Saturday, August 15, 2009

Bulan Ramadhan datang lagi...I ask myself "How to benefit it this time round?? "

By Ustaz Dr Shihabuddin Friday, 14 August 2009

Sejarah makna nama2 bulan2 islam dari zaman Arab Jahiliyah

MUHARRAM - means bulan haram ; dimana dlm bulan ini di zaman arab jahiliyah diharamkan segala activity.

SAFAR - sifar atau berpergian; dalam bulan ini kaum lelaki arab jahiliyah akan keluar dari rumah2 mereka untuk berniaga selama sebulan

RABIULAWAL - balik atau kembali; bulan dimana kaum lelaki arab jahiliyah kembali ke kampung halaman mereka setelah sebulan berpergian berniaga

RABIULAKHIR - kembali terakhir atau kembali kali kedua

JUMAADILAWAL - musim sejuk yang pertama

JUMAADILAKHIR - musim sejuk yang terakhir

REJAB - kemuliaan, keagungan; semua orang di zaman arab jahiliyah akan memuliakan bulan ini dengan ibadat. Bulan rejab merupakan penghulu bulan bagi arab jahiliyah (macam bulan syawal kita now). Sebab ada dua perayaan besar dalam bulan ini iaitu

a)Hari Raya Fara' pada 1 rejab - pada hari ini disembelih anak unta sebagai korban. Hari raya ini later diganti dengan hari raya aidilfitri 1 syawal

b)Hari Raya Atheerah pada 10 rejab - pada hari ini disembelih induk unta dan kepala unta ini disembah Hari raya ini later diganti dengan hari raya aidiladha pada 10zulhijjah

SYAABAN - berselerak, bersepah; sebab dalam bulan rejab banyak activities ibadat and perayaan2 besar so when everything was over keadaan kediaman and sekeliling bersepah2

RAMADHAN - panas terik matahari/ramadh

SYAWAL - cergas,rajin; sebab bulan ramadhan sangat panas so less activity in that month. So menjelang bulan syawal segala activity bermula balik. Bulan ini juga digelar bulan "terangkatnya ponggong unta" menunjukkan unta2 smua baru nak cergas balik and continue with the normal activities.

ZULKAEDAH - duduk2 santai a.k.a spring season

ZULHIJJAH - yang berhaji - seluruh arab jahiliyah baik lelaki atau wanita, akan pergi tawaf keliling Kaabah dengan tidak berpakaian!

RAMADHAN

1. Ustaz menyoal hadirin "Bagaimanakah perasaan kita hendak menyambut bulan Ramadhan akan datang? adakah suka, biasa atau dukacita??"

2. Jika jawaban nya 'suka' maka Allah swt haramkan tubuh jasad kita masuk ke neraka

3. Jika jawaban kita 'suka', the next question is...apa buktinya? Maka ustaz menegaskan perlu bersiap sedia dengan 3 persiapan bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

a) persiapan kesihatan
Kita digalakkan berdoa (yang dlm jawinya tak pandai nak tulis laa..lagipon dlm blog ni camane nak tulis ya?) " Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan panjangkan umur kami menemui bulan ramadhan"

b) persiapan keimanan
Ayat 183 surah Al Baqarah menunjukkan panggilan utama utk berpuasa ialah iman (maknanya tanpa iman, tidak mungkin dapat manafaat berpuasa dengan sebaik mungkin)

c) persiapan ilmu pengetahuan
Antara benda yang kita perlu tahu (actually truthfully, i yang tak tahu..ni tulis ni kot la ada orang cam i gak kan..). Rasulullah swa apabila berbuka puasa, baginda akan mulakan dengan memakan sebiji (atau 3 biji) tamar dan lepas makan tamar barulah baginda akan berdoa (again, the jawinya ada kat mana2 buku doa)-
Allahumma lakasumtu alaarizkika aftartu zhahabath zhomaa u wabtalatil 'aruku wathbital ajru insyaallah
"Ya allah, kerana Engkau aku berpuasa, dengan rezekiMu aku berbuka, mudah2han dahaga telah hilang dan urat2 telah minum dan ganjarannya ditetapkan, jika dikehendaki Allah"

Truthfully, i biasa amalkan doa the first half but not the second half of the doa.So Ramadhan kali ini, kami sekeluarga berazam nak cuba berbuka cara Rasulullah dan membaca doa yang dibaca baginda ini. Kebiasaannya anak2 dan saya (but eversince i can remember, hubby will reach a tamar first...bagus la u abang...) akan minum air dulu pas tu carik tamar and i silap selama ini sb i pi baca doa tu sbelom makan apa2..patutnya kena buka dgn sebiji tamar dulu baru baca doa,baru kena dengan makna doa iaitu ".....dengan rezeki mu aku berbuka..mudah2han dahaga telah hilang..."


Rasulullah berbuka puasa dengan 3 gelas air zam2 + 5 biji kurma (or one or three but bilangan ganjil) + semangkuk bubur ( hmmmm..boleh ke everyone kat rumah nak ikut gini??? well maybe kita makan nasik juga la ya....abah sure nak nasik punye kan abah...)
And Rasulullah akan mengunyah makanan lembut sebanyak 11-21x and makanan keras sebanyak 21-40x (tak la gopoh2 kunyah pas tu telan....)


4. Dari Imam Al Ghazali, ada 3 jenis puasa:

a) Puasa awam - puasa orang islam yang hanya meninggalkan makan dan minum sahaja

b) Puasa khusus - puasa orang yang meninggalkan makan dan minum dan juga perkara2 yang membatalkan puasa

c)Puasa khususilkhusus- puasa orang yang meninggalkan makan, minum dan perkara2 yang membatalkan puasa dan juga berpuasa pada hati dan fikiran


5) Puasa di bulan Ramadhan hukum nya Fardhu


6) Ustaz menegaskan perbezaan Fardhu dan Wajib ada 3:

a) Fardhu dalilnya ada dalam Quran dan Sunnah (ie pasti). Wajib dalilnya hanya ada dalam sunnah/hadith sahaja

b) If Fardhu automatic wajib but if wajib belum tentu Fardhu

c) Kalau fardhu dipakai untuk nama hukum sedang wajib dipakai untuk perlaksanaan hukumnya

example: Hukum puasa - fardhu....Mengerjakan puasa adalah wajib

7) Persamaan antara Fardhu dan Wajib adalah kedua2nya mesti dikerjakan dan berdosa besar if ditinggalkan

Kelebihan berpuasa (disini disebut 7 sahaja daripada banyak kelebihan..)

a) satu2nya ibadah yang tidak dapat dilihat oleh orang lain (paling rahsia)..mcam solat, orang nampak pekerjaan solat, kalau zakat orang nampak action bayar zakat. But if puasa, orang sedang berpuasa atau tidak..tidak ada beza

b) satu2nya ibadah yang pahalanya tidak disebut Allah (maknanya its personal...pahala nya atau ganjarannya hanya Allah sahaja yang tahu). Tidak macam pahala sedekah, terang2 Allah katakan if bersedekah pada hari biasa...dapat gandaan 10...dlm bulan ramadhan..ganjarannya paling sikit 700...but not ibadah puasa...Allah tk menyebut how much He will bestow on us if kita puasa

c) Diamnya orang yang sedang berpuasa di bulan Ramadhan ganjarannya seperti orang berzikir pada bulan lain

d) tidurnya orang yang sedang berpuasa di bulan Ramadhan adalah seperti orang beribadat solat sunat dibulan2 lain

e) amalan2 sunat dikerjakan dalam bulan Ramadhan ganjarannya sama seperti mengerjakan amalan wajib di bulan lain

f) Bau mulut orang yang berpuasa sama ibarat baunya minyak kasturi

g) orang yang berpuasa di bulan Ramadhan
dilipatgandakan pahalanya yang terbanyak dari 11 bulan yang lain sepanjang tahun itu





No comments: