Tuesday, November 10, 2009

Nikmat dari Yang Maha Pemurah...Ar Rahman

Ringkasan dari Syarah Asma' al-Husna - Ustaz Muhamad bin Abdullah

Tuesday, 10 nov 2009

1. Allah ar-Rahman adalah tuhan pemurah yang telah menganugerahkan banyak nikmat2 kpd kita yg tak akan mampu kita hitung.
Surah an-Nahli ayat 18
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yg dilimpahkannya kpd kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

2. Apa definasi nikmat? - apa2 yg memberi kesedapan kpd manusia. Lumrahnya, manusia tidak akan merasa atau menghargai/appreciate nikmat2 ini sehingga lah kehilangan nikmat itu.

Pengalaman sendiri :
Susah juga rasa sekarang apabila tiba masanya terasa untuk menginsafi diri dan bercita2 untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, lutut pula bengkak dan sgt ssh untuk melipatkan kaki ketika bersolat...dan pabila mata sangat menginginkan untuk membaca kalam2 Allah, ketika inilah penglihatan mula merosot dan terpaksa mencapai kaca mata untuk membaca. Betapa ini menyedarkan saya bahawa selama ini saya adalah manusia yang sungguh lalai dan telah banyak mendustakan nikmat2 Allah (kesihatan mata dan kaki) dan tidak menafaatkan nikmat2 ini di jalan Allah sebaik mungkin ketika dikurniakan kesihatan.
Tapi diri mensyukuri pemberian Allah kerana Allah swt boleh sahaja memberi saya keadaan yang lebih buruk dari ini...walaupon lutut bengkak dan merumitkan solat, saya masih boleh berjalan ke sana ke mari menuntut ilmu dan membuat amal kebajikan. Bayangkan jika kaki saya dilumpuhkan atau cacat sehingga tidak langsung boleh berjalan?
Walaupon mata terpaksa mengenakan reading glasses, masih juga boleh digunakan untuk melihat dan yang paling utama, masih lagi boleh digunakan untuk membaca ayat2 al quran. Alhamdulillah.

3. Ada 5 jenis nikmat:
a) Nikmat asasi - nikmat yang menyempurnakan kita sbg manusia. Terbahagi kpd 2:

i- nikmat semulajadi - mata, hidung, udara, angin, etc
Disebabkan nikmat2 ini mmg sediakala ada dgn kita, kita slalu lupa mensyukuri kehadirannya. We always take it for granted that it's going to be there around us all the time (seperti pengalaman saya di atas)

ii-nikmat yg diusahakan - makanan, pakaian, kediaman etc.
Dengan izinNya dan kemurahanNya, kita akan mendapat lebih jika kita mengusahakan sesuatu yang baik.
Antara makhluk yang paling mudah mendapat rezeki ialah manusia.
Surah az-Zukhruf ayat 13
Supaya kamu duduk di atas punggungnya (haiwan ternak yg ditunggangi -lanjutan dari ayat sebelumnya)kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu telah duduk di atasnya, dan supaya kamu mengucapkan "Maha Suci Tuhan yg telah menundukkan smua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya"

b) Nikmat Qalbiah/emosi - nikmat yang menyenangkan hati yg menyebabkan manusia selesa dan bahagia- harta,anak, suami/isteri, keluarga etc
Surah ar-Rum ayat 21
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pd yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yang berfikir.

c) Nikmat badaniyah - nikmat yang menyenangkan fizikal - kesihatan. Merupakan satu nikmat yang perlu dicari dan dijaga. Wajib menjaga kesihatan dan haram mencederakan kesihatan diri dengan sengaja.
Surah ar-Rum ayat 54
Allah, Dialah yg menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan kamu sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan kamu sesudah kuat itu lemah kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

d) Nikmat Akliyah- nikmat berkaitan dengan mental/akal- pengetahuan dan pengalaman. Pengetahuan datang dari belajar dan pengalaman datang dari hasil kita berinteraksi pd alam dan kitab2.
Surah al-Baqarah ayat 269
Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yg dalam tentang al Quran dan as Sunnah) kpd sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yg dianugerahi hikmah, ia benar2 telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang2 yang berakallah yg dapat mengambil pelajaran( dr firman Allah).

Manusia jahil belaku dalam 2 keadaan:
i) jika tidak mahu belajar
ii) jika terasa diri sudah cukup ilmu dan tidak perlu lagi menuntut ilmu

Kelebihan orang yang menuntut ilmu, apabila dia mati dalam keadaan dia sedang menuntut ilmu atau pergi menuntut ilmu, maka matinya dikira mati fisabilillah.

Note untuk diri sendiri: Maka selama ini, saya ini tergolong dalam keadaan jahil yang mana satu ya??

e) Nikmat imaniyah - nikmat berbentuk spiritual - nikmat yang paling tinggi di antara lima nikmat.


Note:
Setengah orang mempunyai semua nikmat yang 4 di atas - nikmat asasi, nikmat qalbiyah(anak2 yg berjaya, isteri cantik atau teman2 yang menghiburkan), nikmat badaniyah (badan sihat) dan nikmat akliyah (pandai dan berjaya dalam bisnes dgn menggunakan nikmat akal ini...) tetapi tidak mempunyai nikmat imaniyah, maka seseorang itu TIDAK AKAN merasa kesempurnaan dalam hidup. Ada sahaja yang tidak puas dalam hatinya - sentiasa runsing memikirkan turun naiknya perniagaan, sentiasa memikirkan bagaimana untuk kekal kaya dan berduit, tension memikirkan kerja atau jika smua sudah mencukupi (pada zahirnya) masih memikir2 bagaimana utk menambah kesenangan hidup....
Mula lah mencari2 ketenangan dgn melakukan pelbagai cara - pergi bercuti setiap tahun (balik cuti saja kerja seminggu tension balik...), pergi melakukan apa2 aktiviti yang pada akalnya akan dapat menghilangkan kekacauan dlm jiwa/pemikiran (tetapi mula kerja balik tak sampai seminggu dua, berserabut balik...). Golongan ini merupakan mereka yang tidak memperolehi nikmat imaniyah - nikmat yang hanya dapat diperolehi dengan kurniaan Allah tetapi boleh juga diusahakan ke arahnya jika benar2 kita mahu mencari keredhaan Allah swt, insyaallah.

Surah Ibrahim ayat 28
Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan

Tuesday, August 18, 2009

Apa Ada Dalam Bulan Ramadhan?

by Ustaz Muhamad bin Abdullah Wednesday, 19 August 2009

Ustaz membicarakan 5 perkara yang ada pada bulan Ramadhan:

1) Puasa
Semua maklum, dalam bulan ramadhan, kita umat islam wajib berpuasa. Berpuasa di bulan2 yang lain, kita hanya mendapat pahala kerana menyempurnakan ibadat puasa itu. Tetapi, berpuasa di bulan Ramadhan, kita bukan sahaja mendapat pahala kerana menyempurnakan ibadat puasa tersebut malah dengan berpuasanya kita dalam bulan Ramadhan dapat mengikis dosa2 kita. Jadi, berpuasa di bulan Ramadhan melayakkan kita mendapat pahala berpuasa dan juga pengikisan dosa.

Ustaz menyentuh tentang perkara2 yang membatalkan puasa:

a) makan & minum
b)masuk sesuatu pada rongga- mengikut imam shafiee, rongga yang dimaksudkan ada 5 iaitu mulut, hidung,dubur, telinga dan kemaluan.
Benda yang masuk ke badan tidak melalui rongga, jika bukan makanan, tidak akan membatalkan puasa seperti masuk darah kat tangan, injection masuk ubat kat lengan etc. Tetapi, if masukkan makanan ke dalam body melalui tube maka batallah puasa.
Merasa makanan di lidah ketika memasak, if sedikit hukumnya harus, if banyak hukumnya makruh.
c)muntah dengan sengaja
d) bersetubuh
e)mengeluarkan mani dengan sengaja
f) haid
g) nifas
h) gila
i) pengsan (lebih dari 50% waktu siang)
j) murtad

2) Fidyah

3 kelompok yang perlu membayar fidyah:

a) orang yang hutang puasa ramadhan yang lalu - mereka ini kena membayar fidyah dan juga menganti puasa yang ditinggalkan
b)orang yang tidak mampu lagi (tidak berupaya) untuk berpuasa - mereka ini hanya perlu membayar fidyah sahaja
c)orang yang membatalkan puasa sebab orang lain seperti ibu yang menyusukan anak, orang yang emergency kena selamatkan orang mati lemas kat laut..- mereka ini kena bayar fidyah dan juga mengantikan puasa yang ditinggalkan

Brape kos bayaran fidyah?
Di selangor, 1 hari = Rm 1.75 (berdasarkan harga beras rm2.60 sekilo)
Tetapi, generally, kiraannya ialah 700g x (harga sekilo beras yang biasa kita makan tiap hari) - ustaz kata if kita biasa makan beras mahal kenalah dikira mengikut harga beras yang kita biasa makan itu

Kepada siapa fidyah itu perlu dibayar?
Fidyah itu perlu dibayar kepada golongan Fakir dan Miskin sahaja

Niat fidyah?
Kalau kita pi bayar terus kepada golongan fakir dan miskin ini, tak payah lah lafaz niat. Tetapi, if kita wakilkan pada orang lain, say, ustaz ke..maka perlu kita lafazkan niat bayaran tadi merupakan fidyah dan kita mewakilkan si ustaz tadi, for example " ustaz, ini bayaran fidyah saya dan saya wakilkan ustaz untuk mengagihkan pada golongan fakir dan miskin.."

3. Zakat Fitrah
Zakat fitrah ini semua orang yang mampu kena bayar. Siapa itu mereka yang dikatakan mampu?? Mereka yang dikategorikan sebagai mampu disini adalah mereka yang cukup makan/minum, pakaian dan mempunyai tempat tinggal pada malam hari raya dan siangnya.

Unlike zakat harta misalnya yang melayakkan hanya orang berharta sahaja. Siapa yang dikenakan bayaran zakat fitrah ini? Mereka yang hidup sebahagian dari ramadhan dan juga sebahagian dari syawal.

Ustaz bagi beberapa examples:

Anak yang lahir pada akhir ramadhan dan masih hidup sehingga syawal - maka bapanya wajib membayar zakat fitrah untuknya.

Si isteri yang dinikahi suaminya pada 1 syawal - maka si ayah (bukan suami) perempuan ini yang wajib tunaikan zakat fitrahnya utk bulan ramadhan tersebut sb perempuan ini belom menjadi isteri lelaki itu masa bulan ramadhan tahun itu.

Berapa amount kena bayar?

Di selangor = RM7 per head ( berdasarkan harga beras rm2.60 sekilo)

Generally, ukurannya adalah 1 gantang baghdad (which is an acuan) which is in kilograms secara khilafnya di selangor, 1 gantang baghdad approx equals to 2.1kg, di kelantan approx equals to 2.5kg etc.

If follow JAKIM, 1 gantang baghdad is approximately 2.7kg dan hendaklah ditimbang dengan beras yang biasa kita makan.

So ustaz suggest, walaupon kat selangor kenakan RM7 per head berdasarkan harga beras RM2.60 sekilo, tetapi if kita tahu kita kat rumah makan beras harga RM3 sekilo, maka hendaklah kita bayar 2.7 x RM3 per head. If orang terima tu susah nak keluarkan resit sebab resit pakai standard bayaran...lebihkan aje la no of heads yang perlu kita bayar (macam if sepatutnya kita bayar untuk 4 kepala..cakap aje lah kita bayar untuk 6kepala untuk membolehkan resit dikeluarkan) ~ Note utk suami saya (i tahu u slalu baca my blog ni- Bang...i need ur opinion on this one!)

4) Solat Terawih

Orang selalu tanya ustaz, mana yang afdolnya...solat 8 rakaat atau 20? Ustaz jawab...yang paling afdol is yang paling khusyuk...if solat 8 rakaat itu lagi khusyuk solat lah 8, if solat 20 rakaat tu lagi khusyuk solat la lebih...Tetapi ustaz kata, bulan ramadhan ni sekali setahun aje and belom tentu dapat hidup sehingga ramadhan yang akan datang, maka elok juga kalau kita banyakkan bersolat.

5) Malam Lailatulqadar

Waktunya dari maghrib hingga isyak dan pahala ibadat pada malam ini pahala ibadah 1000 bulan
" Ya allah...temukanlah kami malam ini di bulan ramadhan tahun ini.."

Saturday, August 15, 2009

Bulan Ramadhan datang lagi...I ask myself "How to benefit it this time round?? "

By Ustaz Dr Shihabuddin Friday, 14 August 2009

Sejarah makna nama2 bulan2 islam dari zaman Arab Jahiliyah

MUHARRAM - means bulan haram ; dimana dlm bulan ini di zaman arab jahiliyah diharamkan segala activity.

SAFAR - sifar atau berpergian; dalam bulan ini kaum lelaki arab jahiliyah akan keluar dari rumah2 mereka untuk berniaga selama sebulan

RABIULAWAL - balik atau kembali; bulan dimana kaum lelaki arab jahiliyah kembali ke kampung halaman mereka setelah sebulan berpergian berniaga

RABIULAKHIR - kembali terakhir atau kembali kali kedua

JUMAADILAWAL - musim sejuk yang pertama

JUMAADILAKHIR - musim sejuk yang terakhir

REJAB - kemuliaan, keagungan; semua orang di zaman arab jahiliyah akan memuliakan bulan ini dengan ibadat. Bulan rejab merupakan penghulu bulan bagi arab jahiliyah (macam bulan syawal kita now). Sebab ada dua perayaan besar dalam bulan ini iaitu

a)Hari Raya Fara' pada 1 rejab - pada hari ini disembelih anak unta sebagai korban. Hari raya ini later diganti dengan hari raya aidilfitri 1 syawal

b)Hari Raya Atheerah pada 10 rejab - pada hari ini disembelih induk unta dan kepala unta ini disembah Hari raya ini later diganti dengan hari raya aidiladha pada 10zulhijjah

SYAABAN - berselerak, bersepah; sebab dalam bulan rejab banyak activities ibadat and perayaan2 besar so when everything was over keadaan kediaman and sekeliling bersepah2

RAMADHAN - panas terik matahari/ramadh

SYAWAL - cergas,rajin; sebab bulan ramadhan sangat panas so less activity in that month. So menjelang bulan syawal segala activity bermula balik. Bulan ini juga digelar bulan "terangkatnya ponggong unta" menunjukkan unta2 smua baru nak cergas balik and continue with the normal activities.

ZULKAEDAH - duduk2 santai a.k.a spring season

ZULHIJJAH - yang berhaji - seluruh arab jahiliyah baik lelaki atau wanita, akan pergi tawaf keliling Kaabah dengan tidak berpakaian!

RAMADHAN

1. Ustaz menyoal hadirin "Bagaimanakah perasaan kita hendak menyambut bulan Ramadhan akan datang? adakah suka, biasa atau dukacita??"

2. Jika jawaban nya 'suka' maka Allah swt haramkan tubuh jasad kita masuk ke neraka

3. Jika jawaban kita 'suka', the next question is...apa buktinya? Maka ustaz menegaskan perlu bersiap sedia dengan 3 persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

a) persiapan kesihatan
Kita digalakkan berdoa (yang dlm jawinya tak pandai nak tulis laa..lagipon dlm blog ni camane nak tulis ya?) " Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan panjangkan umur kami menemui bulan ramadhan"

b) persiapan keimanan
Ayat 183 surah Al Baqarah menunjukkan panggilan utama utk berpuasa ialah iman (maknanya tanpa iman, tidak mungkin dapat manafaat berpuasa dengan sebaik mungkin)

c) persiapan ilmu pengetahuan
Antara benda yang kita perlu tahu (actually truthfully, i yang tak tahu..ni tulis ni kot la ada orang cam i gak kan..). Rasulullah swa apabila berbuka puasa, baginda akan mulakan dengan memakan sebiji (atau 3 biji) tamar dan lepas makan tamar barulah baginda akan berdoa (again, the jawinya ada kat mana2 buku doa)-
Allahumma lakasumtu alaarizkika aftartu zhahabath zhomaa u wabtalatil 'aruku wathbital ajru insyaallah
"Ya allah, kerana Engkau aku berpuasa, dengan rezekiMu aku berbuka, mudah2han dahaga telah hilang dan urat2 telah minum dan ganjarannya ditetapkan, jika dikehendaki Allah"

Truthfully, i biasa amalkan doa the first half but not the second half of the doa.So Ramadhan kali ini, kami sekeluarga berazam nak cuba berbuka cara Rasulullah dan membaca doa yang dibaca baginda ini. Kebiasaannya anak2 dan saya (but eversince i can remember, hubby will reach a tamar first...bagus la u abang...) akan minum air dulu pas tu carik tamar and i silap selama ini sb i pi baca doa tu sbelom makan apa2..patutnya kena buka dgn sebiji tamar dulu baru baca doa,baru kena dengan makna doa iaitu ".....dengan rezeki mu aku berbuka..mudah2han dahaga telah hilang..."


Rasulullah berbuka puasa dengan 3 gelas air zam2 + 5 biji kurma (or one or three but bilangan ganjil) + semangkuk bubur ( hmmmm..boleh ke everyone kat rumah nak ikut gini??? well maybe kita makan nasik juga la ya....abah sure nak nasik punye kan abah...)
And Rasulullah akan mengunyah makanan lembut sebanyak 11-21x and makanan keras sebanyak 21-40x (tak la gopoh2 kunyah pas tu telan....)


4. Dari Imam Al Ghazali, ada 3 jenis puasa:

a) Puasa awam - puasa orang islam yang hanya meninggalkan makan dan minum sahaja

b) Puasa khusus - puasa orang yang meninggalkan makan dan minum dan juga perkara2 yang membatalkan puasa

c)Puasa khususilkhusus- puasa orang yang meninggalkan makan, minum dan perkara2 yang membatalkan puasa dan juga berpuasa pada hati dan fikiran


5) Puasa di bulan Ramadhan hukum nya Fardhu


6) Ustaz menegaskan perbezaan Fardhu dan Wajib ada 3:

a) Fardhu dalilnya ada dalam Quran dan Sunnah (ie pasti). Wajib dalilnya hanya ada dalam sunnah/hadith sahaja

b) If Fardhu automatic wajib but if wajib belum tentu Fardhu

c) Kalau fardhu dipakai untuk nama hukum sedang wajib dipakai untuk perlaksanaan hukumnya

example: Hukum puasa - fardhu....Mengerjakan puasa adalah wajib

7) Persamaan antara Fardhu dan Wajib adalah kedua2nya mesti dikerjakan dan berdosa besar if ditinggalkan

Kelebihan berpuasa (disini disebut 7 sahaja daripada banyak kelebihan..)

a) satu2nya ibadah yang tidak dapat dilihat oleh orang lain (paling rahsia)..mcam solat, orang nampak pekerjaan solat, kalau zakat orang nampak action bayar zakat. But if puasa, orang sedang berpuasa atau tidak..tidak ada beza

b) satu2nya ibadah yang pahalanya tidak disebut Allah (maknanya its personal...pahala nya atau ganjarannya hanya Allah sahaja yang tahu). Tidak macam pahala sedekah, terang2 Allah katakan if bersedekah pada hari biasa...dapat gandaan 10...dlm bulan ramadhan..ganjarannya paling sikit 700...but not ibadah puasa...Allah tk menyebut how much He will bestow on us if kita puasa

c) Diamnya orang yang sedang berpuasa di bulan Ramadhan ganjarannya seperti orang berzikir pada bulan lain

d) tidurnya orang yang sedang berpuasa di bulan Ramadhan adalah seperti orang beribadat solat sunat dibulan2 lain

e) amalan2 sunat dikerjakan dalam bulan Ramadhan ganjarannya sama seperti mengerjakan amalan wajib di bulan lain

f) Bau mulut orang yang berpuasa sama ibarat baunya minyak kasturi

g) orang yang berpuasa di bulan Ramadhan
dilipatgandakan pahalanya yang terbanyak dari 11 bulan yang lain sepanjang tahun itu





Thursday, July 30, 2009

Thots for sharing....

This is actually the email i sent to my frens....i would like to put it here, just to share some of my thots with others...

Salam everyone,

i terpanggil nak bagi sikit pendapat. About being 'open minded' ke tak esp dalam menyentuh isu-isu hukum2 wajib dalam agama islam - I do agree that some of the malays yang cuba berdakwah membantu orang sekeling ke arah an islamic way of life memang kurang prihatin tentang cara dan tatatertib berdakwah.
Sebenarnya dalam islam mmg dah tersedia (dalam hadith) cara2 menegur orang membuat kesilapan. And if kita follow betol2 ape yang hadith anjurkan mmg takkan belaku kesilapan. If orang yang nak ditegur itu mmg asal allah tak kurniakan lagi rahmat dan hidayahnya, kalau kita guna cara yang diajar dlm hadith pon mmg die tak kan berubah (apalagi if mmg tak ikut lansung cara yang diajar dlm hadith)
Oleh itu, apabila kita yang ditegur tidak mahu menerima apa yang ditegurkan, kadang-kadang bukan salah orang yang menegur if dia betol2 ikut cara yg diajar oleh hadith tetapi hati kita yang mencari alasan (mengikut hukum akal sendiri) untuk menolak mungkin sb hidayah Allah belom dikurniakan pd kita. (peringkat2 cara menegur yang diajar dlm islam i blom update lagi dlm my blog..insyaallah akan dilakukan later)
Dalam hal berpuasa dalam bulan ramadhan atau apa2 ibadah wajib sekali pon, pada i, focusing ourselve on the objective ( eg ingin berpuasa penuh dlm bulan ramadhan or bersolat cukup 5 waktu,mengeluarkan zakat, misalnya) is one thing but berusaha ke arah mencapai objective itu is another issue tak kurang penting nya.
Maybe dalam usaha untuk berpuasa penuh dalam bulan ramadhan, if mmg betol2 bersungguh ke arah ini, pada i, tak cukup hanya try sedaya upaya dlm bulan ramadhan sahaja. Perhaps throughout the year, kita cuba berpuasa sunat. Dalam effort untuk belajar berjinak2 dgn berpuasa sunat, dlm hadith diajar secara berperingkat2:
a) mulakan dengan consistently puasa sunat pada 13,14,15 setiap bulan islam
b) bila dah selesa dgn keadaan ini, boleh proceed ke berpuasa setiap isnin dan khamis

Cuba lah selagi belom tiba bulan ramadhan dengan harapan by the time tiba ramadhan nnti, kita akan dapat capai objective kita iaitu berpuasa penuh dlm bulan ramadhan.

Begitu juga dengan ibadah yang paling penting iaitu solat.
Ada satu kisah benar experienced by one of the ustaz. This ustaz pernah bekerja dgn kementrian pertahanan and he had worked under a Jeneral ke Major ntah..but this Jeneral mmg tak pernah bersolat. This ustaz, realising this fact thought of a way of how to mengajak this Jeneral to amalkan solat. So lepas minum pagi almost everyday, this ustaz would suggest to the jeneral " tuan, boleh tak lepas kita minum pagi ni, jom kita singgah masjid dekat ni, kita letak duit syiling sikit dlm tabung masjid tu" This jeneral said " oh ok la..bagus jugak tu" .
Satu kerja la this ustaz akan menukar banyak sangat duit2 syiling for this purpose. So setiap hari both ustaz and jeneral went to the nearby masjid to masukkan a few syilings into the tabung masjid. One day, jeneral ni perasan la ada orang dok dalm masjid tu solat sunat or just duduk bertafakur dlm masjid - so he said to ustaz " ustaz, saya dah lama tak solat, dah lupa dah tertib2 solat, amek air sembahyang pon cam ingat tak ingat, ustaz tolong ajar saya solat sunat boleh?"
So ustaz ajar je la solat sunat 2 rakaat. After a while jeneral tu kata..saya nak solat subuh lah ustaz, dua rakaat je kan? - so ustaz pon ajarkan cara solat subuh which is the same as solat sunat 2 rakaat cuma ditambah doa qunut. After a while, jeneral soh die ajar solat waktu2 lain pulak.
Akhirnya, cukuplah 5 waktu solat wajib si jeneral ini.
Ustaz menerangkan. Bermula Allah hidayahkan pd jeneral ini utk men'try' solat sunat 2 rakaat tersebut..maka dlm masa yang sama jeneral ini mula membaca surah alfatihah. Surah alfatihah adalah doa - sb dlm surah ini kita mohon Allah tunjukkan kita jalan yang lurus, jalan yang di beri nikmat dan bukan jalan yang dimurkai dan sesat. Maka sebenarnya bermula dari situ lah si jeneral mula memohon pada Allah untuk dirinya diselamatkan dari jalan kufur ke jalan Allah.

The moral of my story is - sebelom kita bermula untuk melakukan ibadah2 wajib yang lain, mari kita betol kan solat dulu - cukupkan solat 5 waktu dulu (boleh la try cara yang dilakukan oleh ustaz pada jeneral ini walaupon bermula dengan solat sunat sahaja..insyaallah, ia akan membuka jalan ke arah mencukupi solat 5 waktu)


Semua yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik mesti datang from me. Semoga diampuni Allah swt.

A muslim overseas - cabaran dan dugaan

This was my conversation with my dearest fren, Kmar who is now residing in Barcelona

salam all,

Betol kmar, i totally agree with u. Tu la i rasa in islam mmg diajar buat apa2 pon rukun islam ada peringkat2 nya (better refer to hadith on such issues). But again, if our end in mind is to menyempurnakan rukun2 ini sebaik and sesempurna mungkin, insyaallah, Allah akan bagi kekuatannya (which is the iman) and kita kena yakin agama islam ni is our way of life, maknanya ia lengkap and boleh diapply di mana2 kita berada.
Insyaallah, Allah will help make it easy for us if mmg kita determine menyempurnakan rukun2 islam ini sb dalam hadith kudsi, Allah berjanji akan menolong (memberi kelapangan) orang yang berusaha menghampiriNya. Insyaallah kita smue tergolong daripada orang yang berusaha ini dan juga tergolong dari orang yang Allah akan memberi kelapangan yang dijanjikanNya.

Semua yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik mesti datang from me. Semoga diampuni Allah swt.

Neng


From: Akma Kamarzaman


Neng, you are right about solat, puasa.. etc. I think it depends to whom you can apply it too and where do they live. Kalau you cakap dengan converted and live abroad (with 4 season time schedule) in a non-friendly- Muslim countries, the Rukun Islam ke-2 dan ke-3 itu nampak berat. To people like us (born as Islam and live like Muslim sejak lahir) lain approachnya. My hubby pernah kata, the Muslim in Malaysia are lucky since the fasting and 5 praying schedule more or less in Malaysia is easy since everyday the sun goes up and down at the same time. I think that is how this Ustaz Ali Chin told him. If he can´t do complete, do it bit by bit.

Bila tinggal kat overseas ni, macam-macam jenis perangai orang Islam yang I lihat (and they are my friends), yang jenis minum la, yang jenis tukar-partner macam tukar baju, yang gay, yang transveties. . etc... lagi teruk dari orang tempatan.

I read news about one-model (Singapore -married with kids) kena hukum sebat kerana minum alkohol in Ipoh. I don´t get it because in the big hotels in KL or other tourist attarction places in Malaysia, ramai Melayu Islam yang minum. How can they ´escape´ the hukuman sebat???

Tuesday, July 28, 2009

HADITH MENGENAI TETAMU

Dari Abu Suraih al-Adawi bahawa dia berkata, mataku telah melihat Rasulullah saw dan telingaku telah mendengar ketika dia telah bersabda dengannya. Sabdanya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan tempohnya. Mereka berkata, apakah tempohnya? Baginda bersabda, satu hari satu malam dan tempoh bertamu adalah tiga hari dan apa yang selepas itu maka dia menjadi sedekah dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata dengan baik atau diam.

Di dalam hadith ini ada 3 pengajaran:

1- hukum menawarkan diri sebagai tetamu adalah ( kita ckp kat orang tu kita nak datang rumah dia):
a) sunat kerana mengikuti sunnah
b) makruh jika terdapat sesuatu kesusahan
c) haram jika berlaku kemudharatan

2- hukum menerima tetamu adalah:
a) sunat kerana mengikut sunah
b) makruh jika memberi susah kepada diri sendiri dan tetamu
c) haram jika memberi kemudharatan kepada diri dan tetamu
d) wajib jika tidak menerima ia memberi kemudharatan kepada tetamu

3- tempoh meraikan tetamu adalah 3 hari dan selebihnya merupakan sedekah

Tuesday, July 21, 2009

Kematian Adalah Kafarat bagi Setiap Muslim

Rahsia Kematian, Akhirat dan Kiamat, pg 30

by Ustaz Kamal Asyaari
Tuesday 21 July 2009

1. Rasulullah bersabda " Kematian adalah kafarat bagi setiap muslim".
Yang dimaksudkan dengan karafat di sini adalah keampunan dari dosa dosa.

2. Sesungguhnya kematian adalah kafarat bagi segala penderitaan dan rasa sakit yang dialami oleh mayat sewaktu menderita sakit.

Di sini, kematian bermaksud sakit ketika hendak mati

3. Rasulullah bersabda "Setiap orang muslim yang ditimpa penderitaan berupa sakit dan lainnya,nescaya kerananya Allah akan menurunkan kejahatan-kejahatannya seperti pohon yang menurunkan daun daunnya"

Menurunkan kejahatan-kejahatannya bermaksud gugur dosa-dosanya (melainkan dosa syirik pada Allah dan dosa dengan manusia lain) tetapi dengan syarat sabar dan redha menghadapi penderitaan ini.

Ustaz mengulas:

Apa maksud sabar dengan sakit? Ada 3:

a) disebabkan keimanan yang tinggi, hanya berdiam diri menahan sakit (ni ustaz kata jarang la jadik kat orang2 cam kita ni...)

b) berikhtiar dengan melakukan sesuatu selagi tidak melanggar hukum syarak (misalnya berubat dengan cara perubatan islam yang diyakini caranya tidak melanggar syarak)

c) sakit ini menyebabkan berterusan mendekatkan diri kepada Allah

4. Rasulullah bersabda " Barangsiapa yang dikehendaki Allah baik, Allah akan mencobanya"

Ustaz mengulas lanjut. Petanda Allah sayang pada kita adalah dia akan uji kita (sebab ini yang dikatakan oleh rasulullah dalam hadith tadi)

5. Bagi orang orang yang Allah kasihi dan mendapat redha Allah, dalam hadith Kudsi, Allah Taala berfirman
"Sesungguhnya Aku tidak akan mengeluarkan seseorang dari dunia sedang Aku ingin mengasihinya sebelum Aku mencukupkan padanya atas semua kesalahan yang pernah ia lakukan, dengan sakit di tubuhnya, musibah yg menimpa keluarga dan anaknya, kesempitan kehidupannya, kesulitan rezekinya sampai hal hal yang kecil lainnya. Apabila masih ada sisa dosanya, Aku akan memberatinya dengan kematian, sampai akhirnya ia datang kepada Ku seperti pada hari ketika ia dilahirkan oleh ibunya"

6. Bagi orang orang yang Allah tidak cintai dan tidak redha, Allah berfirman
"Demi keperkasaan dan keagunganKu, Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia seorang hamba yang ingin Aku siksa, sampai Aku memenuhi setiap kebajikan yang pernah dilakukannya dengan kesehatan di tubuhnya, kelapangan pada rezekinya,kesenangan dalam kehidupannya dan rasa aman di dadanya, sampai hal hal yang terkecil lainnya. Jika masih ada sisa kebaikannya, Aku akan memudahkan kematiannya sampai akhirnya ia datang pada Ku dalam keadaan tidak punya kebajikan sama sekali yang dapat ia gunakan sebagai benteng dari neraka"

7. Ustaz mengulas. So, bagaimana pula kita yang mmg tak de masalah smua? Duit ada...harta ada...smua cukup...tubuh sehat...? Adakah kita antara orang yang Allah tidak redhai seperti dalam hadith kudsi di atas ni??

Apa yang perlu kita (yang tiada masalah ni) lakukan agar kita tidak tergolong dalam orang yang Allah tidak redhai? Ustaz menerangkan bahawa hendaklah kita yang senang lenang ini merasai keperitan, kesusahan dan penderitaan orang lain dengan membantu mereka yang dlm kesusahan(bersedekah...menghulurkan apa jua bentuk bantuan)

8. Diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Aisyah
"Sesungguhnya kematian mendadak adalah kesenangan bagi orang yang mukmin dan hukuman yang menyedihkan bagi orang kafir"

Kesenangan di maksudkan di sini adalah - mengurangkan kesakitan sakaratul maut dan tidak menyusahkan orang lain (sb kalau sakit berpanjangan akan menyusahkan orang membela kita sakit)

9. Ustaz menyatakan kelebihan melihat orang yang sedang nazak:

a) akan memberi keinsafan kepada orang yang melihat dan akan mengingatkan kita kepada kematian

b) jika kita pergi menziarahi orang yang sedang nazak dan kita mendoakan agar Allah memudahkan urusan sakaratul maut orang itu, maka bila kita dlm nazak pula, Allah akan permudahkan urusan sakaratul maut kita. Memudahkan disini bukan bermakna tidak sakit. Sebab gerenti sakit ketika sakaratul maut itu. Memudahkan di sini bermakna, tidak lah nnti kita terpesong dengan hasutan/gangguan syaitan yang akan datang menganggu keimanan kita tatkala di ambang sakaratul maut.

Maka ustaz berpesan, kalau dengar aje orang sedang nazak...pergi la ziarah and doakan orang itu jika mahu kemudahan tatkala kita di ambang sakaratul maut.

10. Ustaz berpesan, ada 2 manusia yang perlu kita lepasi jika mahu masuk syurga
a) ibubapa
b) suami yang baik bagi wanita

Oleh itu, adalah beruntung kita jika kita mati dulu dari ibubapa kita sebab doa ibubapa pada anaknya gerenti makbul and tiada hijab.
Dan utk wanita pula, jika mempunyai suami yang baik disisi Allah, dan wanita ini mati dulu, maka si suami ini gerenti akan mendoakan dia. Doa dan redha suami pada isteri akan menjamin syurga buat wanita ini kerana redha suami maka redha lah Allah. Redha ibubapa pada anak2nya maka redha lah Allah pada anak itu.

11. Ustaz berpesan lagi. Bela lah dan jaga lah ibu bapa kita yang uzur dan ibu bapa mentua kita yang uzur kerana kalau kita bela mereka di dalam rumah kita, banyak dan besar ganjarannya. Paling sikit ganjaran adalah - seluruh malaikat akan mengerumuni rumah kita. Dan kematian kita kelak akan ditangisi oleh para malaikat dan malaikat akan berdoa pada Allah untuk kita.