Cebisan nota2 dari kelas yang lepas and this note dated Tuesday 24/2/2009
by Ustaz Kamal Asyaari.
1. Ustaz menyatakan bahawa apabila mati, maka tinggallah semua yang kita bangga2kan selama ini.
2. Apabila sudah mati, di dalam kubur kelak, kita akan ditayangkn gambaran Rasulullah berbaju hijau dan kemudian kita akan disoal oleh malaikat " adakah kamu kenal orang ini?"
3. Maka mereka yang selama ini tidak mengikut sunnah Nabi,roh mereka secara naturally tidak akan dapat mengenalpasti lelaki berbaju hijau itu adalah baginda Rasulullah.
4. Oleh itu, kata ustaz lagi, kita mesti ikut cara Rasulullah dengan mengamalkan sunnah2nya dan kita mesti suka dengan sunnah Rasulullah.
[My note: Sebab itu penting or wajib kita belajar hadis2 nabi. Hadis2 adalah perkara2 yang dilakukan oleh rasulullah dan juga apa2 yang rasulullah approve bila satu2 kejadian itu berlaku. So from hadis lah kita tahu apa sunnah2 baginda. Jadi, mempelajari ilmu hadis ini sama kepentingannya seperti mempelajari Al quran]
5. I tak ingat apa ustaz cerita yang led him to say the following, but i found these info really beneficial:
a) Menuntut ilmu itu wajib bagi smue orang baik wanita atau lelaki. And ilmu di sini ustaz meankan was ilmu agama. If si isteri minta izin kat suami untuk pergi menuntut ilmu:
i) if si suami tak mengizinkan - si isteri boleh melanggar arahan suami (sebab ni kes wajib, so suami tak de hak nak melarang) dan pergi menuntut ilmu. If si isteri ikut cakap suami (takut la laki pukul ke atau berkasar if die nak pi jugak menuntut ilmu) maka si suami kena tanggung dosa kejahilan isteri (hasil drp tidak menuntut ilmu) and if selepas suami ini mati dan isteri now pergi menuntut ilmu maka pahala isteri menuntut ilmu ini tidak akan sampai ke roh si suami.
ii) if si suami mengizinkan isterinya pergi menuntut ilmu, maka pahala isteri menuntut ilmu itu akan juga dirasai oleh suami. Moreover, if si suami mati, pahala isteri menuntut ilmu ini akan sampai ke roh nya.
[My note: Ha!! wahai wanita2 bergelar isteri, anda mesti tahu hak2 anda. And suami2...jangan suka sangat tunjuk macho like senang2 je tak bagi isteri pi menuntut ilmu atas alasan tak suka isteri kuar rumah sb ini ada perkara wajib dan ganjaran nya sangat besar baik utk suami yang mengizinkan juga utk si isteri yang mahu keluar dari jalan kejahilan]
b) Ustaz menegaskan kuatnya tuntutan menuntut ilmu ini sehinggakan pahala berada di dalam majlis ilmu (untuk menuntut ilmu) adalah lebih besar dari 1000x solat sunat (tak igt sgt bape ribu kali tp i was sure ustaz sebut beribu kali laaaa)
6) Tanda2 orang yang mati petanda Allah merinduinya:
a) Allah beri tanda2 kepada orang itu dia akan mati dengan orang itu terdorong berbuat kebaikan sebelum die mati. Orang2 ini akan berbuat kebaikan sebelum dia mati.
b) Bila diambang mati (sedang nazak) orang ini akan menyebut2 kalimah Allah
7) Di sini ustaz berpesan bacalah ayat2 quran kepada orang yang sedang nazak dan bukan diperdengarkan melalui cassette dan seumpamanya.
8) Ustaz juga berpesan agar kita tidak bercakap2 semasa menziarahi orang yang sedang nazak walaupon berbisik2 kerana orang yang sedang nazak ini boleh mendengar kata2 orang di sekelilingnya walaupon orang itu berbisik2. Ini akan menyukarkan keadaan orang yang sedang nazak itu yang sedang berdepan dengan sakaratul maut.
9) Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Abdullah at-Tirmidzi al-Hakim dalam Nawadir al Ushul
"Perhatikan tiga hal pada orang yang sedang meninggal dunia. Jika keningnya basah, sepasang matanya berpeluh dan hidungnya mengembang, maka itu adalah rahmat dari Allah yang turun kepadanya.
Jika ia terpejam seperti anak perawan yang dicekik, kulitnya berwarna padam dan sepasang sudut mulutnya berbuih, maka ini adalah azab dari Allah swt yang turun kepadanya"
10) Ustaz menambah lanjutan dari hadis di atas, juga sebagai petanda orang yang nazak mendapat rahmat Allah swt ialah apabila kuar airmatanya. Ustaz menceritakan bahawa tatkala saidatina Khadijah nak meninggal dunia, air matanya mengalir di hujung matanya. Maka di tanya Rasulullah mengapa beliau menangis? Adakah beliau takut? Jawab Khadijah"aku tidak takut malah menanti2 saat ini kerana rindunya hendak ketemu Allah swt tetapi aku juga sedih kerana ini bermakna aku tidak lagi dapat bersamamu membantumu dalam agama islam"
11) Ustaz juga mengulas bahawa hidung mengembang ini umpama macam kita tengah sebak menahan nangis tu (kan kembang kuncup idung kan kalau kita try nak tahan kesedihan...ha macam tu la) and mengapa ini berlaku? Kerana orang ini sebenarnya Allah menayangkan di depannya syurga yang menanti nya dan orang ini sangat terharu krana mendapat rahmat dari
Allah walaupon pada nya amalan nya tidak la seberapa...
12) Menurut Abdullah pada saat hendak meninggal dunia, sisa2 dosa dari seorang mukmin akan segera diseksa atau dibersihkan sehingga hal ini menyebabkan kening nya basah. Sementara setengah ulama berpendapat bahwa kening yang basah ini petanda bahawa ia sedang merasa malu kepada Allah kerana pernah melanggar larangan2Nya.
13) Manakala keadaan orang yang diazab oleh Allah ketika hendak mati dengan wajahnya kehitaman adalah kerana bahang api neraka sudah tempias kepada nya. Dan mulutnya berbuih adalah kerana tergamam dengan tidak boleh berkata2 kerana ditayangkan kepadanya api neraka yang menunggunya.
14) Ustaz berpesan bahwa tanda2 ini bukan lah untuk kita menabur fitnah terhadap orang yang nazak itu. Kita ditunjukkan smua ini sebagai iktibar kepada kita.
Hello Again!
6 years ago
No comments:
Post a Comment