Thursday, December 10, 2009

HARI KIAMAT

Sesungguhnya kiamat hampir tiba. Banyaknya belaku perkara2 yang pelik2 sekarang ini merupakan dalil bahawa hari kiamat sememangnya sudah sangat hampir.

Surah An-Naazi'aat 79: 34 & 35

Maka apabila malapetaka besar (hari kiamat) telah datang.

Iaitu pada hari ketika manusia teringat akan apa yang telah dikerjakan.


Pada hari kiamat, Allah swt akan kembalikan kepada kita semua perbuatan2 kita dan pekerjaan2 yang pernah kita buat semasa hidup di dunia. Kita tidak akan mungkin dapat terlupa sebab Allah swt akan kembalikan ingatan itu kepada kita.

Kita wajib mempercayai bahawa hari kiamat itu pasti datang dan ia merupakan salah satu rukun iman yang wajib dipercayai.

Surah Al-Hajj 22:7

dan sungguh, hari kiamat itu pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan sungguh Allah akan membangkitkan siapapun yang di dalam kubur.

Dunia mmg tidak ada keadilan. Orang yang salah tidak dihukum dan orang yang tidak berdosa dihukum dan dizalimi. There is no justice in this world. Oleh sebab itu lah, keadilan akan berlaku pada hari kiamat. Segala yang tidak diselesaikan di dunia akan terselesai di akhirat iaitu di mahkamah Allah swt. Dan pada hari kiamat kelak, Allah akan membangkitkan semua makhluk yang tercipta dari awal kejadian bumi sehinggalah ke hari kiamat.

Surah Al-Jaasiyah 45:28

Dan (pada hari itu) engkau akan melihat setiap umat berlutut. Setiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan atas apa yang telah kamu kerjakan.

Dan semua perbuatan manusia direkodkan dan disimpan di Luh Mahfuz. Pada hari akhirat kelak, rekod ini akan dipaparkan dan setiap detail perbuatan manusia tidak akan dilupakan utk ditayangkan.
Dari rekod ini lah, manusia akan ketahui samada dia merupakan ahli syurga atau ahli neraka sebagai balasan kepada perbuatan semasa hidup di dunia. Sesungguhnya matlamat hidup manusia adalah untuk ke syurga. Kalau tanpa matlamat ke syurga, manusia diibaratkan seperti melakukan pekerjaan di dalam gelap.

Kembali kepada ayat An-Naazi'at 79:35

Iaitu pada hari ketika manusia teringat akan apa yang telah dikerjakan.


Disebabkan Allah akan biarkan kita ingat akan segala yang kita lakukan atau kerjakan semasa hidup di dunia, maka kita disarankan agar segera untuk bertaubat dan memohon keampunanNya.

Surah Ali-Imran 3:133

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang2 yang bertaqwa.

Kenapa kita mesti segera minta ampun daripada Allah swt? Sebab matlamat kita adalah untuk ke syurga dan syurga (seperti dinyatakan dlm ayat di atas) hanyalah untuk orang2 yang bertaqwa.

Orang2 yang bertaqwa adalah mereka yang mengikut syariat (peraturan2 dlm agama) yang dibawa oleh Rasulullah. Di dalam Al-Quran, Allah menyebut dengan nyata bahawa kita mempunyai syariat (undang2 islam or islamic law) iaitu syariat Nabi Muhammad saw. Dan Allah swt melarang kita mengikuti hawa nafsu orang2 yang tidak mengetahui.

Surah Al-Jaasiyah 45:18

Kemudian, Kami jadikan engkau (Muhammad) mengikuti syariat (peraturan) dari agama itu, maka ikutilah (syariat itu) dan janganlah engkau ikuti keinginan orang2 yang tidak mengetahui.

Dalam ayat ini, perkataan 'kemudian' di awal ayat ini means after syariat2 nabi2 sebelum Nabi Muhammad...

Dan sememangnya sebelum Rasulullah, memang sudah ada syariat2 yang dibawa oleh nabi2 sebelum baginda.

Surah Al-Maaidah 5:48

(bermula di pertengahan ayat ini) ...likulin ja'alna minkum...

Bagi tiap2 umat, Kami jadikan di antara kalian peraturan dan jalan terang.

Surah Asy-Syuraa 42: 13

Dia (Allah) telah mensyariatkan kepadamu agama yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, iaitu tegakkanlah agama (keimanan dan ketakwaan) dan janganlah kamu berpecah belah didalamnya....

Di dalam ayat ini, Allah memberitahu Rasulullah bahawa Dia telah syariatkan kepada nabi2 sebelum baginda iaitu Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa ('ulul azmi) dan the basis to all syariat ini hanyalah menegakkan agama. Ini bermakna, sbelum yang lain2, mesti tegakkan agama dahulu.
Dan ayat ini juga melarang kita berpecah belah dalam urusan menegakkan agama.

Surah An-Naazi'aat 79: 37-39

Maka adapun orang2 yang melampaui batas (mereka yang melampui batas agama dan batas syariat) dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sungguh, nerakalah tempat tinggalnya.

Maknanya, neraka untuk 2 golongan ini:

a) mereka yang melampaui batas agama dan batas syariat
b) mereka yang lebihkan kehidupan dunia


Bagi mereka yang mahu melebihkan kehidupan dunia, Allah memang akan beri mereka dunia dan segala kemewahan dunia.

Surah Hud 11: 15

Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan.

Tetapi, sungguhpun Allah swt akan berikan apa yang dikehendaki oleh manusia di dunia, Allah warning dalam ayat 16 bahawa mereka yang mahukan dan melebihkan dunia semasa hidupnya akan mendapat balasan neraka di akhirat kelak.

Surah Hud 11 : 16

Itulah orang2 yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah meraka kerjakan.

No comments: