Wednesday, January 27, 2010

KESIMPULAN Tafsir Surah AlFatihah

Apabila kita membaca surah alFatihah didalam solat, kita berdoa agar Allah swt tunjukkan kita jalan yang lurus. Dan telah dibincangkan dan ditegaskan (sebelum ini) ayat2 dalam alQuran yg menyatakan bagaimana hendak mendapat petunjuk ini dan apakah itu jalan yang lurus. Dan telah juga ditegaskan bahawa jalan yang diredhai adalah dengan taat pada Allah dan RasulNya seperti yang dilakukan oleh para2 nabi, para pecinta kebenaran, mereka yang mati syahid dan orang yang soleh (disebut dalam surah An-Nisa' 4:69-70)

Kenapa para2 Nabi sebelum Nabi Muhammad dikira juga sebagai mereka yang taat pada Rasulullah saw sedangkan mereka hidup dahulu dari Nabi Muhammad?? Kerana hakikatnya, semua para Nabi2 sebelum Nabi Muhammad saw ( seramai 124000 jumlah nabi2) telah membuat perjanjian dengan Allah swt tentang kenabian Rasulullah saw - Iaitu, akan tiba masanya akan muncul seorang Nabi dan Rasul yang bernama Muhammad dan apabila saat ini tiba maka semua para Nabi2 akan mengakuinya dan taat padanya.

Surah Ali-Imran 3:81-82
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian dari para Nabi "Manakala Aku memberikan Kitab dan Hikmah kepadamu lalu datang kepada kamu, seorang rasul (Nabi Muhammad) yang membenarkan apa yang ada pada kamu, niscaya kamu akan bersungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya" Allah berfirman "Apakah kamu setuju dan menerima perjanjian denganKu atas yang demikian itu?" Mereka menjawab " Kami setuju". Allah berfirman "Kalau begitu bersaksilah kamu (para Nabi) dan Aku menjadi saksi bersama kamu"

Maka barangsiapa berpaling setelah itu, maka mereka itulah orang yang fasik.

Perjanjian ini termasuk lah umat2 nabi2 tersebut - bermakna, jika Nabi pada zaman itu telah membuat perjanjian untuk mengikhtiraf Nabi Muhammad, maka umat2 Nabi tersebut wajib melakukan perkara yang sama.

Nabi yang terakhir dari Bani Israil ialah Nabi Isa as. Maka, umat2 Nabi Isa as wajib mengikhtiraf kerasulan Nabi Muhammad saw. Sebab itu apabila Nabi Isa as turun ke dunia pada akhir zaman kelak, beliau akan menyokong dan membantu agama islam yang dibawa oleh Rasulullah. Kerana disebabkan perjanjian beliau kepada Allah swt untuk taat pada Nabi Muhammad dan mengikhtiraf keRasulan baginda.


Pada malam isra' mikraj, seramai 124000 para Nabi2 berkumpul dan bersolat bersama2 Nabi Muhammad dengan diimamkan oleh baginda Rasulullah saw sebagai ketua kepada sekalian para Nabi2 sebelum baginda.

Perlu diingatkan disini, bahawa Nabi Muhammad saw diutuskan untuk semua umat seluruh alam sedangkan Nabi2 sebelum baginda hanya diutuskan Allah swt untuk umat nabi tersebut sahaja. Jadi, Nabi Isa as diutuskan Allah swt adalah untuk Bani Israil sahaja dan bukan untuk umat2 seluruh alam. Sebab itu tidak boleh lagi diterima syariat2 Nabi Isa as selepas Allah mengutuskan Nabi Muhammad saw. Oleh sebab itu lah, orang2 Nasrani yang ingkar dan tidak mengikhtiraf Nabi Muhammad saw dikira sebagai mereka yang sesat dari kebenaran.

Surah Al-Ahzab 33:7
Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari para Nabi dan dari engkau (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putra Maryam dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh (iaitu kesanggupan menyampaikan agama kepada umat masing2)

Dalam ayat ini Allah swt menyebut 5 nabi yang tertinggi darjatnya iaitu Rasulullah, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa

Surah Al-A'Raf 7:158
Katakanlah (Muhammad), "Wahai manusia! Sesungguhnya aku ni utusan Allah bagi kamu semua, yang memiliki kerajaan langit dan bumi, yang tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, (iaitu) nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimatnya (kitab-kitabnya). Ikutilah dia, agar kamu mendapat petunjuk.

Surah ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Rasulullah merupakan rasul untuk seluruh alam (dan bukan untuk orang2 arab sahaja atau untuk bani israil shj seperti nabi Isa)

Note: Ayat yang akhir "ikutilah dia (Nabi Muhammad), agar kamu mendapat petunjuk" - merupakan jawapan kepada doa saya selama ini. Saya selalu berdoa "ya allah, berilah aku petunjuk dan hidayahMu agar aku hidup dan mati dalam iman". Allah swt telah pun memberi jawapannya iaitu untuk mendapat petunjukNya, ikutilah Rasulullah (sunah2 baginda).

Surah Al-An'am 6: 153
Dan sungguh, inilah (Al-Quran) jalan-Ku yang lurus. Maka ikutilah! Jangan kamu ikuti jalan-jalan (yang lain) yang akan mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Demikianlah Dia memerintahkan kepadamu agar kamu bertaqwa.

Surah ini merupakan jawapan kepada ayat 6 dalam surah Al-Fatihah - Tunjukilah kami jalan yang lurus

Surah Asy-Syu'araa' 26:214
Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu(Muhammad) yang terdekat

Ketika baginda menuntut manusia untuk taat pada Allah dan mengikhtiraf baginda sebagai utusan Allah swt,sememangnya kebanyakkan orang yang mendengar seruan Nabi Muhammad tahu kebenaran apa yang baginda katakan tetapi kerana keangkuhan mereka menolak untuk menerimanya. Itulah yang terjadi kepada bapa saudara baginda sendiri Abu Mutalib. Beliau sememangnya tahu kebenaran apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad tetapi kerana tidak mahu kedudukannya sebagai orang elit pada ketika itu, baginda tidak ikuti seruan Rasulullah. Maka matilah beliau dalam keadaan kafir (kerana tidak taat kepada Allah dan RasulNya)

Surah Saff 61:6
Dan (ingatlah) ketika Isa putra Maryam berkata "Wahai Bani Israil. Sesungguhnya aku utusan Allah kepadamu, yang membenarkan kitab yang turun sebelumku,yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan seorang rasul yang akan datang setelahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Namun, ketika rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata "ini adalah sihir yang nyata"

Surah Asy- Syuuraa 42:14
Dan mereka (Ahli Kitab) tidak berpecah belah kecuali setelah datang kepada mereka ilmu (kebenaran yang disampaikan oleh para nabi) karena kedengkian antara sesama mereka. Jika tidaklah kerana sesuatu ketetapan yang telah ada dahulunya dari Tuhanmu (untuk menangguhkan azab) sampai batas waktu yang ditentukan pastilah hukuman bagi mereka telah dilaksanakan. Dan sesungguhnya orang yang mewarisi kitab (Taurat dan Injil) setelah mereka (pada zaman Muhammad) benar benar berada dalam keraguan yang mendalam tentang Kitab (al Quran) itu


Surah Ali-Imran 3:85
Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima, dan diakhirat, dia termasuk orang yang rugi.

Wednesday, January 20, 2010

Al-Fatihah Ayat 6-7

Al-Fatihah Ayat 6: Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Dalam ayat ini, kita memohon dari Allah swt supaya Dia tunjukkan kita jalan yang lurus.
Apa itu jalan yang lurus?? Allah swt beri jawapan dalam ayat berikutnya.

Al - Fatihah
Ayat 7: (Iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka.

Siapa? Siapa mereka yang dimaksudkan di sini yang telah dianugerahkan nikmat oleh Allah? Dalam Al Quran, mereka yang dianugerahkan nikmat oleh Allah swt disebut dalam surah2 berikut:

Surah An-Nisa' 4: 69-70
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul (Muhammad) maka mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang diberikan nikmat oleh Allah, iaitu para Nabi, para pecinta kebenaran, orang2 yang mati syahid dan orang2 yang soleh. Mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.
Yang demikian itu adalah kurnia dari Allah dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui.

Seterusnya, Allah menjelaskan bahawa mereka yang dikatakan yang mentaati Allah ialah mereka yang mentaati Rasulullah saw:

Surah An-Nisa' 4:80
Barangsiapa mentaati Rasul (Muhammad) maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa berpaling (dari ketaatan itu) maka (ketahuilah) Kami tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi pemelihara mereka.

Dan dijelaskan lagi bahawa sesungguhnya mereka yang dianugerahkan nikmat oleh Allah swt itu adalah mereka yang mentaati Rasulullah kerana Allah telah menyatakan bahawa Rasulullah itu merupakan rahmat bagi seluruh alam (termasuk manusia)

Surah Al-Anbiyaa 21: 107
Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.

Dijelaskan lagi dalam Al-Quran bahawa mereka yang mentaati Rasulullah akan mendapat anugerah nikmat dari Allah kerana

Surah Al-Ahzab 33: 21
Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah.

Al-Fatihah Ayat 7 (sambungan): Bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) yang sesat.

Siapa mereka yang Allah murkai yang disebut dalam ayat ini? Mereka yang dimurkai Allah yang dimaksudkan di sini ialah orang2 Yahudi. Dan siapa pula mereka yang sesat yang dimaksudkan di sini? Mereka yang sesat itu ialah orang2 Nasrani.

Mengenai perangai orang2 yang dimurkai Allah iaitu orang2 Yahudi disebut dalam Al-Quran dalam surah2 berikut:

Surah Al-Maidah 5: 60
Katakanlah (Muhammad), "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang fasik) di sisi Allah? Iaitu, orang yang dilaknat dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah Tagut. "Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus"

Note: Ayat ini refers to kisah orang2 Yahudi yang melanggar kehormatan hari Sabat. Menyebabkan kemurkaan Allah pada mereka.

Surah Al-Baqarah 2: 65-66
Dan sungguh, kamu telah mengetahui orang2 yang melakukan pelanggaran di antara kamu pada hari Sabat, lalu Kami katakan kepada mereka, "Jadilah kamu kera yang hina!"
Maka Kami jadikan (yang demikian) itu peringatan bagi orang2 pada masa itu dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang2 yang bertaqwa.

Surah Al-Baqarah 2: 90-91
Sangatlah buruk (perbuatan) mereka menjual dirinya dengan mengingkari apa yang diturunkan Allah, kerana dengki bahwa Allah menurunkan kurniaNya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya (Wahyu kenabian kepada Nabi Muhammad saw). Kerana itulah mereka menanggung kemurkaan demi kemurkaan (Murka pertama kerana membangkang Nabi Musa as dan murka kedua kerana mengingkari Nabi Muhammad saw). Dan kepada orang2 kafir (ditimpakan) azab yang menghinakan.
Dan apabila dikatakan kepada mereka " berimanlah kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran), mereka menjawab " kami beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami". Dan mereka ingkar kepada apa yang setelahnya, padahal (Al Quran) itu adalah yang hak yang membenarkan apa yang ada pada mereka. Katakanlah (Muhammad), "Mengapa kamu dahulu membunuh nabi-nabi Allah jika kamu orang2 beriman?"

Al Quran juga menegaskan bahawa agama yang hanya diterima Allah ialah agama Islam:

Surah Ali-Imran 3: 85
Dan barangsiapa mencari agama selain Islam , dia tidak akan diterima, dan diakhirat dia termasuk orang yang rugi.

Mengapa kita wajib mengharapkan dan berdoa dianugerahkan rahmat dari Allah swt kerana dengan rahmat dari Allah sahaja yang akan menolong kita ke syurga di akhirat kelak dan hanya dengan rahmat dari Allah sahaja kita tidak akan tergolong dari orang2 yang rugi. Seperti yang disebut dalam doa Nabi Adam as yang dirakamkan di dalam Al-Quran:

Surah Al-A'Raf 7: 23
Keduanya berkata " Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang2 yang rugi"

Surah Maryam 19: 71-72
Dan tidak seorang pun di antara kamu yang tidak mendatanginya (neraka). Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu ketentuan yang sudah ditetapkan.
Kemudian Kami akan menyelamatkan orang2 yang bertaqwa dan membiarkan orang2 yang zalim di dalam (neraka) dalam keadaan berlutut.

Kembali kepada k
isah orang2 Yahudi dan Nasrani.
Oleh sebab mereka tergolong daripada mereka yang dimurkai Allah dan disahkan Allah sebagai mereka yang sesat, Allah swt melarang kita bersahabat setia dengan orang2 Yahudi dan Nasrani. Hal ini Allah swt nyatakan dalam Al-Quran dalam surah2 berikut:

Surah Al-Maidah 5: 51
Wahai orang2 yang beriman!Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia (mu), mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 yang zalim.

Note: orang2 yang beriman = orang2 yang iktiraf Allah dan RasulNya

Surah Al-Maidah 5:57
Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang2 yang membuat agamamu jadi bahan ejekan dan permainan (iaitu) di antara orang2 yang telah diberikan kitab sebelummu dan orang2 kafir musyrik. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang2 beriman.

Syurga itu disediakan Allah swt hanya untuk orang2 yang bertaqwa sahaja.

Surah Ali-Imran 3: 102
Wahai orang2 yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.

Mengenai orang2 sesat (iaitu orang2 Nasrani) Allah menyebut di dalam Al-Quran:

Surah Al-Maidah 5: 77
Katakanlah (Muhammad) " Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu berlebih-lebihan dengan cara yang tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti keinginan orang2 yang telah tersesat dahulu dan (telah) menyesatkan banyak (manusia) dan mereka sendiri tersesat dari jalan yang lurus"

Note: Ahli kitab = orang2 Yahudi dan Nasrani
Berlebih-lebihan di sini maksudnya sehingga mengangap Nabi Isa sebagai anak Allah dan Maryam sebagai isteri Allah.

Surah Al-Maidah 5: 72
Sungguh telah kafir orang2 yang berkata "Sesungguhnya Allah itu dialah Al-Masih putra Maryam. Padahal Al-Masih (sendiri) berkata "Wahai Bani Israil, sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu". Sesungguhnya barangsiapa mempersekutukan Allah, maka sungguh, Allah mengharamkan syurga baginya, dan tempatnya adalah neraka. Dan tidak ada seorang penolong pun bagi orang2 zalim itu"

Sungguhlah orang2 Nasrani itu orang2 yang sesat kerana Nabi Isa as sendiri telah mengajak mereka ke jalan yang diredhai Allah.

Surah Ali-Imran 3: 51
Sesungguhnya Allah itu Tuhanku dan Tuhanmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus.