Wednesday, January 27, 2010

KESIMPULAN Tafsir Surah AlFatihah

Apabila kita membaca surah alFatihah didalam solat, kita berdoa agar Allah swt tunjukkan kita jalan yang lurus. Dan telah dibincangkan dan ditegaskan (sebelum ini) ayat2 dalam alQuran yg menyatakan bagaimana hendak mendapat petunjuk ini dan apakah itu jalan yang lurus. Dan telah juga ditegaskan bahawa jalan yang diredhai adalah dengan taat pada Allah dan RasulNya seperti yang dilakukan oleh para2 nabi, para pecinta kebenaran, mereka yang mati syahid dan orang yang soleh (disebut dalam surah An-Nisa' 4:69-70)

Kenapa para2 Nabi sebelum Nabi Muhammad dikira juga sebagai mereka yang taat pada Rasulullah saw sedangkan mereka hidup dahulu dari Nabi Muhammad?? Kerana hakikatnya, semua para Nabi2 sebelum Nabi Muhammad saw ( seramai 124000 jumlah nabi2) telah membuat perjanjian dengan Allah swt tentang kenabian Rasulullah saw - Iaitu, akan tiba masanya akan muncul seorang Nabi dan Rasul yang bernama Muhammad dan apabila saat ini tiba maka semua para Nabi2 akan mengakuinya dan taat padanya.

Surah Ali-Imran 3:81-82
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian dari para Nabi "Manakala Aku memberikan Kitab dan Hikmah kepadamu lalu datang kepada kamu, seorang rasul (Nabi Muhammad) yang membenarkan apa yang ada pada kamu, niscaya kamu akan bersungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya" Allah berfirman "Apakah kamu setuju dan menerima perjanjian denganKu atas yang demikian itu?" Mereka menjawab " Kami setuju". Allah berfirman "Kalau begitu bersaksilah kamu (para Nabi) dan Aku menjadi saksi bersama kamu"

Maka barangsiapa berpaling setelah itu, maka mereka itulah orang yang fasik.

Perjanjian ini termasuk lah umat2 nabi2 tersebut - bermakna, jika Nabi pada zaman itu telah membuat perjanjian untuk mengikhtiraf Nabi Muhammad, maka umat2 Nabi tersebut wajib melakukan perkara yang sama.

Nabi yang terakhir dari Bani Israil ialah Nabi Isa as. Maka, umat2 Nabi Isa as wajib mengikhtiraf kerasulan Nabi Muhammad saw. Sebab itu apabila Nabi Isa as turun ke dunia pada akhir zaman kelak, beliau akan menyokong dan membantu agama islam yang dibawa oleh Rasulullah. Kerana disebabkan perjanjian beliau kepada Allah swt untuk taat pada Nabi Muhammad dan mengikhtiraf keRasulan baginda.


Pada malam isra' mikraj, seramai 124000 para Nabi2 berkumpul dan bersolat bersama2 Nabi Muhammad dengan diimamkan oleh baginda Rasulullah saw sebagai ketua kepada sekalian para Nabi2 sebelum baginda.

Perlu diingatkan disini, bahawa Nabi Muhammad saw diutuskan untuk semua umat seluruh alam sedangkan Nabi2 sebelum baginda hanya diutuskan Allah swt untuk umat nabi tersebut sahaja. Jadi, Nabi Isa as diutuskan Allah swt adalah untuk Bani Israil sahaja dan bukan untuk umat2 seluruh alam. Sebab itu tidak boleh lagi diterima syariat2 Nabi Isa as selepas Allah mengutuskan Nabi Muhammad saw. Oleh sebab itu lah, orang2 Nasrani yang ingkar dan tidak mengikhtiraf Nabi Muhammad saw dikira sebagai mereka yang sesat dari kebenaran.

Surah Al-Ahzab 33:7
Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari para Nabi dan dari engkau (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putra Maryam dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh (iaitu kesanggupan menyampaikan agama kepada umat masing2)

Dalam ayat ini Allah swt menyebut 5 nabi yang tertinggi darjatnya iaitu Rasulullah, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa

Surah Al-A'Raf 7:158
Katakanlah (Muhammad), "Wahai manusia! Sesungguhnya aku ni utusan Allah bagi kamu semua, yang memiliki kerajaan langit dan bumi, yang tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, (iaitu) nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimatnya (kitab-kitabnya). Ikutilah dia, agar kamu mendapat petunjuk.

Surah ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Rasulullah merupakan rasul untuk seluruh alam (dan bukan untuk orang2 arab sahaja atau untuk bani israil shj seperti nabi Isa)

Note: Ayat yang akhir "ikutilah dia (Nabi Muhammad), agar kamu mendapat petunjuk" - merupakan jawapan kepada doa saya selama ini. Saya selalu berdoa "ya allah, berilah aku petunjuk dan hidayahMu agar aku hidup dan mati dalam iman". Allah swt telah pun memberi jawapannya iaitu untuk mendapat petunjukNya, ikutilah Rasulullah (sunah2 baginda).

Surah Al-An'am 6: 153
Dan sungguh, inilah (Al-Quran) jalan-Ku yang lurus. Maka ikutilah! Jangan kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) yang akan mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertaqwa.

Surah ini merupakan jawapan kepada ayat 6 dalam surah Al-Fatihah - Tunjukilah kami jalan yang lurus

Surah Asy-Syu'araa' 26:214
Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu(Muhammad) yang terdekat

Ketika baginda menuntut manusia untuk taat pada Allah dan mengikhtiraf baginda sebagai utusan Allah swt,sememangnya kebanyakkan orang yang mendengar seruan Nabi Muhammad tahu kebenaran apa yang baginda katakan tetapi kerana keangkuhan mereka menolak untuk menerimanya. Itulah yang terjadi kepada bapa saudara baginda sendiri Abu Mutalib. Beliau sememangnya tahu kebenaran apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad tetapi kerana tidak mahu kedudukannya sebagai orang elit pada ketika itu, baginda tidak ikuti seruan Rasulullah. Maka matilah beliau dalam keadaan kafir (kerana tidak taat kepada Allah dan RasulNya)

Surah Saff 61:6
Dan (ingatlah) ketika Isa putra Maryam berkata "Wahai Bani Israil. Sesungguhnya aku utusan Allah kepadamu, yang membenarkan kitab yang turun sebelumku,yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan seorang rasul yang akan datang setelahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Namun, ketika rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata "ini adalah sihir yang nyata"

Surah Asy- Syuuraa 42:14
Dan mereka (Ahli Kitab) tidak berpecah belah kecuali setelah datang kepada mereka ilmu (kebenaran yang disampaikan oleh para nabi) karena kedengkian antara sesama mereka. Jika tidaklah kerana sesuatu ketetapan yang telah ada dahulunya dari Tuhanmu (untuk menangguhkan azab) sampai batas waktu yang ditentukan pastilah hukuman bagi mereka telah dilaksanakan. Dan sesungguhnya orang yang mewarisi kitab (Taurat dan Injil) setelah mereka (pada zaman Muhammad) benar benar berada dalam keraguan yang mendalam tentang Kitab (al Quran) itu


Surah Ali-Imran 3:85
Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan diakhirat, dia termasuk orang yang rugi.

No comments: