Saturday, July 10, 2010

An Article on Dementia...

A devastating and incurable condition
By Neil Hunt

*Reports of Baroness Thatcher's dementia have shone a light on a condition that is under-recognised and underfunded in the UK. One in three of people who live to be 65 will die with dementia, and yet there is still no cure for this devastating condition that robs people of their lives. Dementia is more than just forgetfulness. Symptoms of dementia can also include confusion, mood changes and problems with speech and understanding.

These symptoms vary from case to case, and everyone is affected in different ways. It is caused by diseases of the brain. There are a number of different conditions which lead to dementia, including Alzheimer's disease and vascular disease.

The biggest risk factor is age, but it can strike at any time of life. Other risk factors include smoking, obesity, high blood pressure and cholesterol, so it is important to eat a healthy diet, take regular exercise and not smoke. There are 700,000 people with dementia in the UK and the number will rise to over a million in less than 20 years. Dealing with the symptoms can be challenging and dementia has a huge impact on families.

Neil Hunt, chief executive of the Alzheimer's Society

Jangan sesekali terfikir Allah swt tidak akan mengampuni kita...

Surah Az-Zumar 39: 53 - 55

39:53
Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya (kecuali dosa syirik - refer to surah An-Nisa' 4:48). Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.

39:54
Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu, kemudian kamu tidak dapat ditolong.

39:55
Dan ikutilah sebaik-baik apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dari Tuhanmu sebelum datang azab kepadamu secara mendadak, sedang kamu tidak menyedarinya,

Friday, July 9, 2010

OH IBU -IBU ku.....

Menurut Imam Al-Ghazali - Hak ibubapa ada 10

1. Wajib beri makanan kepada ibubapa jika mereka perlukan makanan
2. Wajib beri pakaian (mengikut kemampuan) jika mereka perlukan pakaian
3. Wajib beri layanan kepada ibubapa jika mereka perlu dilayan
4. Wajib menyahut panggilan jika mereka memanggil
5. Apabila disuruh, wajib laksanakan selagi tidak melanggar syarak
6. Wajib berbicara dengan baik
7. Tidak boleh memanggil ibubapa dengan nama
8. Apabila berjalan, anak harus dibelakang ibubapa
9. Rela si anak apabila ibubapa merelakan
10. Wajib mendoakan ibubapa agar dosanya terampun

Kita selalu mendengar akan dosa besar ini - Menderhaka kepada ibubapa, berbicara kasar dengan ibubapa dan hal2 yang berkenaan dengan hubungan kita dengan ibubapa. Kerapkali juga kita mendengar kisah anak berbicara kasar dengan ibubapa...anak menengking ibu dan sebagainya. Saya sendiri pernah melihat anak2 dengan tidak segan silu menengking ibunya dan berbicara dengan ibunya seperti berbicara dengan rakan sebaya. Memang mengerikan. Kadang2 saya terfikir, dimana silapnya? Mengapa si ibu membiarkan sahaja anaknya meninggikan suara di khalayak ramai? Dalam pemerhatian saya, selalunya ini terjadi kepada ibubapa yang sangat berlembut dengan anak2 sehinggakan tingkahlaku yang kurang adab ini dibiarkan sahaja tanpa rasa perlu ditegur. Dalam kes sebegini, masyarakat memang mudah menuding jari menyalahkan ibubapa tidak pandai mendidik anak.

Dari sepuluh hak2 ibubapa yang disarankan oleh Imam Al-Ghazali di atas, secara peribadi, saya mendapati saranan no3 dan no6 adalah yang paling sukar untuk dilaksanakan. Apatah lagi jika terpaksa berdepan dengan ibu kandung dan ibu mertua yang kedua-duanya mempunyai perwatakan yang keras.

IBUku
Ibu saya sekarang sudah totally nyanyuk atau lupa. Cuti sekolah lalu, saya meminta izin suami untuk menjaga ibu yang sekarang sudah tidak ingat siapa saya dan nama saya. Acapkali beliau bertanya kepada anak2 saya "eh, mak kau apa nama? Mak kau anak aku yang mane?". Sedih juga mendengar pertanyaan itu. Sesekali, saya merenung ibu dari jauh, sayu hati melihat keadaannya seperti kebinggungan, tidak tahu dia di mana, dengan siapa, siapa orang2 di sekelilingnya...saya bayangkan beliau pasti dalam kerisauan. Memang betul tekaan saya, ibu memang sentiasa risau...dalam keadaan takut sahaja. Terutama apabila malam menjelang, beliau akan resah gelisah yang amat sangat - mundar mandir ke sini ke sana tidak keruan, beliau bertanya2 "nanti mak tido dengan sape? nanti mak tido dengan sape? mak takut...". Beliau akan naik ke atas mencari cari saya di bilik, mengetuk2 pintu bilik saya bertubi-tubi dan apabila saya membuka, beliau seakan merengek " mak takut..mak nak tido sini...". Keadaan beliau tak ubah seperti anak kecil yang takut ditinggalkan keseorangan. Satu malam, dalam keadaan beliau keresahan ketakutan begitu, saya menyuruh ibu duduk di kerusi agar tenang. Ketika itu saya bertanya kepadanya dengan lembut " mak takut kenapa?"Jangan takut la, Allah ada kan? Mak jangan takut la. Ni saya tak tido lagi ni, anak2 smua ada tgh belajar buat homework lagi. Tak usah takut la...Mak takut sb mak nampak apa2 ke?" Jawab beliau " Tak, tak. Mak tak nampak apa2 tapi mak takut....mak takut....". Saya kemudiannya menyuruh beliau tenang dan ingat Allah banyak2. Begitu lah keadaan ibu saya sekarang yang sudah sangat tua, tidak bermaya, dengan ingatan yang sudah hilang.
Dalam keadaan beliau sekarang, saya merasakan makin senang menjaganya. Mungkin ramai yang pelik. Aik, ibu yang nyanyuk lagi senang dijaga berbanding semasa sebelum beliau nyanyuk? Dalam kes saya ini, iya...memang lagi mudah bagi saya menjaga beliau dalam keadaan sekarang berbanding sebelumnya.
Sebelum itu, pembaca perlu fahami bahawa 'dementia' atau nyanyuk berlaku secara perlahan-lahan sehinggakan kita disekeliling tidak menyedari bila mulanya. Disebabkan ibu saya memang berperwatakan tegas dan keras, sukar untuk menyedari any behavior changes or personality changes in her. Yang pastinya beliau mula hilang ingatan secara mendadak sejak 3 tahun kebelakangan ini. Sebelum itu, she was very difficult with everyone around her up to the stage where it seems to be almost impossible to satisfy whatever she wanted. She became quite aggressive with her actions and words. Beliau sentiasa bersangka-sangka yang bukan2 terhadap anak2, sentiasa menyangka anak2 abaikan beliau dan mula menuduh-nuduh yang bukan2. Keadaan ini sangat sukar bagi kami adik beradik. Semua layanan baik yang dilakukan tidak pernah menepati kehendak beliau. Dalam keadaan tertekan dengan tuduhan bertubi-tubi, iman kami yang lemah ini, dibisiki syaitan dan hasilnya berlakulah sessi jawab-menjawab antara ibu dan anak. Tidak terkecuali juga dalam keadaan yang tertekan,berlaku juga peninggian suara anak mempertahankan hujahnya.

Kalau saya imbas kembali, dan melalui bacaan2 mengenai 'dementia' dan tanda2 awal dementia, sekarang ini baru lah saya sedar, semua keadaan itu adalah petunjuk bahawa phasa ke arah menjadi nyanyuk sudah bermula - rasa insecure, losing her thinking and reasoning skills (sb tu dulu saya selalu tertanya-tanya "macamane la mak ni boleh fikir sampai ke situ??") which in turn effects decision-making. Memang sukar untuk mengesaninya kerana badan beliau memang nampak sehat tetapi hakikatnya, untuk orang yang mula nyanyuk, cell2 otak mula rosak secara perlahan-lahan dan akan hanya nampak ketara jika sudah sangat advance seperti keadaan ibu sekarang - total memory loss. Tetapi, terus terang saya katakan, phasa dimana beliau 50-50 menuju ke arah nyanyuk adalah phasa yang sangat sukar bagi kami dan sering mengundang 'pertempuran' jawab menjawab di antara ibu dan anak.

Pernah 2 tahun lepas, ibu duduk bersama saya. Dengan nada perlahan-lahan saya berbicara dengan ibu selembut yang saya boleh
"Mak, mak dengar saya cakap ya. Saya nak bagitahu mak...mak skarang dah lupa. Banyak dah mak tak ingat. Kadang2 nama saya pun mak lupa. Nanti ni kejap lagi mak lupa ni apa yang saya nak kata...."
Jawab ibu " iya...mak tahu mak dah lupa. Apa nak buat..."
Sambung saya " Ni mak dengar ya...saya minta maaf banyak2 dengan mak, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum saya dengan mak...ya mak ya? ni kejap lagi mak lupa ni saya cakap ni. Ni mak dengar tak ni....saya mintak maaf kat mak ni..."
Jawab ibu dengan perlahan "iya mak dengar. Mak pon mintak maap kat engko ya...".
Saya berpuas hati kerana walaupun ibu lupa sejurus selepas itu, saat saya memohon ampun dari nya, dia maafkan saya dalam keadaan sedar.
Sekarang, keadaan nyanyuk beliau semakin parah. Tidak tahu masa, terbayang-bayang mereka yang sudah lama tiada...kadang2 beliau bangun pagi membayangkan keadaan beliau semasa kecil mencari-cari bapanya. Memang kesian melihat keadaan ibu sekarang. Walaupun ibu sudah lupa, satu perkara yang ajaib bagi saya adalah ibu tidak pernah lupa untuk solat dan mengaji Al Quran. Tercelik mata saya sekeluarga bahawa amalan yang semulia itu, Allah swt tidak hilangkan ingatan beliau terhadap waktu solat dan mengaji AlQuran. Beliau akan mengaji Al-Quran selepas subuh dan selepas Asar. Maka berkumandanglah suara ibu membaca AlQuran. Saya memberitahu anak2 "Macam tu la ibu dulu pagi2 terjaga subuh sebab dengar suara mak tok lantang ngaji Quran..." Saya berdoa Allah swt mengasihani ibu dan mengurniakan akhir yang baik bagi beliau dan tetapkan ingatannya pada Allah swt sehingga akhir hayat beliau.

IBU MERTUAku

Saya dan suami mula terperasan apabila beliau tidak ingat kegemaran beliau iaitu roti jala yang dimakan dengan kuah durian (saya ada menulis kisah ini dalam post 'dementia'). Itu dalam 2 tahun dulu kalau tidak silap saya.
November tahun lepas, ibu mertua saya tinggal bersama kami. Plannya hanya 2-3 minggu tetapi akhirnya menjadi 5 bulan. Semuanya kerana saya dan suami merasakan perlu untuk memberi ruang kepada adik ipar kami untuk berehat seketika dari menjaga ibu mertua yang juga seorang wanita berperwatakan keras.
Sepanjang 5 bulan beliau bersama kami, saya yang hampir sepenuh masa duduk di rumah, sangat perasan some personality and behavior changes in her. Iya lah, saya berkahwin dengan suami sudah lama juga dan semasa saya berkahwin dgn suami, ibunya muda lagi - 55+.
Ibu mertua saya yang saya kenali dulu, merupakan seorang yang sangat prihatin tentang pakaian tetapi sekarang, puas kita suruh dia pakai baju yang elok2, baju yang koyak dijahit semula juga yang dipakai buat tidur. Saya bekalkan beliau dengan sehelai tuala yang baru. Malangnya, tuala yang lusuh juga yang digunakannya, sehinggakan tuala itu sudah koyak memanjang, tetapi beliau berkeras nak juga guna tuala itu dan sanggup menjahit tuala itu. Saya tergamam. Karektor beliau juga berubah. Sangat berubah. Orangnya yang saya kenali dulu merupakan seorang yang prihatin tentang tatacara makan..she was very proper. Somehow sekarang, dia jadi kelam kabut tatkala makan, terburu-buru ketika makan seperti mengejar sesuatu. Apabila saya mendengar suami menegaskan sesuatu kepadanya, dia mudah naik berang dan mula lah sessi jawab menjawab ibu dan anak ini. Bila saya dengar bicara suami, saya perhatikan suami dengan sengaja ulang-ulang kan satu-satu soalan dan jawaban ibu mertua saya berbeza-beza walaupun soalannya sama. Saya tahu, suami sengaja berbuat begitu untuk test tahap 'dementia' ibunya. Melihat keadaan ini dan dengan pengalaman kami bersama ibu saya dulu, saya dan suami memang sepakat mengatakan ibu mertua saya diambang menuju ke arah 'dementia'. Dan sekarang ini, ibu mertua saya dalam phasa 50-50 ke arah dementia - satu phasa yang sangat sukar bagi kami, seperti bersama ibu saya dulu, kerana dalam phasa ini, mmg sukar untuk mengesani adakah tindakan beliau atas dasar sengaja atau beliau bertindak dalam keadaan dementia. Dalam phasa inilah ramai antara kita, termasuk saya, terduga kerana di sini lah phasa dimana anak2 mudah terderhaka kerana menyangka si ibu sengaja berkelakuan menduga kesabaran anak. Dalam phasa inilah, anak2 mudah tidak menyangka bahawa proses menuju ke arah nyanyuk sudah bermula.

Saya selalu mengingatkan suami (dan diri saya sendiri) agar baik2 bila berbicara dengan ibu mertua kerana takut terduga dalam keadaan dia tidak sedar perubahan dirinya yang menuju ke arah nyanyuk. Semoga niat murni kita semua untuk menjaga ibu2 dan bapa2 kita yang sudah lanjut usia dimudahkan Allah swt. Sesungguhnya, harga untuk ke Syurga itu sangat mahal nilainya.....