Penghijrahan di kaca mata saya..
Allah swt menjadikan setiap makhlukNya berbeza-beza. Manusia yang juga makhlukNya tidak terkecuali. Setiap manusia mempunyai kemahuan (nafsu) dan kecenderungan yang berbeza-beza juga. Kadangkala apa yang dipandang remeh oleh sesetengah golongan merupakan sesuatu yang berat dikaca mata sesetengah golongan yang lain. Sesuatu yang digilai sesetengah golongan dibenci oleh sesetengah golongan yang lain. Saya selalu membaca mengenai penghijrahan sesetengah orang. Penghijrahan yang saya maksudkan disini merupakan satu penghijrahan ke arah mendekatkan diri kepada Yang Maha Agong. Penghijrahan ini bukanlah satu perjalanan memindahkan kita dari segi fizikalnya dari satu lokasi ke satu lokasi yang berbeza hanya dengan menaiki kenderaan yang canggih. Itu sememangnya mudah. Penghijrahan ini merupakan satu perjalanan kerohanian yang menuntut empunya diri bertarung melawan kecenderungan diri melakukan sesuatu yang sememangnya sudah sebati dengan diri. Penghijrahan yang merupakan satu pengistiharan peperangan dengan nafsu sendiri. Perjalanannya sukar maka sebab itulah wajar dianugerahkan syafaat dari Rasulullah saw di akhirat kelak bagi golongan ini.
Contohnya; bagi wanita yang sudah biasa bercerita mengenai orang lain (mengumpat), bukan mudah untuk tidak melakukannya terutama apabila bertemu dengan rakan2 yang sealiran dengannya. Saya akui, saya sendiri sampai ke saat ini merasakan 'mengumpat' merupakan satu aktiviti yang sangat susah hendak dibuangkan walau sekuat mana saya cuba mengelakkannya. Ada satu ketika, saya keluar minum petang bersama seorang kenalan rapat. Dalam hati saya sepanjang jalan menuju ke tempat pertemuan, saya menanam tekad untuk mengelak dari bercerita tentang manusia lain dengan menyebut nama sebenar. Hasilnya, pertemuan itu menjadi hambar sebab tak tahu nak cerita apa. Saya sempat terfikir ketika itu, masyaallah, selama ini saya dan dia bertemu dengan meriahnya selama ini hanyalah berdasarkan keseronokan kami bertukar-tukar pendapat mengenai orang lain (well, this is a sort of professional way of saying 'gossipping').
Saya amat tertarik membaca satu article mengenai seseorang yang terkenal yang dahulunya sangat bergaya, very successful in her career. Satu ketika, kuasa Allah swt, terbuka hatinya untuk menutup aurat. Untuk dia yang sudah biasa bergelomang dengan masyarakat yang sangat suka bersosial and tidak mengendahkan solat, bukan satu perkara yang mudah untuk menukar pakaian dari yang terbuka kepada yang tertutup apatah lagi untuk mengenakan tudung di kepala. Wanita ini melakukan secara berperingkat-peringkat. Dimulakan dengan hanya memakai topi, kemudian dengan memakai selendang yang masih menampakkan sedikit rambut dan akhirnya mengenakan tudung litup dan berjubah pula sekarang. Ini merupakan satu penghijrahan yang amat sukar kerana beliau berjuang melawan kecenderungan diri yang sudah terbiasa dengan kehidupan yang bebas.
Bertudung kepala tidak semestinya menutup aurat. Saya sudah lama memakai tudung di kepala. But now, bila saya imbas kembali keadaan saya yang bertudung sekian lama, saya sebenarnya tidak termasuk dari golongan yang menutup aurat. Kerana walaupun dahulu memakai tudung, saya masih suka mengenakan pakaian yang mengikut potongan badan, mengenakan kasut yang bermacam2 gaya (well, this is not wrong by the way..) tetapi tidak menutup aurat kaki (mengikut mazhab syafie). Apabila menyidai pakaian di luar rumah, saya tidak mengenakan tudung di kepala. Atau mengambil surat di gate rumah. Memakai tudung semacam pakaian seragam tatkala keluar rumah sahaja. Fahaman tentang aurat yang dituntut oleh Islam adalah sangat basic bagi saya. Tutup aurat = pakai tudung. Itu sahaja. Bukan tidak tahu tuntutan sebenar tetapi hakikatnya memang saya tidak peduli untuk mengkaji the concept of menutup aurat di sisi Islam. Kenapa? Because i was born a muslim. Jadi, banyak perkara i took for granted. Dan memang saya lalai dalam banyak perkara dalam Islam, menutup aurat seperti yang dituntut oleh islam merupakan hanya satu dari banyak perkara2 yang saya lalaikan. Period.
Memang bercantik-cantik itu tidak dilarang oleh Islam. Malah Islam mengakui naluri wanita yang cenderung kepada kecantikan dan apa-apa yang akan menyerlahkan kecantikannya. Dan Islam merupakan agama yang sangat menitik beratkan kebersihan. Rasulullah saw sendiri was a smart man. Baginda seorang yang pembersih. Pakaian Rasulullah saw memang kemas dan terletak cantik dan kemas dibadannya. Tidak berserabut.
Malangnya bagi saya, saya terlampau sangat cenderung kepada benda-benda yang cantik...paling utama adalah pakaian. My passion for buying clothes sangat menakjubkan. I love buying clothes...fine clothes...good quality ones...with matching shoes if possible..and matching handbags if i must...Jangan silap faham, kerana Islam tidak melarang untuk kita menikmati nikmat2 yang disediakan Allah swt di dunia ini. Memang tidak salah mengenakan pakaian yang cantik2 dan berkualiti atau berjenama selagi ia menutup aurat. Tapi khusus bagi saya, kecenderungan ini mengundang riak dalam diri dan paling buruk sekali apabila tujuan memakainya memang itu dipertontonkan kepada khalayak. Some people wear nice dresses but never bother if people notice them wearing it or not, but i do! Dahulu saya membeli pakaian tanpa mengambil kira samada do i really need it? Saya lihat, emmm nice...owh, this is gorgeous...ada size tak..ha ada, let's try it on..ok nice...and went straight to the cashier. Padahal tak ada la desperate sangat sebenarnya kalau tak beli pun tak pe..
Antara doa saya pada Allah swt "...Ya Allah, jangan lah dunia menjadi cita-cita ku...". Maka, perlahan-lahan...gradually, saya tidak lah menggilai shopping for clothes ni. Alhamdulillah, tidak bekerja sepenuh masa ini menjadikan usaha ini semakin mudah. Iya lah, nak beli baju sangat pun nak ke mana? But it is not that easy. Bila berjalan-jalan sekali sekala, mata memandang juga kearah baju yang cantik2 terpampang di malls..tengok harga, well..not bad, affordable..tapi kepala terus fikir..perlukah? If jawaban dalam kepala..no, i dont actually need one more dress, maka i brave myself letakkan balik that dress ke tempatnya..and berkata kembali " yeah...that's really nice, but i don't need to have it..". Saya masih memilih item yang berkualiti dan berjenama tetapi sekarang matlamatnya berbeza - hanya membeli jika keperluannya menuntut untuk bertahan lama. Seperti memilih untuk membeli kasut yang berjenama tetapi lasak kerana saya akan memakainya hampir setiap hari. I now have one pair yang dipakai setiap hari and one pair for formal occassion. I used to have six to seven pairs! Begitu juga handbag. Sekarang ini saya mempunyai 4 handbags yang kesemuanya dihadiahkan kepada saya...a Liz Clarborne (given by NJ), a Nine West (given by Irma)...a Coach (hubby bought as a gift from his most recent US trip)...a black DKNY hubby belikan tapi tak ingat untuk occasion ape..but this is my favourite and i pakai setiap hari i pergi ke kelas agama. I don't think i akan beli handbag lagi selagi all these four masih elok, insyaallah.
Saya masih ingat lagi, my dear Irma, sangat suka mengenakan pakaian black in color. She used to tell me..it makes us look slimmer tau. Ketika itu saya tidak faham kenapa dalam banyak2 color yang cantik2, hitam menjadi pilihan utama beliau. Sekarang saya tersenyum apabila teringat peristiwa ini kerana sekarang saya lebih selesa mengenakan warna hitam. Lebih tepat lagi, jubah dan tudung hitam. Satu warna yang, pada pendapat saya,tidak akan mengundang tarikan mata manusia...well, its black! There's nothing to it except plain black. Owh, jangan silap faham. Saya masih mengenakan pakaian warna2 lain tetapi kekerapannya kurang lah. Sekarang, on daily basis, i prefer black. I have nothing against others who wear dresses in other colors, saya sendiri menyukainya dan mempunyai a number of blouses and pants in other colors. Cuma pilihan utama sekarang would be black. Untuk diri saya, ia merupakan satu therapy peribadi bagi menundukkan kecenderungan diri dari mempertontonkan pakaian cantik to be noticed by others. Bagi saya, ini merupakan penghijrahan yang bukan mudah - menarik elemen yang menjadi sumber riak dalam diri selama ini.
Walaupun masih mengekalkan perangai sangat prihatin tentang berpakaian (well, it's just me that i cannot go out of the house without making sure i look presentable..but i guess, as muslim, itu kewajipan sebab kita tidak mahu dipandang lekeh oleh agama lain), sedaya upaya saya cuba mengekalkan agar apa yang saya pakai will look humble dan tidak menonjol. Maka 80% of the time, jubah hitam lah pilihan saya. Satu penghijrahan yang bukan mudah bagi saya.
Satu hari, selepas kuliah agama selesai, dan saya pun mula bergerak keluar dari dewan, seorang wanita menarik tangan saya, " Ya allah, i dari hari ke sehari nak tanya you, mana u beli jubah2 u? Cantik2...nice cutting. You tempah ke?" ...Masyaallah dalam hati saya, ada juga orang notice walau warna hitam? Lalu secara spontan saya menjawab sambil tertawa "..but it's black..." dan kemudian memberitahu wanita itu dimana saya beli baju tersebut.
Di waktu yang lain, seorang sister yang sangat baik hati dan kami selalu duduk berdekatan menyapa saya " u look nice today..." . I said "alhamdulillah.." memulangkan pujian kepada yang berhak menerimanya. Keesokkan harinya, she complimented again " you look nice again today...nice dress"...dan kali ini saya menjawab sambil ketawa "alhamdulillah, thank you tapi i rasa quota you puji baju i dah cukup kot for this week..." Dia pun ketawa sama dan saya rasa dia faham bahawa saya tidak selesa dengan pujian begitu kerana saya sangat takut tertimbul riak dalam diri.
Saya faham, adalah diluar kawalan kita if orang masih mahu melemparkan pujian apa2 tentang kita especially on perkara2 yang ada potensi menimbulkan riak di dalam diri. Tapi yang pentingnya penerimaan saya terhadap pujian itu berbeza dari dulu- sekarang insyaallah saya sedaya upaya memulangkan pujian itu kepada Yang Hak.
No comments:
Post a Comment