Tuesday, July 14, 2009

Penyakit Lisan....Sambungan

By Ustaz Dr Shihabuddin

date 14 july 2009
(kelas ini mengantikan kelas ustaz Kamal Asyaari yang tidak dapat hadir kerana beliau dimasukkan ke hospital kubang krian semalam. Beliau pengsan selepas mengajar untuk kuliah maghrib di situ malam tadi)

Kelas 2 minggu lepas, ustaz berhenti pada penyakit lisan yang keenam iaitu sombong. Ustaz menegaskan "Tidah masuk syurga orang yang mempunyai perasaan sombong walau sebesar biji sawi".

Penyakit lisan yang seterusnya:


  • melibatkan diri dengan kata-kata yang batil
Ustaz mengulas kata -kata yang batil. Kata-kata yang batil adalah kata2 yang berkait dengan kemungkaran iaitu:

a) cakap2 kosong
b)cakap2 fitnah
c)cakap2 memesongkan akidah seseorang

Sabda Rasulullah:
Sesungguhnya seseorang apabila bercakap dengan percakapan yang diredhai Allah, maka kalimat yang diucapkan akan sampai ke Arasy. Dan Allah mencatatkan nya melalui malaikat Raqid dan Aatid

Bercakap tentang perkara2 yang batil ini, ustaz menyentuh sesetengah orang yang suka kafir mengkafirkan seseorang yang lain. Ustaz berpesan agar berhati2 apabila mengeluarkan kata2 yang melibatkan kafir mengkafirkan orang lain.

Hukum kafir-mengkafir ada 4:

a) mengkafirkan orang yang kafir(iaitu kafir asli) - kita tidak kafir
b)mengkafirkan orang yang tidak kafir - kita jatuh kafir
c) tidak mengkafirkan orang yang kafir - kita jadik kafir
d)tidak mengkafirkan orang yang tidak kafir - kita tidak kafir

Apakah ciri2 orang yang kafir? Ada 6 ciri2:

a) Kafir haqiqi/original dari lahir dah mmg kafir (dari keturunan) - surah AnNisa' ayat 136
b) Kafir kerana melawan (melawan ini involves 2 perkara - niat dan action) - surah AnNaml ayat 14
c)Kafir kerana menentang (menentang ini involves only 1 perkara - dlm hati..tak ikut tetapi tidak melawan. Mcm iblis, iblis tidak melawan Allah tetapi menentang)- surah AlBaqarah ayat 34
d)Kafir kerana menyeleweng/sesat/berpaling - surah AsSajadah ayat 22)
e) Kafir kerana ragu-ragu tentang perkara2 yang berkait dengan akidah
f)Kafir kerana munaafiq - surah AlBaqarah ayat 10)

Ustaz mengingatkan kita dalam surah AnNisa' ayat 145 dimana Allah menegaskan bahawa orang2 munafiq ini akan menjadi kerak api neraka.

Penyakit lisan seterusnya:
  • suka bercakap kotor/lucah/mencarut
Sabda Rasulullah: Jauhkan dirimu daripada bercakap2 kotor kerana Allah tidak suka kepada manusia yang suka bercakap2 kotor.

Adapun cakap2 kotor ini datangnya dari syaitan - surah Al 'Araf ayat 200 dan 201
  • memaki hamun orang lain
  • menjadi saksi palsu
  • mengungkit ungkit pemberian - surah Al Baqarah ayat 264
Perkara2 yang menyebabkan pemberian kita dipandang oleh Allah swt ada 9:

a) niat
b) keikhlasan
c)sumber yang baik
d)cara memberi
e)jumlah pemberian
f) kepayahan/ keberatan tatkala memberi - ni kalau kita beri barang yang paling kita sayang and berat nak kita bagi ..yang ni lagi tinggi darjat pemberiannya
g) kemanafaatan pemberian
h) tengok hari and tengok bulan time memberi (timing kena bagus...)

- kalau bersedekah pada hari biasa iaitu selasa, rabu, sabtu atau ahad...pahala nya antara 1 -10
-kalau bersedekah pada hari isnin, khamis atau jumaat ...pahalanya gandaan 10
-kalau bersedekah pada bulan Rejab ...pahalanya gandaan 70
-kalau bersedekah pada bulan Syaaban...pahalanya gandaan 100
-kalau bersedekah pada bulan Ramadhan ...pahala minimum adalah 700 ganda hingga 1000ganda dan berganda2


Kelas tamat di sini...

No comments: