Sunday, December 27, 2009

CINTA BARU ANAK-ANAK ku.....and KaTie!

Torty & Torstoi

" ibuuuuuu...ira nak tortoise...alaaaa ibuuuuuuu...ira nak tortoise mcm Soraya* tuuuu...mak die bagi die ada tortoise.....pleaseeeeee ibuuuuuuuu..ira nak cam Soraya tuuu" - Nuwairah nagged me to get her a tortoise and she repeatedly mentioning it i rasa tak kurang dari 30x a day and for about a week, i would have heard it for = 30 x 7= approximately 210x!!

[* Soraya is Ira's backyard fren and a neighbour...]


So one evening me, Danial and Ira went to a pet shop near tasik shah alam and bought 2 ekor tortoise ...one for Danial and one for Ira. I tak tahu dari mana she got the idea but she name her pets Torty and Torstoi. Cina kat
kedai tu kata "adik bagi die makan 2x satu hari aaa..pagi satu kali petang satu kali aaaa "

From that day onwards...sebok lah Ira n Danial ke hulu ke hilir dgn Torty n Torstoi ni... Bangun pagi aje, ira report duty dgn belaannya...make sure air dalam bekas tu ditukar and kept on asking bibik.."bikkkk dah pukul bape ni?? ira nak bagi die makannnnn..."

As for Danial...emmm...mana boleh tahan dok tgk tortoise tu dokk dalam bekas tu je..so Danial would keluarkan the tortoise..put it on his hand and play with it...he would place it between his fingers and menghayun-hayun tortoise tu sesuka ati...and sesekali perbuatan yang tidak disengajakan pon berlaku - tortoise terdibalingkan oleh Danial...haih...kalaulah ada ponstan utk binatang, dah lama tortoise tu kirim kat i soh belikan...with the rate of hayunan Danial tu i rasa, if Malaysia nak try anta animal naik rocket naik ke bulan, Torty n Torstoi would definitely pass the test!

IDDie
"ibu...akak nak beli guinea pig. Tak kira...akak nak guinea pig gakk..." kata Aisyah. "ah malas ibu, kang taik die sape nak jaga?? ibu tak kuasa nak jaga! Kang taik die berbau kang...geli aje.. tak mo lah akak!" said me." tak de tak de...taik die tak busuk la ibuuuuu..senang je jaga die..alaaaaaa akak nakkkkk" kata Aisyah. This conversation went on and on and on...Aisyah nagged and nagged and nagged..and i told myself o gosh, would she ever stop??I dont know if Aisyah hypnotized me ke ape but suddenly i asked her to browse the internet to search for the nearest pet shop that sells guinea pigs and what came next was that we all went to Carefour Subang Jaya and bought her a guinea pig!

Aisyah named the guinea pig Iddie. Aisyah has found her new found love...Iddie and Iddie has found a foster mom...Aisyah!

Maka bermula lah kisah cinta Aisyah and Iddie...I rasa tak pernah tgk Aisyah membelai belai binatang mcm tu..she stroked it...wrapped it in a towel so that it wont be tooo scared (rupa2nya guinea pig ni penakut...boleh mengeletar2 ketakutan....pulok doh, ape benda lah minatang niii...).

Aisyah is the 'authoritarian' among her siblings ...observing gelagat Aisyah n her pet Iddie, my husband and me agreed on one conclusion - that Aisyah's choice of a guinea pig as her pet compensate her natural character yang vocal and authoritative that Aisyah needs to have a pet that would just listen to her without question! It turns out that Iddie is the only one in the house yang obeys Aisyah!! hahhahahahahahha.....seriously Aisyah, sorry to say this tapi tak interesting langsung guinea pig awak ni...diammmmmm je...tak de reaction langsung...not playful..not doing anything....diammmmmm je...amenda lah pet awak ni Aisyahhhhh...

ALice

"mane aci....smua o
rang ada pet...adik* pon nak gak. Ah, adik nak cat!" Najwa blurted out the idea one day.
[*walaupon sudah ada 2 orang adik, najwa still refer herself as adik to me, her dad and her akak...]
"No!!! No Najwa...NO! Not a cat...i had enough of cats" said me.
"abis tu, smua orang ada ...nape pulak adik tak leh!" said Najwa.
"alaaa adikkkkkk tolong la..kang korang men anak2 kucing sehari dua, pastu ibu kena endure dgn taik kucing for the rest of its life...tak mo la adikkkkkkk" begged me.
Bahaya nya dengan Najwa ni...kalau die tak dapat apa die nakkk..maka bermula sessi Najwa memuncung muka....
Nak dipendekkan cerita, there was a cat exhibition held at the SACC Mall shah alam. So, we all went.
Tengok laaa cat2 yang bulu pendek, bulu panjang, yang tak de bulu, yang muka bulat, yang idung penyek..smue2
lah...
I told Najwa i do not want to bela any long haired cats anymore ( i had 4 persians a few years ago...). Seperti
yang dijangkakan, kemuncungan Najwa menjadi jadik esp when she tengok i tak de reaction pon cam nak beli any cat kat situ.

Tapi at the exhibition tu...ade pulok booth 'cats for adoption'. Well, cat2 yang nak diadoptkan tu, tak de lah yang well breed punye...snang kata kucing kampong yang diselamatkan laaa. Yang penting, its free!
Najwa dah mundar mandir kat booth tu jeeeee....sekejap nak adopt cat yang dah besar..skejap nak yang kecik...besa kecik besa kecik..pendek cite, Najwa agreed to adopt one orange coloured kitten!

"you would clean the cat's litter box..EVERYDAY!" me
"ok janji !" Najwa
"you would clean the cat if it is dirty!" me

"ok janji!" Najwa
"you would feed the cat!" me
"ok janji!" Najwa

Begitu la lebih kurang the unwritten agreement between me and Najwa Asyikin binte Ahmad Kushairi....

So, Najwa's kitten was named Alice. So, beli lahhh cage for Alice (second hand cage harga rm15 je)...litter sand...litter box...cat biscuts...but one annoying thing about Alice is..she is sooooo noisy..dah makan pon bising..tak makan pon bising.....nak berak pon bising...ngiau ngiau jeeee..ishhh aku plaster jugak mulut kucing Najwa ni...hhahahah


KaTie

She captured my attention the moment i saw her. I was with Aisyah doing our weekly marketing. She was playing with her siblings i assumed...i told Aisyah.."eh, comel kan kucing tu..and looks clean". Aisyah agreed. I asked Aisyah to hold her and play with her while i finish with my marketing. Once everything was done, i told Aisyah..."ok..i want this cat. Let's bring her to the nearest vet, get her vaccinated and everything. She could be a fren to Najwa's Alice".
We decided to call her Katie but later Aisyah called her baby. We all adore her...she is so proper..not so noisy..tak ganas sangat..all the opposite of Najwa's Alice! Just look at her in this picture..isn't she adorable??? yes she is because she is MY CAT!





Thursday, December 10, 2009

HARI KIAMAT

Sesungguhnya kiamat hampir tiba. Banyaknya belaku perkara2 yang pelik2 sekarang ini merupakan dalil bahawa hari kiamat sememangnya sudah sangat hampir.

Surah An-Naazi'aat 79: 34 & 35

Maka apabila malapetaka besar (hari kiamat) telah datang.

Iaitu pada hari ketika manusia teringat akan apa yang telah dikerjakan.


Pada hari kiamat, Allah swt akan kembalikan kepada kita semua perbuatan2 kita dan pekerjaan2 yang pernah kita buat semasa hidup di dunia. Kita tidak akan mungkin dapat terlupa sebab Allah swt akan kembalikan ingatan itu kepada kita.

Kita wajib mempercayai bahawa hari kiamat itu pasti datang dan ia merupakan salah satu rukun iman yang wajib dipercayai.

Surah Al-Hajj 22:7

dan sungguh, hari kiamat itu pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan sungguh Allah akan membangkitkan siapapun yang di dalam kubur.

Dunia mmg tidak ada keadilan. Orang yang salah tidak dihukum dan orang yang tidak berdosa dihukum dan dizalimi. There is no justice in this world. Oleh sebab itu lah, keadilan akan berlaku pada hari kiamat. Segala yang tidak diselesaikan di dunia akan terselesai di akhirat iaitu di mahkamah Allah swt. Dan pada hari kiamat kelak, Allah akan membangkitkan semua makhluk yang tercipta dari awal kejadian bumi sehinggalah ke hari kiamat.

Surah Al-Jaasiyah 45:28

Dan (pada hari itu) engkau akan melihat setiap umat berlutut. Setiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan atas apa yang telah kamu kerjakan.

Dan semua perbuatan manusia direkodkan dan disimpan di Luh Mahfuz. Pada hari akhirat kelak, rekod ini akan dipaparkan dan setiap detail perbuatan manusia tidak akan dilupakan utk ditayangkan.
Dari rekod ini lah, manusia akan ketahui samada dia merupakan ahli syurga atau ahli neraka sebagai balasan kepada perbuatan semasa hidup di dunia. Sesungguhnya matlamat hidup manusia adalah untuk ke syurga. Kalau tanpa matlamat ke syurga, manusia diibaratkan seperti melakukan pekerjaan di dalam gelap.

Kembali kepada ayat An-Naazi'at 79:35

Iaitu pada hari ketika manusia teringat akan apa yang telah dikerjakan.


Disebabkan Allah akan biarkan kita ingat akan segala yang kita lakukan atau kerjakan semasa hidup di dunia, maka kita disarankan agar segera untuk bertaubat dan memohon keampunanNya.

Surah Ali-Imran 3:133

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang2 yang bertaqwa.

Kenapa kita mesti segera minta ampun daripada Allah swt? Sebab matlamat kita adalah untuk ke syurga dan syurga (seperti dinyatakan dlm ayat di atas) hanyalah untuk orang2 yang bertaqwa.

Orang2 yang bertaqwa adalah mereka yang mengikut syariat (peraturan2 dlm agama) yang dibawa oleh Rasulullah. Di dalam Al-Quran, Allah menyebut dengan nyata bahawa kita mempunyai syariat (undang2 islam or islamic law) iaitu syariat Nabi Muhammad saw. Dan Allah swt melarang kita mengikuti hawa nafsu orang2 yang tidak mengetahui.

Surah Al-Jaasiyah 45:18

Kemudian, Kami jadikan engkau (Muhammad) mengikuti syariat (peraturan) dari agama itu, maka ikutilah (syariat itu) dan janganlah engkau ikuti keinginan orang2 yang tidak mengetahui.

Dalam ayat ini, perkataan 'kemudian' di awal ayat ini means after syariat2 nabi2 sebelum Nabi Muhammad...

Dan sememangnya sebelum Rasulullah, memang sudah ada syariat2 yang dibawa oleh nabi2 sebelum baginda.

Surah Al-Maaidah 5:48

(bermula di pertengahan ayat ini) ...likulin ja'alna minkum...

Bagi tiap2 umat, Kami jadikan di antara kalian peraturan dan jalan terang.

Surah Asy-Syuraa 42: 13

Dia (Allah) telah mensyariatkan kepadamu agama yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, iaitu tegakkanlah agama (keimanan dan ketakwaan) dan janganlah kamu berpecah belah didalamnya....

Di dalam ayat ini, Allah memberitahu Rasulullah bahawa Dia telah syariatkan kepada nabi2 sebelum baginda iaitu Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa ('ulul azmi) dan the basis to all syariat ini hanyalah menegakkan agama. Ini bermakna, sbelum yang lain2, mesti tegakkan agama dahulu.
Dan ayat ini juga melarang kita berpecah belah dalam urusan menegakkan agama.

Surah An-Naazi'aat 79: 37-39

Maka adapun orang2 yang melampaui batas (mereka yang melampui batas agama dan batas syariat) dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sungguh, nerakalah tempat tinggalnya.

Maknanya, neraka untuk 2 golongan ini:

a) mereka yang melampaui batas agama dan batas syariat
b) mereka yang lebihkan kehidupan dunia


Bagi mereka yang mahu melebihkan kehidupan dunia, Allah memang akan beri mereka dunia dan segala kemewahan dunia.

Surah Hud 11: 15

Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.

Tetapi, sungguhpun Allah swt akan berikan apa yang dikehendaki oleh manusia di dunia, Allah warning dalam ayat 16 bahawa mereka yang mahukan dan melebihkan dunia semasa hidupnya akan mendapat balasan neraka di akhirat kelak.

Surah Hud 11 : 16

Itulah orang2 yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah meraka kerjakan.

Monday, November 23, 2009

MALAM PERTAMA YANG DIIDAMKAN...

Di sinilah ia bermula...

Sometime this year, saya bermimpi suasana yang banyak mengubah banyak hal dalam hidup saya kebelakangan ini.

" ....saya berada di kawasan lapang...tetapi tiada kelibat orang sekeliling...yang peliknya saya boleh nampak pandangan dari atas dan dari bawah dari tepi sesuka hati....perasaannya seperti saya terapung-apung di udara...yes, i was floating in the air! Then, saya pergi ke satu kawasan tanah lapang...terdapat satu liang kubur yang baru digali tetapi belom ada penghuninya...Saya terapung-apung di atas lubang kubur itu. dan memandang ke bawah Dengan tidak semena-mena, perasaan saya di dalam mimpi ini seperti tahu yang liang kubur itu adalah kubur saya dan saya yang terapung-apung ini adalah roh saya sendiri! Dada bergoncang kuat...i was nervous..macamana ni??? Macamana nak masuk ni???? ....dada terasa bergoncang kuat..."

Saya terjaga...dengan dada masih bergoncang kuat...

Pagi esoknya, saya diam. Tidak memberitahu suami. Hanya pendam sendiri. Tetapi hati tidak tenteram. Manakan tidak, saya bermimpi melihat liang kubur sendiri yang seolah2 menunggu ketibaan jasad saya.

Hari-hari berikutnya, dalam kesibukan melayan kerenah anak2 dan menguruskan rumah dan melakukan activity harian seperti biasa, minda tidak dapat lari dari kadang2 memikirkan apa yang saya mimpikan tempohari. Dalam mimpi tersebut, saya melihat liang kubur saya dan di dalam mimpi itu saya mempunyai perasaan belum sedia untuk dimasukkan ke dalam liang lahat kepunyaan saya....sungguh menakutkan....sungguh mendebarkan. Saya berfikir...jika kejadian dalam mimpi itu betol2 belaku....adakah saya bersedia??? atau perasaan saya akan sama seperti di dalam mimpi itu???

Saya tersentak dari kelalaian selama ini.

Perasaan takut yang mengoncangkan dada di dalam mimpi telah mengejutkan semua sudut pemikiran saya.....Satu yang pasti, saya belum bersedia menghadapi saat seperti di dalam mimpi itu. Perasaan takut yang mengoncangkan dada di dalam mimpi itu menyedarkan hati dan jiwa kepada satu perkara yang pasti - saya tidak ada apa2 untuk dijadikan teman pabila tiba masanya saya menghuni liang itu...Saya akan keseorangan di dalam keadaan gelap dalam lubang yang sediakala berukuran sempit. Saya terfikir, selama ini, suami dan anak2 sentiasa ada di sekeliling, dari pagi sampai lah waktu tidur dan apabila terjaga...saya masih ditemani suami dan anak2 yang kadang kala juga tidur di bilik saya. Tetapi akan tiba masanya saya akan duduk keseorangan, di dalam bilik yang gelap dan sempit...saya berfikir...sudah bersediakah saya untuk menghadapi malam pertama saya di lubang sempit itu keseorangan, jeritan yang tidak akan didengari suami dan anak2???

Ya Allah...terlalu lambatkah aku?

Awal tahun ini saya mula pergi ke kelas2 pengajian agama yang asalnya hanya untuk mengisi ruang waktu sementara anak2 ke sekolah. Walaupon dalam hati mmg berniat menuntut ilmu, tetapi terus terang keberkesanannya tidaklah sangat terasa...seolah-olah 'masuk telinga kanan keluar telinga kiri'. Saya masih seperti biasa...tiada perubahan yang nyata. Serba serbi sama sahaja.

Antara kelas2 yang saya hadiri, kelas yang banyak merubah persepsi saya tentang kehidupan yang saya layari selama ini adalah kelas yang membincangkan buku Rahasia Kematian, Alam Akhirat dan Kiamat oleh Imam Al-Qurthubi.

Mempelajari dan mendalami buku ini dari Ustaz Kamal telah mendorong saya untuk merenung jauh ke mana arah tujuan saya selepas saya berada di dunia ini , dunia yang selama ini saya tahu mmg sementara. Dulu pun saya tahu dunia ini sementara dan satu hari nanti saya pasti akan mati tetapi saya tidak pernah betul2 menghayati atau memikirkan apa kah keadaan yang saya mahu lalui selepas saya mati kelak.

Saya merenung jauh memikirkan kelalaian selama ini...kelalaian sepanjang menjalani kehidupan sebagai manusia..kelalaian sepanjang saya menjadi isteri... kelalaian sepanjang saya menjadi seorang anak...kelalaian sepanjang saya menjadi menantu...kelalaian sepanjang saya menjadi ibu...kelalaian saya menjadi guru....Mengenangkan kelalaian2 dan kejahilan2 saya selama ini, pada sesetengah malam, saya sujud memohon ampun dari Allah swt memohon limpah rahmat dan keredhaanNya...Dalam hati berkata2 dengan yang Maha Esa., Ya Allah terlalu lambatkah aku untuk memohon keampunanMu? Dengan dosa2 yang pernah dilakukan, baik yang besar atau kecil, baik yang terang atau tersembunyi, tidak mungkin dapat ditebusi walaupon saya beribadat setiap saat sehingga saya mati...hanya dengan rahmat Allah yang Maha Pemurah sahaja saya akan terlepas dari dosa2 yang pernah dilakukan.


Rasulullah bersabda " Sering-seringlah ingat mati, karena setiap hari kubur itu berbicara sendiri,'Aku adalah rumah asing. Aku adalah rumah sunyi. Aku adalah rumah tanah. Dan aku adalah rumah cacing'

Dan ketika seorang hamba zalim atau kafir yang dikebumikan, kubur menyambutnya dan berkata, ' Tidak ada ucapan selamat datang buatmu. Dahulu aku sudah tidak suka orang sepertimu berjalan di atas punggungku dengan sombong. Sekarang setelah kamu aku kuasai dan kamu kembali lagi padaku, kamu akan melihat apa yang akan aku lakukan terhadapmu'. Kubur lalu menghimpitnya hingga ia jatuh terkapar dengan tulang2 hancur dan patah.

'Allah lalu mendatangkan kepadanya sembilan puluh sembilan ekor ular naga...selanjutnya ia digigit oleh ular tersebut dan dibawa naik ke atas awan...'

(page 66 and 67, Rahasia Kematian,alam Akhirat & Kiamat)


Apabila membaca bahagian ini, saya tidak dapat lari dari kembali terfikir tentang mimpi ngeri saya...mimpi terlihat liang lahat kepunyaan saya....
Bertanya pada diri sendiri - ditakdirkan Allah swt mematikan saya pada saat ini, apa yang akan menemani saya?

Sabda Rasulullah ' Apabila satu mayat diletakkan di atas usungan, maka akan berkata dua jenis mayat: Yang baik akan berkata pada yang memikulnya' segerakan lah!'.
Yang tidak baik akan meronta2 (di alam barzakh) sambil berkata 'celakalah aku!'


Saya terfikir perasaan saya dalam mimpi saya...saya pasti di dalam mimpi itu perasaan saya tidak tenang apabila terlihat liang lahat saya....dalam mimpi itu saya gerun dan panik dan tidak mahu duduk di dalamnya. Apabila saya diajar hadis di atas mengenai dua jenis mayat itu...saya terfikir, adakah Allah menegur dan memberi amaran kepada saya melalui mimpi itu ?- Jika saya dimatikan sekarang ini, saya akan menjadi mayat yang tidak baik seperti di dalam hadis tersebut??

Malam Pertama Yang diIdamkan...

Satu yang pasti, saya tidak mahu perasaan gerun dan panik seperti saya alami di dalam mimpi itu menjadi kenyataan. Saya tidak mahu berasa takut untuk menghadapi malam pertama saya di dalam rumah baru yang asing dan sempit itu. Saya idamkan malam pertama di rumah sempit itu terang benderang dan saya idamkan kedatangan saya disambut dengan 'Salam' oleh semua makhluk di sekeliling saya. Saya idamkan perasaan yang girang dan tenang di malam pertama saya menghuni rumah baru itu...

Doa saya, Allah swt memberi petunjuk dan hidayahNya kepada saya dan menolong saya ke arah mengecapi malam pertama yang saya idamkan ini...Semoga Allah swt menolong saya istiqomah dengan amalan2 saya yang tidak seberapa ini. Semoga Allah swt masih memandang saya dengan belas dan kasih...



Wednesday, November 11, 2009

Tafsir Surah al-FATIHAH (ayat 1 dan ayat 2)

Note : Semua verbs dalam surah al-fatihah merupakan plural/jamak. Memberi maksud bahawa surah al-fatihah ini merupakan doa kita smua kepada Allah secara beramai-ramai.

Ayat 1 - Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Menyebut dan memuji2 nama Allah. Ucapan sebegini bukan asing lagi dan telah digunakan oleh mereka sebelum kita.

An-Naml 27:30

Sesungguhnya surat itu dari Sulaiman yg isinya, "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Ayat 2 - Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.
1) 'Alhamdulillah' - segala puji bagi Allah

2) Pujian ada 4:

i- Allah puji diriNya sendiri
ii- Allah puji hambaNya
iii-Hamba puji Allah
iv- Hamba puji hamba (sesama kita tetapi hendaklah pujian itu kerana Allah swt)

3) Setiap peristiswa yang besar, Allah puji diriNya sendiri seperti
turunnya al-Quran, terciptanya malaikat, terciptanya segala2 yang dicipta oleh Allah swt:


Kahfi 18:1
Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kpd hambaNya al-kitab (al-quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokkan didalamnya.

Faatir 35:1
Segala puji bagi Allah
pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk menguruskan berbagai bagai urusan) yang mempunyai sayap, masing2 ada yang dua,tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaanNya apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.


Al- An'aam 6:1
Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang, namun demikian orang2 kafir masih mempersekutukan Tuhan mereka dengan sesuatu.

4) Apa saja ciptaan Allah adalah makhluk yang mesti mempunyai tarikh tamat (mati/hapus). Tetapi "Alhamdulillah" tidak tamat.

Saba' 34:1
Segala puji bagi Allah yg memiliki apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan segali puji di akhirat bagi Allah. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui.

Al Qasas 28: 70
Dan Dialah Allah, tidak ada tuhan (yg berhak disembah) selain Dia, segala puji bagiNya di dunia dan di akhirat, bagiNya segala penentuan dan kepadaNya kamu dikembalikan.

5) Makhluk2 Allah yg lain juga memuji Allah (mengapa tidak kita??)

Malaikat2

Az-Zumar 39: 75
Dan engkau (Muhammad) akan melihat malaikat-malaikat melingkar di sekeliling Arsy, bertasbih sambil memuji Tuhannya; lalu diberikan keputusan di antara mereka(hamba-hamba Allah) secara adil dan dikatakan, " Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam"



Penghuni Syurga
Yunus 10: 10

Doa mereka di dalamnya (di dalam syurga) ialah "Subhanakallahumma" (MahaSuci Engkau, ya Tuhan kami) dan salam penghormatan mereka ialah "Salam"(salam sejahtera). Dan penutup doa mereka ialah "Alhamdulillah Rabbil'aalamin"(segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam)

Al-A'raaf 7:43
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka (di dalam syurga) yg mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka berkata "
segala puji bagi Allah yang menunjukkan kami ke syurga ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak menunjukkan (dgn taufiqNya) kami. Sesungguhnya rasul2 Tuhan kami telah datang membawa kebenaran" Diserukan (oleh malaikat) kepada mereka, " Itulah syurga yang telah diwarisikan kepadamu, krana apa yang telah kamu kerjakan"

Faatir 35:34
Dan mereka berkata, " Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan dari kami. Sungguh, Tuhan kami benar2 Maha Pengampun, Maha Mensyukuri"

As-Saafaat 37: 180,181,182
Akuilah kesucian Tuhanmu - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan. Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yg memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.