Monday, April 19, 2010

APA ITU ISLAM?

by Ustaz Muhammad

1) Islam adalah agama fitrah - fitrah maknanya selaras dengan kehendak manusia
e.g. fitrah manusia cenderung kepada ilmu - islam mewajibkan wanita n lelaki menuntut ilmu
fitrah manusia, wanita cenderung kepada lelaki dan lelaki cenderung kepada wanita - islam menggariskan panduan perhubungan ini melalui perkahwinan
fitrah manusia suka kepada makanan yang sedap2 - islam ajar untuk makan makanan yang halal

2) Islam adalah agama yang symul - complete

3) Islam adalah agama tamaddun
a) fardhu 'ain - perkara2 yang melepaskan rukun2 islam dan iman
b) fardhu kifayah - ilmu2 selain dari fardu ain - ilmu yang cukup diwakili oleh seorang muslim dan tidak menjadi kewajiban keatas orang lain - e.g. kedoktoran, kejuruteraan, dll
c) fardu kifayah 'aini - apabila seseorang menceburi satu satu ilmu fardhu kifayah, maka ilmu itu menjadi fardhu kifayah 'aini baginya dan wajib ke atasnya agar bersungguh2 menguasai ilmu ini sebaik mungkin (that's why when one takes up a course at the university, for example, maka wajib bagi nya belajar bersungguh2 sehingga berjaya kerana sudah jadi fardhu kifayah 'aini baginya)

4) Islam adalah agama ilmu - ilmu sains yang terdapat dalam al quran seperti kejadian langit dan bumi, kejadian bintang2, bulan dan matahari semuanya tidak bercanggah dengan ilmu sains moden

5) Islam adalah agama keselamatan - banyak garis panduan di dalam al quran untuk diikuti manusia sebagai petunjuk kepada kebahagian dan kesejahteraan di dunia dan akhirat

6) Islam adalah agama akhlak

7) Islam adalah agama Rabbaniyah - iaitu agama yang memperkenalkan manusia kepada Allah swt.

No comments: