Tuesday, August 18, 2009

Apa Ada Dalam Bulan Ramadhan?

by Ustaz Muhamad bin Abdullah Wednesday, 19 August 2009

Ustaz membicarakan 5 perkara yang ada pada bulan Ramadhan:

1) Puasa
Semua maklum, dalam bulan ramadhan, kita umat islam wajib berpuasa. Berpuasa di bulan2 yang lain, kita hanya mendapat pahala kerana menyempurnakan ibadat puasa itu. Tetapi, berpuasa di bulan Ramadhan, kita bukan sahaja mendapat pahala kerana menyempurnakan ibadat puasa tersebut malah dengan berpuasanya kita dalam bulan Ramadhan dapat mengikis dosa2 kita. Jadi, berpuasa di bulan Ramadhan melayakkan kita mendapat pahala berpuasa dan juga pengikisan dosa.

Ustaz menyentuh tentang perkara2 yang membatalkan puasa:

a) makan & minum
b)masuk sesuatu pada rongga- mengikut imam shafiee, rongga yang dimaksudkan ada 5 iaitu mulut, hidung,dubur, telinga dan kemaluan.
Benda yang masuk ke badan tidak melalui rongga, jika bukan makanan, tidak akan membatalkan puasa seperti masuk darah kat tangan, injection masuk ubat kat lengan etc. Tetapi, if masukkan makanan ke dalam body melalui tube maka batallah puasa.
Merasa makanan di lidah ketika memasak, if sedikit hukumnya harus, if banyak hukumnya makruh.
c)muntah dengan sengaja
d) bersetubuh
e)mengeluarkan mani dengan sengaja
f) haid
g) nifas
h) gila
i) pengsan (lebih dari 50% waktu siang)
j) murtad

2) Fidyah

3 kelompok yang perlu membayar fidyah:

a) orang yang hutang puasa ramadhan yang lalu - mereka ini kena membayar fidyah dan juga menganti puasa yang ditinggalkan
b)orang yang tidak mampu lagi (tidak berupaya) untuk berpuasa - mereka ini hanya perlu membayar fidyah sahaja
c)orang yang membatalkan puasa sebab orang lain seperti ibu yang menyusukan anak, orang yang emergency kena selamatkan orang mati lemas kat laut..- mereka ini kena bayar fidyah dan juga mengantikan puasa yang ditinggalkan

Brape kos bayaran fidyah?
Di selangor, 1 hari = Rm 1.75 (berdasarkan harga beras rm2.60 sekilo)
Tetapi, generally, kiraannya ialah 700g x (harga sekilo beras yang biasa kita makan tiap hari) - ustaz kata if kita biasa makan beras mahal kenalah dikira mengikut harga beras yang kita biasa makan itu

Kepada siapa fidyah itu perlu dibayar?
Fidyah itu perlu dibayar kepada golongan Fakir dan Miskin sahaja

Niat fidyah?
Kalau kita pi bayar terus kepada golongan fakir dan miskin ini, tak payah lah lafaz niat. Tetapi, if kita wakilkan pada orang lain, say, ustaz ke..maka perlu kita lafazkan niat bayaran tadi merupakan fidyah dan kita mewakilkan si ustaz tadi, for example " ustaz, ini bayaran fidyah saya dan saya wakilkan ustaz untuk mengagihkan pada golongan fakir dan miskin.."

3. Zakat Fitrah
Zakat fitrah ini semua orang yang mampu kena bayar. Siapa itu mereka yang dikatakan mampu?? Mereka yang dikategorikan sebagai mampu disini adalah mereka yang cukup makan/minum, pakaian dan mempunyai tempat tinggal pada malam hari raya dan siangnya.

Unlike zakat harta misalnya yang melayakkan hanya orang berharta sahaja. Siapa yang dikenakan bayaran zakat fitrah ini? Mereka yang hidup sebahagian dari ramadhan dan juga sebahagian dari syawal.

Ustaz bagi beberapa examples:

Anak yang lahir pada akhir ramadhan dan masih hidup sehingga syawal - maka bapanya wajib membayar zakat fitrah untuknya.

Si isteri yang dinikahi suaminya pada 1 syawal - maka si ayah (bukan suami) perempuan ini yang wajib tunaikan zakat fitrahnya utk bulan ramadhan tersebut sb perempuan ini belom menjadi isteri lelaki itu masa bulan ramadhan tahun itu.

Berapa amount kena bayar?

Di selangor = RM7 per head ( berdasarkan harga beras rm2.60 sekilo)

Generally, ukurannya adalah 1 gantang baghdad (which is an acuan) which is in kilograms secara khilafnya di selangor, 1 gantang baghdad approx equals to 2.1kg, di kelantan approx equals to 2.5kg etc.

If follow JAKIM, 1 gantang baghdad is approximately 2.7kg dan hendaklah ditimbang dengan beras yang biasa kita makan.

So ustaz suggest, walaupon kat selangor kenakan RM7 per head berdasarkan harga beras RM2.60 sekilo, tetapi if kita tahu kita kat rumah makan beras harga RM3 sekilo, maka hendaklah kita bayar 2.7 x RM3 per head. If orang terima tu susah nak keluarkan resit sebab resit pakai standard bayaran...lebihkan aje la no of heads yang perlu kita bayar (macam if sepatutnya kita bayar untuk 4 kepala..cakap aje lah kita bayar untuk 6kepala untuk membolehkan resit dikeluarkan) ~ Note utk suami saya (i tahu u slalu baca my blog ni- Bang...i need ur opinion on this one!)

4) Solat Terawih

Orang selalu tanya ustaz, mana yang afdolnya...solat 8 rakaat atau 20? Ustaz jawab...yang paling afdol is yang paling khusyuk...if solat 8 rakaat itu lagi khusyuk solat lah 8, if solat 20 rakaat tu lagi khusyuk solat la lebih...Tetapi ustaz kata, bulan ramadhan ni sekali setahun aje and belom tentu dapat hidup sehingga ramadhan yang akan datang, maka elok juga kalau kita banyakkan bersolat.

5) Malam Lailatulqadar

Waktunya dari maghrib hingga isyak dan pahala ibadat pada malam ini pahala ibadah 1000 bulan
" Ya allah...temukanlah kami malam ini di bulan ramadhan tahun ini.."

No comments: