Thursday, April 22, 2010

Melawa??...Melaram??...Berhias?? BOLEH KE TAK BOLEH NI??

Nak katakan hanya wanita sahaja yang suka berhias diri, zaman sekarang ini kita lihat, para2 lelaki juga serupa. Adakala, mereka ini (lelaki) berhias melebihi wanita dan sering juga kita lihat si lelaki dah serupa dengan wanita. Kekeliruan ini menyusahkan juga sebab tak tahu nak address mereka mcamane especially apabila golongan ini bekerja and berurusan direct dengan kita..aik...ni nak panggil mcmane ni ya...encik, saya nak beli ni brape harga? atau...cik, saya nak tanya harga barang ni how much ya...atau..encik/cik* boleh tolong saya? (*sila potong yang mana awak rasa sesuai dengan naluri awak sekarang...nak jadi pompuan atau lelaki....).
Maka pada saya, untuk mengatakan isu 'melawa'...atau...'berhias'...patut ditujukan hanya pada wanita mungkin tidak sesuai pada zaman yang kononnya modern ini. Nevertheless, di sini i am not interested to discuss the issue of men who like to 'berdandan' but i want to share with you my curiousity on the concepts of hijab (as of menutup aurat) and Tabarujj (berhias) in Islam for muslim women. Since saya yakin saya wanita sejati and sangat berminat untuk mengekalkan nikmat menjadi wanita, maka saya hanya berminat untuk membincangkan isu aurat dan tabarujj yang kena mengena dengan wanita sahaja.
Mungkin bagi wanita2 yang memang tidak berapa minat untuk berhias diri (bersolek...), isu ini boleh lah diketepikan. Tetapi saya adalah antara kebanyakan wanita2 yang sangat suka berhias. Sebelum ini, saya mempunyai koleksi lipsticks mengikut warna baju yang nak dipakai, eyeliner brown and black (tgk mood nak mata coklat ke nak mata hitam...) and i had this one great passion for shoes...heels...flats...strapped...you name it.. sehinggakan shoe cabinet kat rumah ni dimanipulasi oleh my shoes sahaja (hubby ada 2 pasang je dlm cabinet..sepasang kasut kerja..sepasang sport shoe...and capal yang martabatnya bukan di dlm shoe cabinet...). And dresses...masyaallah...pendek cite, sampai kena tumpang letak baju i kat hubby's wardrobe. Astaghfirullah...
Perlu saya tekankan disini, semua yang tertulis di sini tercetus dari keinginan dan curiosity diri sendiri dalam persoalan 'berhias' yang dibenarkan oleh islam...di manakah batasnya?
Pakai bedak supaya tak nampak pucat boleh ke tak? pakai foundation so as pipi kita nampak gebu or at least cam presentable and tak comot boleh ke tak?...pakai celak dikatakan sunnah Nabi, pakai celak brand Christian Dior (my favourite....) dapat pahala tak?? Mungkinlah pakai lipstick yang merah menyala tu obviously dilarang...tapi if pakai lipstick yang colornya very light...cam light pink...light orange yang tak la menyerlah sangat, boleh tak?
Yang merumitkan lagi apabila pergi ke majlis2 ilmu agama yang guru2nya hebat2 belaka. Dan adakalanya saya memerhati pasangan guru2 (the spouse) ini. Sebagai manusia biasa yang telah membiasakan diri melihat, memerhati and as a results, bertanya2 dalam hati...."eh, nape wife die tak pakai socks when in public ya? (mungkin die mazhab hanafi? kaki tak aurat...), "lawa wife die, very presentable..nice dress and tutup aurat and she has lipstick on...(emmm. )". Tetapi tidak pernah clarify perkara ini dengan sesiapa sekuliah agama, hanya bercakap dalam hati sahaja.
Until pagi ini, saya terbicara tentang hal2 hijab...niqab...aurat wanita pada teman sekuliah agama yang duduk disebelah.
Kata kawan saya " susah juga sebab kadang2 kita tgk isteri ustaz kita pun relax juga, ada juga yang datang tak pakai socks and we always think that kaki is part of aurat wanita..."
"eh, u pun terfikir yang sama ya? Tu la, kita tahu la ustaz2 juga manusia biasa tetapi i guess we can't avoid not noticing how the wives dress smua sb we look up to them and look at them as role model kan..."
Perasaan ingin tahu and nak penjelasan tentang isu hijab and tabarujj dengan lebih lanjut brought me to confront two of my regular ustazs (three actually tapi yang sorang ni tak bagi jawaban yang solid so i opt him out la as my reference).
Saya pernah bertanyakan kepada seorang American friend who is also a devoted muslim. Dia memakai purdah (niqab) dan saya bertanyakan kepadanya adakah dia memakai purdah kerana suaminya seorang arab? Katanya tidak. Rakan saya ini berkata, dia tidak mempunyai ahli keluarga wanita yang beragama islam sebagai role model, maka die akhirnya membuat keputusan untuk mengikut jejak isteri-isteri Rasulullah berpakaian. Maka saya tertanya-tanya dan akhirnya bertanya kepada ustaz A:
" ustaz, bagaimana sebenarnya isteri-isteri Rasulullah berpakaian? Adakah pakaian mereka lain dari kami wanita awam?"
Ustaz A jawab " sebenarnya ayat2 dalam al-quran mengenai aurat wanita yang patut dan tak patut ditutup itu di tujukan kepada isteri rasulullah yang juga merangkumi smua wanita2".
Saya tanya lagi "then ustaz, if isteri-isteri rasulullah pun macam kita, smua tutup kecuali muka dan tangan, kenapa ada yang pakai purdah? atau niqab atau ada setengah2 yang tutup muka terus (veiling)? Apa argument mereka?"
Ustaz jawab "Banyak sebab, satu mungkin untuk menutupi kecantikan yang mendorong kepada fitnah. Macam wanita2 kat negara2 arab tu, mereka pakai niqab sebab untuk keselamatan sebab kat sana if perempuan jalan tak tutup betul jadi bahaya.
Tapi baik lah terlebih tutup dari terkurang tutup kan? (better cover more than cover less...). Jadi macam kita kat Malaysia ni, tutup aurat seperti biasa ni (tidak memakai jilbab dan purdah) dikira aman dan memadai mengikut Mazhab Syafi'e."
Mengenai Tabarujj (berhias).
Pertanyaan mengenai hal ini saya ajukan kepada ustaz lain dalam kuliah yang lain.
"Tabarujj tu berhias kan ustaz. Orang perempuan ni kalau pakai bedak ok kan ustaz? If pakai foundation?"
Ustaz B " pakai bedak ok..pakai foundation ok"
Saya tanya lagi "abis tu if pakai lipstick yang light color boleh?"
Ustaz B " tak. "
Saya tanya " Aik, asal foundation ok pulak ustaz? if lipstick tu tak la merah menyala tu..yang light2 color tu..."
Ustaz B very firm with his answer " foundation tu tak pe sebab akak pakai pun tak ubah apa, cuma nampak lagi kemas tapi kalau lipstick tu dah color lain, terserlah dan akan menarik perhatian maka tak boleh (haram). "
Saya tanya pula tentang pakaian yang disebut dalam Al-Ahzab 33:59 yang menyarankan wanita memakai jilbab dan saya comparekan dengan protocol pakaian yang disebut dalam An-Nur 24:33. Dan saya menyatakan tafsiran yang saya tahu jilbab adalah baju labuh yang longgar yang menutupi smua anggota dari atas sampai bawah.
Ustaz B menjelaskan " sama aje, dua dua suruh wanita menutup aurat dan jilbab tu pakaian yang macam akak pakai ni lah ( i was wearing a black jubah). Ni yang akak pakai ni, akak boleh bersolat tak dengan pakaian ini?"
Saya jawab dengan yakinnya "ya, saya rasa boleh"
Then ustaz B dengan pantas nya kata "so, pakaian ini ok lah"
Jadi, dari apa yang saya conclude from what Ustaz B kata, the rule of thumb is, if you want to know what you wear comply the Muslim Woman Dress Code (apabila berdepan dengan bukan mahram)...look at yourself and ask "boleh tak aku terus bersolat dengan pakaian yang aku pakai ini? If the answer is yes,maka what you wear is acceptable.
Surah An-Nur 24: 30
"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
Surah An-Nur 24:31
"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka [a list of relatives]........Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung."
"kecuali yang (biasa) terlihat" atau in english it would be phrased as "what must ordinarily appear threreof" mempunyai pelbagai tafsiran.
Mazhab Syafi'e (macam kita kat malaysia yang berpegang kepada mazhab syafie) - "kecuali yang (biasa) terlihat" membawa tafsiran menampakkan bahagian badan yang necessary for day to day tasks seperti muka dan tangan (hingga pergelangan tangan). Mazhab lain ada yang mentafsirkan sebagai muka, tangan dan kaki ( sebab itu ada mazhab does not include kaki as aurat). Others may include all body parts except the eyes.
Ada juga berpendapat, if Allah swt mahukan wanita menutup atau menyelubungi semua bahagian badan maka apa perlu mengarahkan orang lelaki yang beriman agar menjaga pandangan mereka ( lower their gaze) if semua bahagian badan wanita sudahpun ditutupi. Refer Surah An-Nur 24:30.
Ada juga berpendapat "kecuali yang (biasa) terlihat" merujuk kepada bahagian badan yang terlihat apabila memakai pakaian biasa yang sopan (normal modest dress) dan apa yang dimaksudkan sebagai normal modest dress diintepretasikan pakaian yang sopan dan menutup aurat mengikut adat budaya setempat pada ketika itu.
Asasnya di sini, pakaian wanita muslim itu (tidak kira di negara mana dia tinggal) mestilah mematuhi general garispanduan yang ditetapkan dalam Surah An-Nur 24:31 - yang menutupi aurat (including menutup bahagian dada dengan melabuhkan kain...tudung..selendang)...menampakkan hanya muka dan tangan (untuk mazhab syafie) ...
Surah Al-Ahzab 33: 59
"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"
Mengikut setengah pendapat, pada zaman ayat ini diturunkan, sangat perlu untuk membezakan wanita muslim dan wanita bukan muslim dari segi berpakaian untuk menjamin keselamatan supaya tidak diganggu. Again, ini juga argument yang dipakai oleh ustaz tadi yang mengatakan ada setengah2 negara yang mewajibkan wanita2nya mengenakan niqab dan menutupi keseluruhan badan kecuali mata iaitu untuk tujuan keselamatan.
Pendapat peribadi
Dari pembacaan yang limited dan interaksi bersama guru-guru agama saya, saya berpegang kepada asas yang mudah " pakailah apa sahaja yang suka di mata berkenan di hati mengikut kemampuan peribadi tetapi apa jua yang di pakai (baju kurung ke, blouse bercorak ke, jubah ke...anything fashionable) perlu tanya diri sendiri...dah tutup belum aurat ni? Aurat termasuk, does it show body curves? Is it tightfitting?
But secara peribadi, saya bersetuju dengan saranan Ustaz B;dalam memantau adakah baju yang dipakai sudah menutupi aurat dan memenuhi syarak, tanya diri sendiri " bolehkah aku bersolat dengan pakaian ini?"
Hanya Allah swt Maha Mengetahui...Mohon petunjuk dan hidayah dari Yang Maha Esa...Amin

Wednesday, April 21, 2010

Sombong itu Was Me (or do i still have it??? i wonder...)

Was i seorang yang sombong?
Many would think i was not disebabkan perkataan 'sombong' itu lazimnya disandarkan kepada sikap yang suka bercakap besar...menunjuk-nunjuk dan sikap-sikap yang sealiran dengannya. Sombong juga adalah sikap yang sekelompok dengan riya' and angkuh. Maka jika itu tafsirannya, boleh lah saya katakan i am 90% confident that in many ways saya tidak begitu (berdasarkan dari pendapat seorang sahabat apabila saya ajukan pertanyaan ini kepadanya tempohari).
Pendapat Peribadi
Sombong sebenarnya adalah lebih dalam lagi maksudnya...bukan sekadar bercakap besar atau menunjuk-nunjuk kelebihan kita pada khalayak. Sombong juga tidak semestinya dipamerkan dan ia boleh juga menjadi satu perasaan yang tersembunyi yang hanya dirasai tuan badan itu sendiri.
My daughter Aisyah was in Year 6. She came home with her English trial exams paper. She obtained 6 marks for her picture essay section. I saw minimal grammatical errors and she had constructed her essay very well according to the picture given. I went to see her English teacher and kindly asked her to explain to me how exactly the UPSR english grading was. The teacher said the full mark was 15 and said the grading was divided into 5 - 3marks for grammar..3 marks for following the pictures..etc etc..Being a Math lecturer, my brain made a quick calculation...and told the teacher...ok cikgu, full mark is 15 and half of 15 is 7.5 and Aisyah got 6 which implies Aisyah is below average and failed this section? Is she below the UPSR standard?
Then the teacher actually tukar balik cerita full mark tadi...I diam sahaja memerhatikan cikgu ini tercari cari alasan lain to support her argument but sebenarnya, in silence, both the teacher and me knew she didn't have a concrete answer to my question and we both knew i was right...
I eventually told the teacher 'tak pe lah, saya saje nak tahu, takut2 Aisyah ni nak ambik upsr tak lama lagi and if she is below upsr standard, i need to help her with that...thank you so much ajar Aisyah and i hope she will be ok la in the next trial.."
In silence, i could feel 'victory' dapat menemplak cikgu itu yang die sebnarnya menanda paper bdk2 tu main suka2 ati saja nak letak brapa markah...
Adakah ini sombong? Yes it was.
We were at Pizza Hut one evening for tea. Sekarang ni di Pizza Hut (at least kat SACC mall shah alam) ada diletakkan buzzer untuk panggil waiters to our table (kononnya tak yah la mengangkat2 tangan...dek dek nak order ye...). So i buzz....buzz....but no one came. But ada sekumpulan waiter-waiter bergurau senda di belakang and i buzz...and buzz again...(dalam hati kata ada juga aku ambik horn lori kang ....). Eventually i resort to the conventional way of 'angkat tangan and panggil..dekkkkk nak order'. Baru datang...and the first thing i cakap " dek, ni loceng buzzer ni nak buat apa sebenarnya?" Bdk tu cakap " ooo sori sebab rasanya terlupa nak on yang kat tangan so tak pasan ada buzzer..." and i pun ckp " kalau tak on kan, nape letak buzzer kat atas meja? Saya dah panggil and tekan benda ni naik nak tercabut jari awak tak respon2.."..then baru i placed my order....
Adakah ini sombong? Yes, it was...
Selama ini, if saya melakukan sesuatu ..membeli sesuatu keperluan diri atau keluarga...Saya hanya memikirkan bahawa sesuatu itu dibeli sebab secara lumrahnya atau fitrahnya saya memerlukannya. Macam beli kereta...mesti la sebab senang nak berjalan ke sana ke mari..beli handbag...sb saje nak ada lagi satu untuk tukar2 walaupun dah ada yang lain...beli beras sb ye la jadik orang melayu kan fitrahnya tiap hari makan nasik...
Tidak pernah terlintas di kepala untuk fikir "how is this thing yang aku nak beli ni bermanafaat to me and brings me close to Allah swt?" Semua yang dilakukan seperti satu lumrah kehidupan manusia biasa,semacam tiada hubungan langsung dengan Allah swt yang Maha Pemberi. Solat sunat istikharah tidak pernah menjadi satu keperluan sebelum ini. Tiada langsung dalam benak fikiran walau sebesar zarah yang sebenarnya dengan rahmatNya lah apa yang dilakukan akan menjadi kenyataan. Mengambil sesuatu dan dalam masa yang sama mengenepikan ingatan kepada Yang Maha Pemberi....
Adakah ini sombong? Yes, it was....
Banyak lagi incidents yang melambangkan kesombongan in me yang jika ditulis di sini akan hanya membuka aib sendiri. Yang paling ditakuti adalah sifat sombong pada Allah swt yang semacam sebati dengan kehidupan seharian. Cukuplah katakan di sini, bahawa saya dan sifat sombong bagai sebati selama ini...Subhanaallah...smoga Allah swt Maha Mengampuni...
Surah Az-Zumar 39: 72
"Dikatakan (kepada mereka), "Masukilah pintu-pintu neraka jahanam itu, (kamu) kekal di dalamnya. Maka (neraka jahanam) itu lah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang yang menyombong diri"
Surah Az- Zumar 39: 59
"Sungguh, sebenarnya keterangan-keterangan-Ku telah datang kepada mu, tetapi kamu mendustakannya, malah kamu menyombong diri dan termasuk orang kafir"
Surah Az - Zumar 39: 60
"Bukankah neraka jahanam itu tempat tinggal bagi orang yang menyombong diri?"
Surah Al-Furqan 25:66
"Sungguh, Jahanam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman"
Dari kelas ustaz Muhammad (bab Asma ul Husna)
Sifat Allah swt - Al-Mutakabbir - Allah Yang Maha Agung
Sifat Mutakabbir (agung, sombong) tidak boleh dipakai oleh manusia. Orang yang ada kesombongan di hati akan mewarisi 5 perkara:
a) hatinya akan mati (tidak dapat melihat, mendengar dan menghayati kebenaran dari Allah)
b) terhalang hidayah pada hatinya
c) hilang rahmat daripada Allah
d) hilangnya keberkatan di dalam hidupnya
e) hilang ketenangan di dalam hatinya.
Semoga Allah swt mengampuni segala dosa...

Monday, April 19, 2010

APA ITU ISLAM?

by Ustaz Muhammad

1) Islam adalah agama fitrah - fitrah maknanya selaras dengan kehendak manusia
e.g. fitrah manusia cenderung kepada ilmu - islam mewajibkan wanita n lelaki menuntut ilmu
fitrah manusia, wanita cenderung kepada lelaki dan lelaki cenderung kepada wanita - islam menggariskan panduan perhubungan ini melalui perkahwinan
fitrah manusia suka kepada makanan yang sedap2 - islam ajar untuk makan makanan yang halal

2) Islam adalah agama yang symul - complete

3) Islam adalah agama tamaddun
a) fardhu 'ain - perkara2 yang melepaskan rukun2 islam dan iman
b) fardhu kifayah - ilmu2 selain dari fardu ain - ilmu yang cukup diwakili oleh seorang muslim dan tidak menjadi kewajiban keatas orang lain - e.g. kedoktoran, kejuruteraan, dll
c) fardu kifayah 'aini - apabila seseorang menceburi satu satu ilmu fardhu kifayah, maka ilmu itu menjadi fardhu kifayah 'aini baginya dan wajib ke atasnya agar bersungguh2 menguasai ilmu ini sebaik mungkin (that's why when one takes up a course at the university, for example, maka wajib bagi nya belajar bersungguh2 sehingga berjaya kerana sudah jadi fardhu kifayah 'aini baginya)

4) Islam adalah agama ilmu - ilmu sains yang terdapat dalam al quran seperti kejadian langit dan bumi, kejadian bintang2, bulan dan matahari semuanya tidak bercanggah dengan ilmu sains moden

5) Islam adalah agama keselamatan - banyak garis panduan di dalam al quran untuk diikuti manusia sebagai petunjuk kepada kebahagian dan kesejahteraan di dunia dan akhirat

6) Islam adalah agama akhlak

7) Islam adalah agama Rabbaniyah - iaitu agama yang memperkenalkan manusia kepada Allah swt.