Wednesday, November 11, 2009

Tafsir Surah al-FATIHAH (ayat 1 dan ayat 2)

Note : Semua verbs dalam surah al-fatihah merupakan plural/jamak. Memberi maksud bahawa surah al-fatihah ini merupakan doa kita smua kepada Allah secara beramai-ramai.

Ayat 1 - Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Menyebut dan memuji2 nama Allah. Ucapan sebegini bukan asing lagi dan telah digunakan oleh mereka sebelum kita.

An-Naml 27:30

Sesungguhnya surat itu dari Sulaiman yg isinya, "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang"

Ayat 2 - Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam.
1) 'Alhamdulillah' - segala puji bagi Allah

2) Pujian ada 4:

i- Allah puji diriNya sendiri
ii- Allah puji hambaNya
iii-Hamba puji Allah
iv- Hamba puji hamba (sesama kita tetapi hendaklah pujian itu kerana Allah swt)

3) Setiap peristiswa yang besar, Allah puji diriNya sendiri seperti
turunnya al-Quran, terciptanya malaikat, terciptanya segala2 yang dicipta oleh Allah swt:


Kahfi 18:1
Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kpd hambaNya al-kitab (al-quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokkan didalamnya.

Faatir 35:1
Segala puji bagi Allah
pencipta langit dan bumi, yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk menguruskan berbagai bagai urusan) yang mempunyai sayap, masing2 ada yang dua,tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaanNya apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.


Al- An'aam 6:1
Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang, namun demikian orang2 kafir masih mempersekutukan Tuhan mereka dengan sesuatu.

4) Apa saja ciptaan Allah adalah makhluk yang mesti mempunyai tarikh tamat (mati/hapus). Tetapi "Alhamdulillah" tidak tamat.

Saba' 34:1
Segala puji bagi Allah yg memiliki apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan segali puji di akhirat bagi Allah. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui.

Al Qasas 28: 70
Dan Dialah Allah, tidak ada tuhan (yg berhak disembah) selain Dia, segala puji bagiNya di dunia dan di akhirat, bagiNya segala penentuan dan kepadaNya kamu dikembalikan.

5) Makhluk2 Allah yg lain juga memuji Allah (mengapa tidak kita??)

Malaikat2

Az-Zumar 39: 75
Dan engkau (Muhammad) akan melihat malaikat-malaikat melingkar di sekeliling Arsy, bertasbih sambil memuji Tuhannya; lalu diberikan keputusan di antara mereka(hamba-hamba Allah) secara adil dan dikatakan, " Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam"



Penghuni Syurga
Yunus 10: 10

Doa mereka di dalamnya (di dalam syurga) ialah "Subhanakallahumma" (MahaSuci Engkau, ya Tuhan kami) dan salam penghormatan mereka ialah "Salam"(salam sejahtera). Dan penutup doa mereka ialah "Alhamdulillah Rabbil'aalamin"(segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam)

Al-A'raaf 7:43
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka (di dalam syurga) yg mengalir dibawahnya sungai-sungai. Mereka berkata "
segala puji bagi Allah yang menunjukkan kami ke syurga ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya Allah tidak menunjukkan (dgn taufiqNya) kami. Sesungguhnya rasul2 Tuhan kami telah datang membawa kebenaran" Diserukan (oleh malaikat) kepada mereka, " Itulah syurga yang telah diwarisikan kepadamu, krana apa yang telah kamu kerjakan"

Faatir 35:34
Dan mereka berkata, " Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan dari kami. Sungguh, Tuhan kami benar2 Maha Pengampun, Maha Mensyukuri"

As-Saafaat 37: 180,181,182
Akuilah kesucian Tuhanmu - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan. Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul. Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yg memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

No comments: