para Nabi2 akan mengakuinya dan taat padanya.

Surah Ali-Imran 3:81-82
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian dari para Nabi "Manakala Aku memberikan Kitab dan Hikmah kepadamu lalu datang kepada kamu, seorang rasul (Nabi Muhammad) yang membenarkan apa yang ada pada kamu, niscaya kamu akan bersungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya" Allah berfirman "Apakah kamu setuju dan menerima perjanjian denganKu atas yang demikian itu?" Mereka menjawab " Kami setuju". Allah berfirman "Kalau begitu bersaksilah kamu (para Nabi) dan Aku menjadi saksi bersama kamu"

Maka barangsiapa berpaling setelah itu, maka mereka itulah orang yang fasik.

Perjanjian ini termasuk lah umat2 nabi2 tersebut - bermakna, jika Nabi pada zaman itu telah membuat perjanjian untuk mengikhtiraf Nabi Muhammad, maka umat2 Nabi tersebut wajib melakukan perkara yang sama.

Nabi yang terakhir dari Bani Israil ialah Nabi Isa as. Maka, umat2 Nabi Isa as wajib mengikhtiraf kerasulan Nabi Muhammad saw. Sebab itu apabila Nabi Isa as turun ke dunia pada akhir zaman kelak, beliau akan menyokong dan membantu agama islam yang dibawa oleh Rasulullah. Kerana disebabkan perjanjian beliau kepada Allah swt untuk taat pada Nabi Muhammad dan mengikhtiraf keRasulan baginda.


Pada malam isra' mikraj, seramai 124000 para Nabi2 berkumpul dan bersolat bersama2 Nabi Muhammad dengan diimamkan oleh baginda Rasulullah saw sebagai ketua kepada sekalian para Nabi2 sebelum baginda.

Perlu diingatkan disini, bahawa Nabi Muhammad saw diutuskan untuk semua umat seluruh alam sedangkan Nabi2 sebelum baginda hanya diutuskan Allah swt untuk umat nabi tersebut sahaja. Jadi, Nabi Isa as diutuskan Allah swt adalah untuk Bani Israil sahaja dan bukan untuk umat2 seluruh alam. Sebab itu tidak boleh lagi diterima syariat2 Nabi Isa as selepas Allah mengutuskan Nabi Muhammad saw. Oleh sebab itu lah, orang2 Nasrani yang ingkar dan tidak mengikhtiraf Nabi Muhammad saw dikira sebagai mereka yang sesat dari kebenaran.

Surah Al-Ahzab 33:7
Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari para Nabi dan dari engkau (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putra Maryam dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh (iaitu kesanggupan menyampaikan agama kepada umat masing2)

Dalam ayat ini Allah swt menyebut 5 nabi yang tertinggi darjatnya iaitu Rasulullah, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa

Surah Al-A'Raf 7:158
Katakanlah (Muhammad), "Wahai manusia! Sesungguhnya aku ni utusan Allah bagi kamu semua, yang memiliki kerajaan langit dan bumi, yang tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, (iaitu) nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimatnya (kitab-kitabnya). Ikutilah dia, agar kamu mendapat petunjuk.

Surah ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Rasulullah merupakan rasul untuk seluruh alam (dan bukan untuk orang2 arab sahaja atau untuk bani israil shj seperti nabi Isa)

Note: Ayat yang akhir "ikutilah dia (Nabi Muhammad), agar kamu mendapat petunjuk" - merupakan jawapan kepada doa saya selama ini. Saya selalu berdoa "ya allah, berilah aku petunjuk dan hidayahMu agar aku hidup dan mati dalam iman". Allah swt telah pun memberi jawapannya iaitu untuk mendapat petunjukNya, ikutilah Rasulullah (sunah2 baginda).

Surah Al-An'am 6: 153
Dan sungguh, inilah (Al-Quran) jalan-Ku yang lurus. Maka ikutilah! Jangan kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) yang akan mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertaqwa.

Surah ini merupakan jawapan kepada ayat 6 dalam surah Al-Fatihah - Tunjukilah kami jalan yang lurus

Surah Asy-Syu'araa' 26:214
Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu(Muhammad) yang terdekat

Ketika baginda menuntut manusia untuk taat pada Allah dan mengikhtiraf baginda sebagai utusan Allah swt,sememangnya kebanyakkan orang yang mendengar seruan Nabi Muhammad tahu kebenaran apa yang baginda katakan tetapi kerana keangkuhan mereka menolak untuk menerimanya. Itulah yang terjadi kepada bapa saudara baginda sendiri Abu Mutalib. Beliau sememangnya tahu kebenaran apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad tetapi kerana tidak mahu kedudukannya sebagai orang elit pada ketika itu, baginda tidak ikuti seruan Rasulullah. Maka matilah beliau dalam keadaan kafir (kerana tidak taat kepada Allah dan RasulNya)

Surah Saff 61:6
Dan (ingatlah) ketika Isa putra Maryam berkata "Wahai Bani Israil. Sesungguhnya aku utusan Allah kepadamu, yang membenarkan kitab yang turun sebelumku,yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan seorang rasul yang akan datang setelahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Namun, ketika rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata "ini adalah sihir yang nyata"

Surah Asy- Syuuraa 42:14
Dan mereka (Ahli Kitab) tidak berpecah belah kecuali setelah datang kepada mereka ilmu (kebenaran yang disampaikan oleh para nabi) karena kedengkian antara sesama mereka. Jika tidaklah kerana sesuatu ketetapan yang telah ada dahulunya dari Tuhanmu (untuk menangguhkan azab) sampai batas waktu yang ditentukan pastilah hukuman bagi mereka telah dilaksanakan. Dan sesungguhnya orang yang mewarisi kitab (Taurat dan Injil) setelah mereka (pada zaman Muhammad) benar benar berada dalam keraguan yang mendalam tentang Kitab (al Quran) itu


Surah Ali-Imran 3:85
Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan diakhirat, dia termasuk orang yang rugi.

Wednesday, January 20, 2010

Al-Fatihah Ayat 6-7

Al-Fatihah Ayat 6: Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Dalam ayat ini, kita memohon dari Allah swt supaya Dia tunjukkan kita jalan yang lurus.
Apa itu jalan yang lurus?? Allah swt beri jawapan dalam ayat berikutnya.

Al - Fatihah
Ayat 7: (Iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka.

Siapa? Siapa mereka yang dimaksudkan di sini yang telah dianugerahkan nikmat oleh Allah? Dalam Al Quran, mereka yang dianugerahkan nikmat oleh Allah swt disebut dalam surah2 berikut:

Surah An-Nisa' 4: 69-70
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul (Muhammad) maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, iaitu para Nabi, para pecinta kebenaran, orang2 yang mati syahid dan orang2 yang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.
Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui.

Seterusnya, Allah menjelaskan bahawa mereka yang dikatakan yang mentaati Allah ialah mereka yang mentaati Rasulullah saw:

Surah An-Nisa' 4:80
Barangsiapa mentaati Rasul (Muhammad) maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa berpaling (dari ketaatan itu) maka (ketahuilah) Kami tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi pemelihara mereka.

Dan dijelaskan lagi bahawa sesungguhnya mereka yang dianugerahkan nikmat oleh Allah swt itu adalah mereka yang mentaati Rasulullah kerana Allah telah menyatakan bahawa Rasulullah itu merupakan rahmat bagi seluruh alam (termasuk manusia)

Surah Al-Anbiyaa 21: 107
Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.

Dijelaskan lagi dalam Al-Quran bahawa mereka yang mentaati Rasulullah akan mendapat anugerah nikmat dari Allah kerana

Surah Al-Ahzab 33: 21
Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah.

Al-Fatihah Ayat 7 (sambungan): Bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) yang sesat.

Siapa mereka yang Allah murkai yang disebut dalam ayat ini? Mereka yang dimurkai Allah yang dimaksudkan di sini ialah orang2 Yahudi. Dan siapa pula mereka yang sesat yang dimaksudkan di sini? Mereka yang sesat itu ialah orang2 Nasrani.

Mengenai perangai orang2 yang dimurkai Allah iaitu orang2 Yahudi disebut dalam Al-Quran dalam surah2 berikut:

Surah Al-Maidah 5: 60
Katakanlah (Muhammad), "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang fasik) di sisi Allah? Iaitu, orang yang dilaknat dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah Tagut. "Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus"

Note: Ayat ini refers to kisah orang2 Yahudi yang melanggar kehormatan hari Sabat. Menyebabkan kemurkaan Allah pada mereka.

Surah Al-Baqarah 2: 65-66
Dan sungguh, kamu telah mengetahui orang2 yang melakukan pelanggaran di antara kamu pada hari Sabat, lalu Kami katakan kepada mereka, "Jadilah kamu kera yang hina!"
Maka Kami jadikan (yang demikian) itu peringatan bagi orang2 pada masa itu dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang2 yang bertaqwa.

Surah Al-Baqarah 2: 90-91
Sangatlah buruk (perbuatan) mereka menjual dirinya dengan mengingkari apa yang diturunkan Allah, kerana dengki bahwa Allah menurunkan kurniaNya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya (Wahyu kenabian kepada Nabi Muhammad saw). Kerana itulah mereka menanggung kemurkaan demi kemurkaan (Murka pertama kerana membangkang Nabi Musa as dan murka kedua kerana mengingkari Nabi Muhammad saw). Dan kepada orang2 kafir (ditimpakan) azab yang menghinakan.
Dan apabila dikatakan kepada mereka " berimanlah kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran), mereka menjawab " kami beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami". Dan mereka ingkar kepada apa yang setelahnya, padahal (Al Quran) itu adalah yang hak yang membenarkan apa yang ada pada mereka. Katakanlah (Muhammad), "Mengapa kamu dahulu membunuh nabi-nabi Allah jika kamu orang2 beriman?"

Al Quran juga menegaskan bahawa agama yang hanya diterima Allah ialah agama Islam:

Surah Ali-Imran 3: 85
Dan barangsiapa mencari agama selain Islam , dia tidak akan diterima, dan diakhirat dia termasuk orang yang rugi.

Mengapa kita wajib mengharapkan dan berdoa dianugerahkan rahmat dari Allah swt kerana dengan rahmat dari Allah sahaja yang akan menolong kita ke syurga di akhirat kelak dan hanya dengan rahmat dari Allah sahaja kita tidak akan tergolong dari orang2 yang rugi. Seperti yang disebut dalam doa Nabi Adam as yang dirakamkan di dalam Al-Quran:

Surah Al-A'Raf 7: 23
Keduanya berkata " Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang2 yang rugi"

Surah Maryam 19: 71-72
Dan tidak seorang pun di antara kamu yang tidak mendatanginya (neraka). Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu ketentuan yang sudah ditetapkan.
Kemudian Kami akan menyelamatkan orang2 yang bertaqwa dan membiarkan orang2 yang zalim di dalam (neraka) dalam keadaan berlutut.

Kembali kepada k
isah orang2 Yahudi dan Nasrani.
Oleh sebab mereka tergolong daripada mereka yang dimurkai Allah dan disahkan Allah sebagai mereka yang sesat, Allah swt melarang kita bersahabat setia dengan orang2 Yahudi dan Nasrani. Hal ini Allah swt nyatakan dalam Al-Quran dalam surah2 berikut:

Surah Al-Maidah 5: 51
Wahai orang2 yang beriman!Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia (mu), mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 yang zalim.

Note: orang2 yang beriman = orang2 yang iktiraf Allah dan RasulNya

Surah Al-Maidah 5:57
Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang2 yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan (iaitu) di antara orang2 yang telah diberikan kitab sebelummu dan orang2 kafir musyrik. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang2 beriman.

Syurga itu disediakan Allah swt hanya untuk orang2 yang bertaqwa sahaja.

Surah Ali-Imran 3: 102
Wahai orang2 yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.

Mengenai orang2 sesat (iaitu orang2 Nasrani) Allah menyebut di dalam Al-Quran:

Surah Al-Maidah 5: 77
Katakanlah (Muhammad) " Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu berlebih-lebihan dengan cara yang tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti keinginan orang2 yang telah tersesat dahulu dan (telah) menyesatkan banyak (manusia) dan mereka sendiri tersesat dari jalan yang lurus"

Note: Ahli kitab = orang2 Yahudi dan Nasrani
Berlebih-lebihan di sini maksudnya sehingga mengangap Nabi Isa sebagai anak Allah dan Maryam sebagai isteri Allah.

Surah Al-Maidah 5: 72
Sungguh telah kafir orang2 yang berkata "Sesungguhnya Allah itu dialah Al-Masih putra Maryam. Padahal Al-Masih (sendiri) berkata "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu". Sesungguhnya barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sungguh, Allah mengharamkan syurga baginya, dan tempatnya adalah neraka. Dan tidak ada seorang penolong pun bagi orang2 zalim itu"

Sungguhlah orang2 Nasrani itu orang2 yang sesat kerana Nabi Isa as sendiri telah mengajak mereka ke jalan yang diredhai Allah.

Surah Ali-Imran 3: 51
Sesungguhnya Allah itu Tuhanku dan Tuhanmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus.