Tuesday, November 10, 2009

Nikmat dari Yang Maha Pemurah...Ar Rahman

Ringkasan dari Syarah Asma' al-Husna - Ustaz Muhamad bin Abdullah

Tuesday, 10 nov 2009

1. Allah ar-Rahman adalah tuhan pemurah yang telah menganugerahkan banyak nikmat2 kpd kita yg tak akan mampu kita hitung.
Surah an-Nahli ayat 18
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yg dilimpahkannya kpd kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

2. Apa definasi nikmat? - apa2 yg memberi kesedapan kpd manusia. Lumrahnya, manusia tidak akan merasa atau menghargai/appreciate nikmat2 ini sehingga lah kehilangan nikmat itu.

Pengalaman sendiri :
Susah juga rasa sekarang apabila tiba masanya terasa untuk menginsafi diri dan bercita2 untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, lutut pula bengkak dan sgt ssh untuk melipatkan kaki ketika bersolat...dan pabila mata sangat menginginkan untuk membaca kalam2 Allah, ketika inilah penglihatan mula merosot dan terpaksa mencapai kaca mata untuk membaca. Betapa ini menyedarkan saya bahawa selama ini saya adalah manusia yang sungguh lalai dan telah banyak mendustakan nikmat2 Allah (kesihatan mata dan kaki) dan tidak menafaatkan nikmat2 ini di jalan Allah sebaik mungkin ketika dikurniakan kesihatan.
Tapi diri mensyukuri pemberian Allah kerana Allah swt boleh sahaja memberi saya keadaan yang lebih buruk dari ini...walaupon lutut bengkak dan merumitkan solat, saya masih boleh berjalan ke sana ke mari menuntut ilmu dan membuat amal kebajikan. Bayangkan jika kaki saya dilumpuhkan atau cacat sehingga tidak langsung boleh berjalan?
Walaupon mata terpaksa mengenakan reading glasses, masih juga boleh digunakan untuk melihat dan yang paling utama, masih lagi boleh digunakan untuk membaca ayat2 al quran. Alhamdulillah.

3. Ada 5 jenis nikmat:
a) Nikmat asasi - nikmat yang menyempurnakan kita sbg manusia. Terbahagi kpd 2:

i- nikmat semulajadi - mata, hidung, udara, angin, etc
Disebabkan nikmat2 ini mmg sediakala ada dgn kita, kita slalu lupa mensyukuri kehadirannya. We always take it for granted that it's going to be there around us all the time (seperti pengalaman saya di atas)

ii-nikmat yg diusahakan - makanan, pakaian, kediaman etc.
Dengan izinNya dan kemurahanNya, kita akan mendapat lebih jika kita mengusahakan sesuatu yang baik.
Antara makhluk yang paling mudah mendapat rezeki ialah manusia.
Surah az-Zukhruf ayat 13
Supaya kamu duduk di atas punggungnya (haiwan ternak yg ditunggangi -lanjutan dari ayat sebelumnya)kemudian kamu ingat nikmat Tuhanmu apabila kamu telah duduk di atasnya, dan supaya kamu mengucapkan "Maha Suci Tuhan yg telah menundukkan smua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya"

b) Nikmat Qalbiah/emosi - nikmat yang menyenangkan hati yg menyebabkan manusia selesa dan bahagia- harta,anak, suami/isteri, keluarga etc
Surah ar-Rum ayat 21
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri2 dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pd yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yang berfikir.

c) Nikmat badaniyah - nikmat yang menyenangkan fizikal - kesihatan. Merupakan satu nikmat yang perlu dicari dan dijaga. Wajib menjaga kesihatan dan haram mencederakan kesihatan diri dengan sengaja.
Surah ar-Rum ayat 54
Allah, Dialah yg menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan kamu sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan kamu sesudah kuat itu lemah kembali dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

d) Nikmat Akliyah- nikmat berkaitan dengan mental/akal- pengetahuan dan pengalaman. Pengetahuan datang dari belajar dan pengalaman datang dari hasil kita berinteraksi pd alam dan kitab2.
Surah al-Baqarah ayat 269
Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yg dalam tentang al Quran dan as Sunnah) kpd sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yg dianugerahi hikmah, ia benar2 telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang2 yang berakallah yg dapat mengambil pelajaran( dr firman Allah).

Manusia jahil belaku dalam 2 keadaan:
i) jika tidak mahu belajar
ii) jika terasa diri sudah cukup ilmu dan tidak perlu lagi menuntut ilmu

Kelebihan orang yang menuntut ilmu, apabila dia mati dalam keadaan dia sedang menuntut ilmu atau pergi menuntut ilmu, maka matinya dikira mati fisabilillah.

Note untuk diri sendiri: Maka selama ini, saya ini tergolong dalam keadaan jahil yang mana satu ya??

e) Nikmat imaniyah - nikmat berbentuk spiritual - nikmat yang paling tinggi di antara lima nikmat.


Note:
Setengah orang mempunyai semua nikmat yang 4 di atas - nikmat asasi, nikmat qalbiyah(anak2 yg berjaya, isteri cantik atau teman2 yang menghiburkan), nikmat badaniyah (badan sihat) dan nikmat akliyah (pandai dan berjaya dalam bisnes dgn menggunakan nikmat akal ini...) tetapi tidak mempunyai nikmat imaniyah, maka seseorang itu TIDAK AKAN merasa kesempurnaan dalam hidup. Ada sahaja yang tidak puas dalam hatinya - sentiasa runsing memikirkan turun naiknya perniagaan, sentiasa memikirkan bagaimana untuk kekal kaya dan berduit, tension memikirkan kerja atau jika smua sudah mencukupi (pada zahirnya) masih memikir2 bagaimana utk menambah kesenangan hidup....
Mula lah mencari2 ketenangan dgn melakukan pelbagai cara - pergi bercuti setiap tahun (balik cuti saja kerja seminggu tension balik...), pergi melakukan apa2 aktiviti yang pada akalnya akan dapat menghilangkan kekacauan dlm jiwa/pemikiran (tetapi mula kerja balik tak sampai seminggu dua, berserabut balik...). Golongan ini merupakan mereka yang tidak memperolehi nikmat imaniyah - nikmat yang hanya dapat diperolehi dengan kurniaan Allah tetapi boleh juga diusahakan ke arahnya jika benar2 kita mahu mencari keredhaan Allah swt, insyaallah.

Surah Ibrahim ayat 28
Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan

No comments: